ENGLAND, FRANCE, BELGIUM & NETHERLANDS
Flight + Hotel + Tour + Half Board Halal
Lawati London, Paris, Brussels dan Amsterdam dalam lawatan 10 hari ke Eropah Barat. Lihat Menara Eiffel, Big Ben, kincir angin di Holland dan banyak lagi!

- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||||
2023 | |||||||||
Pilihan pelanggan (Ground Only) | - | 8,290 | 8,790 | 2,500 | 7,290 | 5,990 | 6-8 | ||
30/04-09/05 (Tulips) | Spring | 10,990 | 11,490 | 2500 | 9,990 | 8,690 | 12 - 15 (open group) | ||
31/05-09/06 | Spring | 10,990 | 11,490 | 2,500 | 9,990 | 8,690 | |||
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama! | |||||||||
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-11 pax |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan ekonomi dengan bagasi 30kg
- Penginapan hotel bertaraf 3 atau 4 bintang
- Pengangkutan van/ coaster/ bas selesa
- Lawatan seperti aturcara
- Makan & minum seperti dalam itineri (halal/seafood)
- Tiket train Eurostar London - Paris
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tips RM250 seorang
- Insurans perjalanan RM165/seorang (AIG/COVID Coverage/umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Makanan & lain-lain yang tidak disebut dalam itinerari
- Perbelanjaan sendiri & yang tidak disertakan dalam jadual.
- *Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.
- ITINERI PAKEJ
- HARI 1: BERLEPAS DARI KLIA
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas.
- HARI 2: LONDON
Tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada pagi hari. Daftar keluar dan terus berjumpa local coach captain. Bertolak ke pusat Outlet yang dipenuhi berbagai jenama terkenal di Wembley Outlet & Bicester dan seterusnya dan solat jama’ disini. Perjalanan diteruskan ke Stadium Emirates untuk merakam kenangan serta membeli belah di Club MegaStore. Kemudiannya, daftar masuk hotel dan rehat. Di sebelah malam, nikmati keindahan malam dan aktiviti beli belah di deretan kedai Queensway Street di Bayswater dan Whiteleys Shopping Centre. Makan malam disediakan di restoran tempatan.
- HARI 3: LONDON (SP)
Selepas sarapan, menikmati keindahan kota London. (Optional: perhentian pertama – Madame Tussauds RM160 seorang). Kemudian singgah di mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, London Eye dan Hyde Park.
Solat Jamak di Masjid London/hotel. Singgah di Hard Rock Café London untuk membeli cenderahati. Teruskan aktiviti membeli belah Harrods & Oxford Street. Balik ke hotel untuk rehat atau meneruskan aktiviti bersiar/ membeli belah di Kawasan Oxford Street.
- HARI 4: LONDON – PARIS (SP)
Usai sarapan, aktiviti bebas untuk meneroka kota London. Pilihan sama ada meneruskan aktiviti beli belah di Bayswater atau ke Taman Kesington Garden untuk bermain dengan burung & itik di kolam kegemaran Puteri Diana. Anda juga boleh menghabiskan masa di muzium pilihan.
Bertolak ke Paris menggunakan tren laju Eurostar – daftar masuk satu setengah jam 1.30 jam sebelum berlepas
• 16:31 LONDON ST-PANCRAS
• 19:47 PARIS NORD
Lewat petang: Sebaik tiba di stesen keretapi Paris Gare Du Nord – dibawa ke hotel dan daftar masuk hotel. Makan tengah hari dan solat Jamak di London.
- HARI 5: PARIS (SP/MT)
Selepas sarapan, rombongan akan dibawa meneroka kota cinta, Paris dengan mengunjungi beberapa lokasi popular seperti Menara Eiffel Tower, Tracadero, Notre Dame, Arc de Triomphe, Musee Du Lourve dan Sacre Coeur. Perjalanan diteruskan ke Mosque de Paris (Masjid Jamek Paris), yang direka dengan seni bina diilhamkan dari Istana Alhambra di Sepanyol. Solat Jamak dan makan tengah hari di sini. Kemudian, terus ke La Fayatte Galleries untuk aktiviti beli belah. Singgah di Hard Rock Café Paris untuk membeli cenderahati. Masa santai di Avanue Champs Elysees sebelum kembali ke hotel. Kembali ke hotel di sebelah malam dan rehat. Solat Jamak di Masjid Jamek Paris.
- HARI 6: PARIS – BRUGES – BRUSSEL (SP)
Daftar keluar hotel selepas sarapan untuk berlepas ke Belgium. Bandar Bruges yang terkenal sebagai Venice di Utara menjadi persinggahan pertama pada hari ini. Ia terkenal dengan senibina zaman medival dan menjadi tempat bersejarah serta dinobatkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Wilayah Flemish (pengaruh Belanda) ini mempunyai terusan indah, kedai coklat, kafe kecil, kedai renda dan kota lama yang menakjubkan. Sambil bersiar-siar di bandar ini, apa kata nikmati kopi yang enak di beberapa kafe sepanjang jalan atau menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar. Perjalanan diteruskan ke Brussels dan daftar masuk hotel. Solat Jamak di Pusat Kesenian Islam @ Diksmuideheirweg 169.
- HARI 7: BRUSSEL–AMSTERDAM (SP/MT)
Selepas sarapan, bersiar-siar di kota Brussels. Menikmati keindahan pagi di Grand Place dan merakam gambar di patung Brussels, Manneken Pis. Untuk peminat kemeja T dan cenderahati Hard Rock Café, boleh singgah di butik itu berdekatan Grand Place. Belgium terkenal dangan coklat jangan lupa beli sebagai buah tangan.
Kembara diteruskan ke Automium, satu lagi mercu tanda Brussels. Singgah untuk merakam gambar binaan yang dibina pada 1958 sempena Brussels World’s Fair, yang melambangkan kristal besi yang diperbesarkan saiznya sehingga 165 bilion kali. Masa santai membeli belah di Rue Neuve yang penuh deretan berbagai kedai pelbagai jenama. Makan tengah hari dan solat Jamak di Brussels.
Kemudian, bertolak ke Amsterdam. Setiba di Amsterdam, daftar masuk hotel.
- HARI 8: ZAANSE SCHANS – WINDMILL – MARKEN - VOLENDAM (SP/MT)
Usai sarapan, anda berpeluang menikmati keindahan bandar Amsterdam. Singgah di lokasi terbaik Belanda, Zaanse Schanse yang merupakan perkampungan terletak di tepi Sungai Zaan yang turut menempatkan kincir angin yang dibina sejak kurun ke-17. Selepas itu bertolak ke Volendam & Marken untuk melihat pembuatan terompah tradisional dan keju dengan lebih dekat di Simonehoeve (kilang keju). Kembara di Volendam tidak lengkap jika tidak menikmati keenakan makanan laut di perkampungan nelayan ini. Teruskan dengan aktiviti bergambar bersama-sama kapal berlabuh sebelum kembali ke Amsterdam.
Setiba di Amsterdam, terus ke enjoy city tour bersama-sama pemandu pelancong tempatan menikmati keindahan dan sejarah kota ini termasuk bunga tulips, terusan dan muzium menerusi perjalanan dalam bas. Bertolak ke Dam Square, destinasi popular di bandar ini. Masa bebas untuk meninjau kedai cendera hati, butik dan kafe di sepanjang dataran ini singgah seketika di Hard Rock Café Amsterdam untuk cenderahati. Makan tengah hari di Volendam.
- HARI 9: BERSIAR DI AMSTERDAM – BERLEPAS (SP/MT)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan terus nikmati The Lovers Canal Cruise. Kemudian singgah ke Gassan Diamond untuk melihat proses & jualan batu permata serta berbagai produk. Makan tengah hari halal/makanan laut dan solat Jamak di Central Mosque sebelum ke Lapangan Terbang Amsterdam untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
- HARI 10: TIBA DI KLIA
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan indah. Alhamdulillah
SENARAI PENGINAPAN:
NEGARA | HOTEL* atau setara |
---|---|
England | Holiday Villa |
France | Ibis Nanterre La Defense |
Belgium | Ramada Hotel |
Netherlands | Holiday Inn Tower |
Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
FLIGHT DETAILS:
EY411 KUL AUH 1945 2250
EY011 AUH LHR 0205 0645
EY078 AMS AUH 2140 0610
EY418 AUH KUL 2305 1020