RUSSIA 3 CAPITALS

Meneroka Seni, Sejarah & Keindahan Kota Rusia

St. Petersburg, Kazan dan Moscow adalah tiga bandar yang ikonik di Rusia. St. Petersburg terkenal dengan istana-istana cantik, terusan-terusan yang menawan, dan Muzium Hermitage di Istana Winter. Kazan terkenal dengan campuran budaya Tatar dan Rusia, dengan Kremlin yang menakjubkan termasuk Masjid Kul Sharif dan Menara Syuyumbike. Manakala Moscow pula sebagai ibu negara menawarkan mercu tanda seperti Red Square dengan Katedral St. Basil dan Kremlin yang megah. Tiga bandar ini menceritakan sejarah dan kepelbagaian budaya Rusia dengan gaya dan kemegahan yang tersendiri.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SIZE KUMPULAN (PAX)
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA (Hotel sahaja) SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS)
2026
14/6 - 23/6 Summer 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990 15 - 24
20/9 - 29/9 Autumn 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
4/10 - 13/10 Autumn 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
19/10 - 28/10 Autumn 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
8/11 - 17/11 Autumn 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
2027
28/3– 06/4 Late Winter 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990 15 - 24
18/4– 27/4 Spring 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
16/5 – 25/5 Spring 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
13/6 – 22/6 Summer 12,490 12,990 1,500 11,990 10,990
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR PERTAMA!
Surcaj RM500 /seorang untuk saiz kumpulan 9 - 14 pax
SENIOR CITIZEN – RM150 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBACK REWARDS UP TO RM120 / PAX LOYALTY DISCOUNT -RM200 / PAX

PROGRAM HIGHLIGHTS:

  • Welcome Dinner dengan Culture Show Tatar
  • 2 malam St. Petersburg
  • 2 malam Kazan Tatarstan
  • 1 malam – Overnight 1st Class Cabin Sleeper’s Train
  • 3 malam Moscow
  • Porters untuk train stations
  • Escorted by Team MyZarra
  • Radisson Cruise (Cruise 5 Bintang)
  • Kereta kabel di Sparrow Hill merentasi Sungai Moskva

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas transit di Dubai. Tiba di Dubai dan kemudian ambil penerbangan ke St. Petersburg.

Setibanya di St. Petersburg, disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di St. Petersburg.

Selepas sarapan di hotel. Mulakan hari dengan lawatan panaromik di bandar St. Petersburg. Sambil mendengar penjelasan pemandu pelancong, peserta dapat melihat senibina bangunan indah di bandar itu seperti Nevsky, Kazan Cathedral, Vasilievsky Island, Winter Palace, St Issac Cathedral, Bronze Horseman dan Dataran Senat. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Peter and Paul Fortress, salah satu kubu bersejarah terpenting di bandar ini yang menempatkan katedral serta makam keluarga diraja Rusia.

Kemudian, nikmati masa santai menyusuri keindahan Sungai Neva dengan menaiki bot.

Rombongan akan dibawa ke Masjid St. Petersburg, juga dikenali sebagai Masjid Soekarno, yang merupakan salah satu masjid terbesar di Eropah. Masjid ini dihiasi dengan seni bina bergaya Timur Tengah.

Akhir sekali, kembali ke hotel untuk berehat.

Pada malam hari, St. Petersburg menawarkan peluang untuk melihat jambatan di Sungai Neva yang dibuka pada waktu tertentu. Terdapat pilihan untuk menaiki evening draw bridge cruise dengan bayaran RM250 seorang (minima 4 orang – tidak termasuk kos & bergantung kepada ketersediaan).

 

Selepas sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Lawatan diteruskan ke Palace Square, dataran utama yang menjadi pusat peristiwa penting dalam sejarah Russia. Kunjungi Muzium Hermitage, salah satu muzium seni terbesar di dunia, yang terletak dalam lima bangunan bersejarah, termasuk Winter Palace, bekas kediaman keluarga Diraja Russia.

Nikmati makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, teruskan lawatan ke Gereja Spilled Blood (dari luar), salah satu ikon seni bina St. Petersburg yang menakjubkan. Gereja ini terkenal dengan kubah berwarna-warni serta hiasan mozek yang menghiasi dinding dalamannya. Ia dibina sebagai memorial untuk Maharaja Alexander II, yang meninggal dunia akibat serangan bom dan direka dengan penuh kehalusan oleh anaknya, Alexander III, sebagai tanda penghormatan.

Akhir sekali, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kazan.

Setelah tiba di Kazan, berjumpa dengan local guide dan terus daftar masuk hotel untuk berehat.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Bulgar, kota lama yang dikenali sebagai Northern Mecca. Kota lama ini adalah kampung halaman bagi bangsa Tatars. Di sini juga bermulanya penyebaran Islam di rantau Volga.

Setiba di Bulgar, terus lawatan ke Bolgar Museum-Preserve. Semasa lawatan di bandar itu, anda boleh melawat penempatan kuno, Museum Civilization Bolgar, Sign of Islam, runtuhan kota lama yang ada masjid dan gereja kuno dengan menara tinggi. Selain itu, di situ turut menempatkan Gereja Ortodoks St Nikolay, perkuburan lama utara dan selatan, runtuhan 5 tempat mandian, Black Chamber dan runtuhan Makam Khan. Cerita di sebalik kisah kota purba ini akan diterangkan oleh pemandu pelancong.

Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Masjid Putih yang terkenal dengan senibina seperti Taj Mahal. Masjid ini terletak bersebelahan Kompleks Tahfiz Ak Mechet.

Bertolak kembali ke Kazan. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Pada sebelah malam, nikmati makan malam dengan hidangan tradisional masyarakat Tatars yang diserikan dengan persembahan budaya secara interaktif. Anda juga berpeluang berinteraksi bersama mereka.

Setelah makan malam, lawatan malam diteruskan dengan Kazan Evening Tour, merangkumi Ekiyat Puppet Theater, Kazan Family Center, Kazanka River Embankment (termasuk Kazan Riviera), Kazan Arena Stadium dan Millennium Bridge. Beberapa hentian bergambar akan disediakan.

Akhirnya, kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan dengan menjelajahi keindahan bandar Kazan, merangkumi Liberty Square, National Library serta kawasan University.

Lawatan diteruskan ke Kazan Kremlin, sebuah tapak warisan dunia UNESCO. Di sini, anda akan melihat Spassky Tower, Menara Condong Syuyumbike serta Cathedral of the Annunciation. Seterusnya, melawat Masjid Kul Sharif, masjid terbesar di Kazan.
Lawatan diteruskan ke Tugan Avylym, sebuah kawasan kompleks rumah kayu yang dibina mengikut gaya perkampungan tradisional bangsa Tatars dan Rusia.

Selepas makan tengahari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke beberapa lokasi budaya penting. Singgah di Old-Tatars Sloboda, sebuah perkampungan lama yang menggambarkan kehidupan masyarakat Tatar. Kemudian, lawati Muzium Chak Chak, yang memperkenalkan tradisi minum teh Tatar bersama hidangan manis tradisional mereka.

Pada sebelah petang, bertolak ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi bermalam #023 ke Moscow ETD 6.11 petang, di mana anda akan melanjutkan perjalanan ke ibu kota Rusia

Tiba di stesen keretapi Moscow ETA 6.20 pagi, rombongan akan disambut oleh pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris dan bersedia untuk memulakan lawatan.

Sarapan pagi, kemudian bertolak ke pusat bandar Moscow dengan melalui bangunan ikonik seperti Bolshoi Theatre dan KGB Building.

Kemudian, lawatan ke Red Square yang ikonik. Di sini anda akan melihat Lenin Mausoleum (dari luar), St. Basil Cathedral yang terkenal dengan kubah berwarna-warni dan masa santai di pusat beli-belah GUM. Masa santai bersiar santai di Taman Alexander, taman yang terletak bersebelahan Kremlin. Kemudian, nikmati pemandangan bandar dari Floating Bridge, jambatan berbentuk separa bulatan yang menawarkan sudut pandang menakjubkan ke arah Kremlin.

Selepas itu, mengunjungi Moscow Kremlin, kompleks bersejarah yang menjadi simbol kekuasaan dan pusat pemerintahan Rusia sejak berabad lamanya, serta diiktiraf sebagai salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO.

Makan tengahari dan teruskan perjalanan ke Old Arbat Street, salah satu jalan paling bersejarah dan popular di Moscow. Jalan pejalan kaki ini terkenal dengan suasana seni dan budaya, dipenuhi kedai cenderamata, kafe tradisional, restoran serta pelbagai persembahan jalanan.

Akhir sekali, bertolak ke hotel untuk berehat. Bermalam di Moscow.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian nikmati masa dengan aktiviti membeli belah di Izmailovo Market yang menawarkan pelbagai produk tempatan dan souvenir.

Selepas makan tengahari, kunjungan ke Masjid Sobornaya (Moscow Cathedral Mosque) untuk menunaikan solat jamak. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Russia, yang boleh memuatkan sehingga 10,000 jemaah pada satu masa. Dibina semula pada tahun 2015 dengan reka bentuk moden dan kubah emas yang megah, masjid ini menonjol dengan seni bina Islam yang elegan.

Lawatan diteruskan ke Museum of Cosmonautics memberikan peluang untuk mendalami sejarah penerokaan angkasa lepas Rusia serta melihat pelbagai koleksi berkaitan angkasawan dan teknologi angkasa.

Akhir sekali, kembali ke hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Nikmati lawatan panoramic bandar Moscow melalui beberapa lokasi ikonik seperti Cathedral of Christ the Savior (luar), berjalan di Jambatan Patriarch yang menawarkan pemandangan indah Kremlin serta melihat Patung Peter the Great. Lawatan turut merangkumi Lomonosov Moscow State University dan Stalin’s Skyscrapers (7 Sisters Building).

Luangkan masa santai menyusuri Sungai Neva dengan menaiki bot Radisson Royal Moscow River cruise selama 2.5 jam sambil makan tengahari dan menikmati keindahan bandar dari sudut pandang yang unik. Pemandangan termasuk jambatan ikonik, bangunan bersejarah dan panorama bandar yang indah.

Selepas itu, singgah di Sparrow Hills, lokasi yang menawarkan pemandangan indah bandar Moscow dari atas bukit. Nikmati pengalaman menaiki kereta kabel Moscow (bergantung kepada musim & cuaca) di mana anda dapat melihat pemandangan panoramik bandar dari ketinggian, termasuk Sungai Moskva dan kawasan sekitarnya.

Lawatan diteruskan ke Victory Park di Poklonnaya Gora, sebuah taman peringatan yang memperingati kemenangan Rusia dalam Perang Dunia Kedua.

Pada sebelah petang, kembali ke hotel dan rehat. Bermalam di Moscow.

Sarapan pagi di hotel dan kemudian daftar keluar. Hari ini, lawatan dimulakan dengan meneroka sistem kereta api bawah tanah Moscow Metro yang terkenal dengan seni bina unik seumpama galeri seni bawah tanah, dihiasi lampu candelier serta ukiran dan lukisan yang indah.

Kemudian, menikmati makan tengah hari di restoran halal tempatan.

Selesai lawatan, bertolak ke Lapangan Terbang Domodedovo untuk penerbangan pulang.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah…

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL
St.Petersburg Holiday Inn St. Petersburg Moskovskye Vorota atau setara
Kazan
Raymond Hotel atau setara
Moscow Pana White Moscow hotel atau setara

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

Tertakluk kepada terma & syarat.

MAKLUMAT PENERBANGAN (EK) :

EK 345  KULDXB   1020 1310

EK 175  DXBLED   1600 2110

N4249   LEDKZN   1940 2200

EK 132  DMEDXB  2330 0615

EK 342  DXBKUL   1040 2155

TRAVEL MAP

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / SEORANG