Istanbul, Turki

5/5
Turki terkenal dengan pelbagai elemen oriental dan Eropah — dari teh Turki tradisional hingga Hagia Sophia yang megah. Ia juga terkenal dengan permaidani, hammam dan bazar, destinasi seperti Istanbul dan Cappadocia, dan hidangan manis seperti hidangan Turki dan baklava.
Skrol pakej harga untuk paparan mobile
Tarikh Berdua / Bertiga Kanak - kanak dengan katil
(7-11 tahun)
Kanak - kanak tanpa katil
(2-6 tahun)
Seorang Saiz Group
(Jumlah)
2021 / 2022
Pilih tarikh sendiri RM5,490 RM4,990 RM4,590 RM700 2 -3 Hanya Ground
Pilih tarikh sendiri RM3,890 RM3,490 RM2,290 RM700 4 -5 Hanya Ground
Pilih tarikh sendiri RM3,290 RM2,690 RM2,290 RM700 6 - 8 Hanya Ground
11 - 19 Disember
15 - 23 Disember
20 - 28 Disember
19 - 27 Januari
17 - 26 Februari
09 - 17 Februari
RM5,890 RM5,390 RM4,990 RM700 9 - 15 Group Departure
*Nota: Harga boleh berubah tanpa notis bergantung kepada jumlah peserta tidak mencukupi, ketersediaan tiket penerbangan dan perubahan tukaran mata wang.
Berlepas dari KLIA ETD 2340 ke Istanbul.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Havalimani di Istanbul. Disambut pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris. Lawatan dimulakan dengan singgah di Blue Mosque, masjid enam menara yang menjadi mercu tanda Turki. Masjid dibina di zaman Sultan Ahmet ini mendapat nama dari dinding yang diperbuat daripada marmar biru.
Bersebelahan masjid itu juga adalah Hippodrome, di mana aksi sukan lasak kuno dan perarakan kereta kuda diadakan satu ketika dulu. Lawatan diteruskan ke Muzium Hagia Sophia & kompleks istana terkenal Tokapi Palace. Selepas makan tengahari, bertolak ke Safranbolu. Tiba di rumah penginapan tradisional dengan senibina Utmaniah dan bermalam.
Sarapan di hotel. Melawat kota Tapak Warisan UNESCO. Kota ini terkenal sebagai laluan pedagang laluan timur dan barat kurun ke-13. Singgah di Kaymakam Evi, bangunan kayu milik Gabenor kota itu satu ketika dulu yang termasuk dalam senarai Warisan Dunia. Rombongan kemudian dibawa ke Hidirlik Hill/Hidrilik Tepesi dan Hidrilik Hill Tea Garden. Di sini tetamu berpeluang menikmati keindahan kota Safranbolu dari bahagian paling tinggi. Waktu bebas membeli belah di pasar dikenali sebagai Carsi. Pulang ke rumah penginapan dan makan malam serta rehat.
Selepas sarapan bertolak ke Bursa. Makan tengahari di pertengahan jalan. Bursa pernah menjadi ibu kota kedua bagi Empayar Utmaniah. Lawatan dimulakan dengan singgah di Grand Mosque (Ulu Cami), masjid terbesar di Bursa dan menjadi mercu tanda bagi senibina Utmaniah dan turut mengambil ilham dari senibina Seljuk. Sultan Bayezid mengarahkan arkitek Ali Neccar membina masjid itu pada tahun 1396–1400. Ia mempunyai 20 kubah dengan dua menara.
Makam diraja, Green Tomb, terletak di atas bukit Yesil di perjiranan Bursa turut menjadi tarikan. Binaan berbentuk hexagon ini dibina dengan mamar hijau biru, yang namanya diambil sempena warnanya. Singgah di Silk Market dan Koza Han (kawasan persinggahan pedagang sutera dan ulat sutera). Ia tauliahkan oleh Bayezid II dan dibina pada 1490 di kawasan kejiranan antara Ulu Cami dan Orhaniye. Hasil pendapatan dari Han diwakafkan untuk pembinaan kompleks masjid Sultan di Istanbul. Daftar masuk hotel dan bermalam di Bursa.

Selepas sarapan rombongan dibawa ke kawasan pergunungan Mt. Uludag dengan kereta kabel. Aktiviti bebas bermain salji (peralatan ski tidak termasuk). Pergunungan ini adalah menjadi dongengan Mount Olympus of Mysia. Kononnya menjadi tempat dewa dewa menyaksikan Perang Trojan. Ia terletak di bahagian barat Pergunungan Pontic. Bermaksud Gunung Besar, Uludag adalah puncak paling tinggi di barat Anatolia yang turut merangkumi Kara Tepe (2543m). Pusat ski yang terletak di Taman Negara Uludag , kira-kira 36 kilometer di selatan Bursa. Ia boleh dilalui kenderaan darat atau menggunakan kereta kabel separuh jalan jika jalan terlalu licin. Ia lazimnya dibuka dari Disemner hingga akhir Mac. Kembali ke Bursa. Makan malam dan berehat.

Usai sarapan bertolak ke Istanbul. Singgah ke masjid terbesar di Turki, Camlica Mosque. Lawatan diteruskan ke Camlica Hill, untuk meninjau keindahan Laut Marmara dan Selat Bosphorus (dua kawasan yang paling digemari di Istanbul (bahagian Anatolia). Rombongan juga dibawa melalui jambatan ke bahagian Eropah. Perjalanan diteruskan ke Istanbul.
Selepas sarapan, lawatan ke Spice Market yang turut dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Di sini terdapat pelbagai barangan dan cenderahati seperti manisan Turki, buah buahan kering, perhiasan rumah dan macam macam lagi. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Grand Covered Bazaar di mana menempatkan 4,000 kedai menjual pelbagai cenderamata. Waktu bebas sehingga waktu makan malam. Kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan di hotel. Aktiviti bebas. Nikmati waktu bebas dengan bersiar siar di kawasan SultanAhmet / menaiki tram dan membeli belah.

Aktiviti bebas sehingga daftar keluar, Lawatan ke Muzium Panorama 1453, muzium menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah penaklukan Konstatinopel oleh Kerajaan Utmaniah. Peserta kemudian dibawa menaiki bot besar menerusi Bosphorus Cruise. Sepanjang perjalanan di Selat Bosphorus itu, rombongan berpeluang menikmati keindahan persisir selat yang menjadi lokasi beberapa istana dan rumah agam. Selepas itu, aktiviti bebas di kawasan Taksim & Istiklal sebelum berlepas ke lapangan terbang untuk kembali ke tanah air.  (ETD 0145hrs).

Jangkaan ketibaan KUL ETA 1725. Alhamdulillah

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

 

Bandar

Hotel *atau sepadan

Safranbolu

Hotel Imren Boutique *

Bursa

Hotel Tiara Thermal*

Istanbul

Hotel Hamidiye*

Maklumat Penerbangan

TK 061     KUL/IST    2340/0620

TK 060     IST/KUL    0145/1725

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :