London - Paris - Bruges – Brussels - Amsterdam Dengan Tren Eurostar

5/5
Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Briefing dari Tour Leader dan check in.

Tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada pagi hari. Daftar keluar dan terus berjumpa local coach captain. Bertolak ke pusat Outlet yang dipenuhi berbagai jenama terkenal di Wembley Outlet &  Bicester dan seterusnya dan solat jama’ disini. Perjalanan diteruskan ke Stadium Emirates untuk merakam kenangan serta membeli belah di Club MegaStore.  Kemudiannya, daftar masuk hotel dan rehat. Di sebelah malam, nikmati keindahan malam dan aktiviti beli belah di deretan kedai Queensway Street di Bayswater dan Whiteleys Shopping Centre. Makan malam disediakan.

Wembley Outlet
Stadium Emirates
Bayswater

Selepas sarapan, menikmati keindahan kota London. (Optional: perhentian pertama – Madame Tussauds RM160 seorang). Kemudian singgah di mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, London Eye dan Hyde Park. Solat Jamak di Masjid London/hotel. Singgah di Hard Rock Café London untuk membeli cenderahati.  Makan tengah hari disediakan. Teruskan aktiviti membeli belah Harrods & Oxford Street. Balik ke hotel untuk rehat atau meneruskan aktiviti bersiar/ membeli belah tanpa pemandu pelancong.

Tower Bridge
Shopping Oxford Street
Hard Rock London

Usai sarapan, aktiviti bebas untuk meneroka kota London. Pilihan sama ada meneruskan aktiviti beli belah di  Bayswater atau ke Taman Kesington Garden untuk bermain dengan burung & itik di kolam kegemaran Puteri Diana. Anda juga boleh menghabiskan masa di muzium pilihan.

Bertolak ke Paris menggunakan tren laju  Eurostar (Daftar masuk satu setengah jam (1.30 jam) sebelum berlepas)

  • 16:31 LONDON ST-PANCRAS
  • 19:47 PARIS NORD

Lewat petang: Sebaik tiba di stesen keretapi Paris Gare Du Nord – dibawa ke hotel dan daftar masuk  hotel.

Makan tengah hari dan solat Jamak di London.

London Eye
Kensington Garden
Eurostar

Selepas sarapan, rombongan akan dibawa meneroka kota cinta, Paris dengan mengunjungi beberapa lokasi popular seperti Menara Eiffel Tower, Tracadero, Notre Dame, Arch de Triomphe, Musee Du Lourve dan Sacre Coeur. Perjalanan diteruskan ke  Mosque de Paris (Masjid Jamek Paris),  yang direka dengan seni bina diilhamkan dari Istana Alhambra di Sepanyol. Solat Jamak dan makan tengah hari di sini.  Terus terus ke La Fayatte Galleries untuk aktiviti beli belah. Singgah di Hard Rock Café Paris untuk membeli cenderahati. Masa santai di Avanue Champs Elysees sebelum kembali ke hotel.  Kembali ke hotel di sebelah malam dan rehat. Makan tengah hari di Paris dan solat Jamak di Masjid Jamek Paris.

Menara Eiffel Tower
Avenue Champs Elysees
Siene River – Notre Dame

Daftar keluar hotel selepas sarapan untuk berlepas ke Belgium. Bandar Bruges yang terkenal sebagai  Venice di Utara menjadi persinggahan pertama pada hari ini. Ia terkenal dengan senibina zaman medival dan menjadi tempat bersejarah  serta dinobatkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Wilayah Flemish (pengaruh Belanda) ini mempunyai terusan indah, kedai coklat, kafe kecil, kedai renda dan kota lama yang menakjubkan. Sambil bersiar-siar di bandar ini, apa kata nikmati kopi yang enak di beberapa kafe sepanjang jalan atau menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar. Perjalanan diteruskan ke Brussels dan daftar masuk hotel. Makan tengah hari di Bruges dan solat Jamak di Pusat Kesenian Islam @ Diksmuideheirweg 169.

Bruges City
Kedai Coklat
Brussels

Selepas sarapan, bersiar-siar di kota Brussels.  Menikmati keindahan pagi di Grand Place dan merakam gambar di patung Brussels, Manneken Pis. Untuk peminat kemeja T dan cenderahati Hard Rock Café, boleh singgah di butik itu berdekatan Grand Place. Belgium terkenal dangan coklat jangan lupa beli sebagai buah tangan.

 

Kembara diteruskan ke Automium, satu lagi mercu tanda Brussels. Singgah untuk merakam gambar binaan yang dibina pada 1958 sempena Brussels World’s Fair, yang melambangkan  kristal besi yang diperbesarkan saiznya sehingga 165 bilion kali. Masa santai membeli belah di Rue Neuve yang penuh deretan berbagai kedai pelbagai jenama. Makan tengah hari dan solat Jamak di Brussels.

Kemudian,  bertolak ke  Amsterdam. Setiba di Amsterdam, daftar masuk hotel.

Grand place
Automium
Rue Neuve
Usai sarapan, anda berpeluang menikmati keindahan bandar Amsterdam. Singgah di lokasi terbaik Belanda.  Zaanse Schanse,  perkampungan yang terletak di tepi Sungai Zaan yang turut menempatkan kincir angin yang dibina sejak kurun ke-17. Selepas itu bertolak ke Volendam & Marken untuk melihat pembuatan terompah tradisional dan keju dengan lebih dekat di Simonehoeve (kilang keju). Kembara di Volendam tidak lengkap jika tidak menikmati keenakan makanan laut di perkampungan nelayan ini. Teruskan dengan aktiviti bergambar bersama-sama kapal berlabuh sebelum kembali ke Amsterdam.

Setiba di Amsterdam, terus ke City Tour bersama-sama pemandu pelancong tempatan, menikmati  keindahan dan sejarah kota ini termasuk bunga tulips, terusan dan muzium menerusi perjalanan dalam bas. Bertolak ke Dam Square, destinasi popular di bandar ini. Masa bebas untuk meninjau kedai cendera hati, butik dan kafe di sepanjang dataran ini singgah seketika di Hard Rock Café Amsterdam untuk cenderahati. Masa bebas. Makan tengah hari di Volendam.

Simonehoeve (kilang keju)
Zaanse Schanse
Volendam

Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan terus nikmati The Lovers Canal Cruise. Kemudian singgah ke Gassan Diamond untuk melihat proses & jualan batu permata serta berbagai produk. Makan tengah hari halal/makanan laut dan solat Jamak di Central Mosque sebelum ke Lapangan Terbang Amsterdam untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur ETD1515. Transit di Doha ETA2335.  dan teruskan penerbangan ke KLIA ETD0230.

Museumplein
The Lovers Canal Cruise
Dam Square Souvenir Shop

ETA1530 – Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan indah. Alhamdulillah.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

TK0061      KULIST    2340 0620

TK1979     ISTLHR    0745 0945

TK1954     AMSIST    1840 2305

TK0060     ISTKUL    0130 1705+1

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :