Scotland & England

5/5
Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Jumlah minima kumpulan adalah 9 orang. Harga berubah bergantung kepada jumlah kekurangan peserta, ketersediaan tiket penerbangan dan perubahan tukaran wang asing.

Berkumpul di KLIA 2.5 jam sebelum berlepas. Berlepas ke London.

Setiba di London bertolak ke kota abad pertengahan, York selama 4 jam. Terkenal dengan gelaran “The Viking Land’ of England, bandar ini kaya dengan sejarah pemerintahan Viking.  Lawatan dimulakan dengan singgah ke Muzium National Railway. Muzium National Railway mempunyai koleksi terbesar keretapi sejak 300 tahun lalu. Habiskan masa bebas di kota bersejarah Shambles untuk membeli belah dan minum teh atau lawat Jorvik Viking Centre. Peserta juga berkesempatan merakam gambar York Minster. Daftar masuk hotel pada sebelah malam.

Kota Bersejarah York
Muzium National Railway
Shambles

Daftar keluar dan bertolak ke Newcastle. Persinggahan pertama di ‘Angel Of The North’ satu arca kontemporari yang terkenal di UK.  Teruskan  perjalanan selama 2.5 jam ke  bandar bersejarah kota lama Edinburgh; nikmati keindahan seni bina Georgian dan Victorian pada bangunan sepanjang Royal Mile, Istana Edinburgh dan membeli belah di  Princes Street termasuk Hard Rock Café. Kembara diteruskan ke Arthur Seat, puncak Taman Holyrood untuk menikmati pemandangan indah kota lama itu dari puncak. Daftar masuk hotel dan rehat.

Angel of the North
Royal Mile
Pemandangan malam Edinburgh

Usai sarapan, teruskan perjalanan di tanah tinggi Scotland yang terkenal dengan keindahan bentuk muka bumi dan mitosnya. Singgah sebentar di Falkirk untuk merakam gambar di hadapan arca kepala kuda setinggi 30 meter, Kelpies yang dibina bagi menghargai sumbangan haiwan itu dalam membantu sektor industri dan ekonomi. Perjalanan diteruskan ke Stirling untuk merakam gambar keindahan seni bina Istana Stirling.  Kembara diteruskan ke Station Starthspey untuk menaiki tren klasik dari station itu ke Station Broomley pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan permandangan mengagumkan tanah tinggi Scotland dapat dilihat dari jendela keretapi memang satu kembara yang lain dari lain. Perjalanan diteruskan ke Inverness. Daftar masuk hotel di Inverness

Falkirk
Istana Stirling
Istana Urquhart & Loch Ness
Selepas sarapan, rombongan dibawa ke pekan comel, Loch Ness untuk bergambar. Singgah seketika untuk menikmati keindahan empangan Laggan Dam. Rombongan kemudian dibawa melawat Istana Urquhart yang indah di tepi tasik. Teruskan perjalanan ke lembah popular di Scotland dikenali sebagai Glencoe – lokasi terkenal dalam filem James Bond Skyfall yang berlatar belakangkan pergunungan Ben Nevis. Perjalanan diteruskan ke Loch Lomond.

Umpama lukisan kawasan ini dikatakan satu daripada lokasi paling cantik dan menarik di tanah tinggi Scotland. Jika cuaca mengizinkan, peserta boleh mencuba menaiki bot (tiket tidak termasuk) dan makan tengahari di Loch Lomond Shore. Selepas makan tengahari kembara diteruskan ke Glasgow, bandar terbesar Scotland dan ketiga terbesar di United Kingdom. Bandar yang terkenal dengan lebih 20 muzium dan galeri termasuk  Muzium Riverside yang mengumpulkan koleksi kereta, basikal, bot dan tram. Peserta akan dibawa ke Celtic Park, Glasgow stadium bagi pasukan Celtic sebelum daftar masuk hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Loch Lomond
Glasgow City Centre
Forge Shopping Center

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke pekan kecil Gretna Green, bersempadan dengan England. Pekan kecil ini terkenal sebagai lokasi perkahwinan dan akiviti pertukangan besi. Perjalanan diteruskan ke Stadium Old Trafford, stadium pasukan Manchester. Selain dapat merakamkan gambar di stadium yang banyak mencipta sejarah ini, peserta juga berpeluang membeli belah di kedai cenderahati barangan kelab bola terkemuka ini. Rombongan kemudian dibawa ke Cheshire Oak Designer Outlet, Outlet Designer terbesar di UK. Daftar masuk hotel untuk bermalam.

Gretna Green
Stadium Old Trafford
Cheshire Oak Designer Outlet

Usai sarapan, bertolak ke Liverpool yang terkenal dengan kumpulan muzik 1970 an, The Beatles dan dermaga. Sambil merakam gambar, peserta berpeluang menikmati masa santai di Royal Albert Dock yang juga lokasi Muzium Maritim,  Muzium Titanic, The Beatles Statue dan  The Beatles Story. Bagi peminat bola sepak Inggeris, lawatan singkat ke Stadium Anfield yang menempatkan kelab bola sepak Liverpool. 

 Perjalanan diteruskan ke selatan menghala ke Warwickshire, wilayah indah di bahagian Midlands. Kemudian bertolak ke Stratford Upon Avon, pekan kelahiran Willian Shakespeare. Kemudian, anda boleh menghabiskan masa membeli belah di Factory Outlet – Bicester Village. Daftar masuk hotel dan rehat. 

The Beatles Statue
Perkampungan Inggeris Cotswolds
Factory Outlet

Usai sarapan, bertolak ke Bourton on the Water, salah satu kampung tercantik di United Kingdom.  Meneroka pekan itu sebelum ke Arlington Row di Bibury Village, yang dianggap ramai sebagai satu daripada kampung tercantik di England. Kemudian, perjalanan diteruskan ke satu bandar pendidikan terkemuka, Oxford dan menikmati keindahan bangunan bersejarah dengan berjalan kaki. Bandar ini juga terkenal sebagai lokasi beberapa filem Hollywood seperti Harry Potter, Doctor Strange dan DaVinci Code. 

Bertolak ke London dan terus membeli-belah di London Designer’s Outlet untuk membeli belah, terdapat pelbagai jenama popular disini. Selepas membeli belah di London Designer Outlet, peserta juga berpeluang ke Stadium Wembley yang hanya terletak di sebelah pusat beli belah itu. Kemudian, bertolak ke Stadium Emirates – stadium bagi pasukan Arsenal. Akhirnya, daftar masuk hotel dan bermalam.

Bourton on the Water
London Designer’s Outlet
Stadium The Emirates

Sarapan pagi. Teruskan lawatan seharian di Kota London. Melihat dengan dekat mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, Bayswater dan London Eye atau kunjungi Madam Tussauds (optional) di London. Meneruskan aktiviti membeli belah sepanjang Oxford Street

London Eye
Oxford Street
Madam Tussauds London
Program bebas dan peluang menikmati London dengan sendiri. Anda boleh juga kunjungi Kensington Garden, Hyde Park dan lain-lain. Selepas itu ke Lapangan Terbang untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Tiba di Kuala Lumpur. Harap semua mempunyai kenangan yang terindah dalam lawatan ini.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

EK 347   KUL DXB   1910 2230

EK 007   DXB LHR   0310 0710

EK 006   LHR DXB   2200 0845

EK 342   DXB KUL   1035 2150

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :