BURSA, PAMUKKALE, CAPPADOCIA, ANKARA, KONYA, SAFRANBOLU & ISTANBUL

5/5

Tanah yang kaya dengan sejarah dengan beberapa masakan terbaik yang pernah anda rasai, pemandangan dari pantai ke pergunungan dan bandar besar İstanbul.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2023
05/02-14/02 WINTER 5,590 5,990 1,000 5,690 5,490 20
12/02-21/02 WINTER 5,590 5,990 1,000 5,690 5,490
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 12-14 pax

Berkumpul di KLIA sekurang-kurang 3 jam sebelum pelepasan.

Tiba di Istanbaul ETA0545. Tetamu disambut oleh pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris. Bertolak ke kawasan pergunungan Mt. Uludag dengan kereta kabel. Ia terletak di bahagian barat Pergunungan Pontic. Gunung Uludag adalah puncak paling tinggi di barat Anatolia yang turut merangkumi Kara Tepe (2543m). Pusat ski yang terletak di Taman Negara Uludag, kira-kira 36 kilometer di selatan Bursa.

Selepas makan tengahari, melawat Masjid Besar; Ulu Cami ialah masjid terbesar di Bursa dan mercu tanda seni bina awal Uthmaniyyah, yang membawa banyak unsur daripada seni bina Seljuk. Kemudian singgah membeli belah di Pasar Sutera; Koza Han (Bazar Sutera) Koza (Kepompong) Han telah ditubuhkan oleh Bayezid II dan dibina pada tahun 1490 di kawasan kejiranan pasar antara Ulu Cami dan Orhaniye. Lawatan seterusnya ke Dataran Tophane, Menara jam dan singgah di Kedai Turkish Delight dan Teh Epal. Bermalam di Bursa.

Selepas sarapan pagi, teruskan perjalanan ke Pamukkale. Lawatan pertama ke Istana Kapas Pamukkale yang terbina hasil dari tindak balas sulfer oksida dengan bahan kimia lain yang terdapat disekitarnya. Kemudian ke Kota Antik Hierapolis, runtuhan bersebelahan dengan Pamukkale moden di Turki dan kini terdiri daripada muzium arkeologi. Lepas tu singgah membeli belah di Pusat Tekstil Pamukkale. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Pamukkale.

Selepas sarapan pagi, memandu ke Konya. Konya adalah pusat Empayar Seljuk serta bandar Mevlana dan Darwis Pusarannya. Makan tengah hari di Konya. Selepas melawat Muzium Mevlana, teruskan perjalanan ke Cappadocia. Melawat Caravanserai yang dibina pada abad ke-13 sebagai salah satu pos perdagangan yang selamat dan stesen laluan di Jalan Sutera. Makan malam di restoran tempatan & bermalam di Cappadocia.

Selepas sarapan pagi, teruskan lawatan sekitar Cappadocia. Lawatan ke Kota Bawah Tanah – kota bawah tanah yang saling berhubung oleh terowong berliku-liku seperti labirin dan menjadi tempat perlindungan dari serangan musuh ketika waktu peperangan. Lawati Lembah Pigeon untuk menikmati pemandangan unik yang terbentuk dari lanskap batuan gunung berapi. Kemudian ke Perkampungan Istana Uchisar – terletak di paras tertinggi di Cappadocia dan pemandangan panorama persekitarannya yang indah. Seterusnya ke Lembah Gerome dengan pemandangan formasi gunung berapi yang unik. Makan tengah hari di restoran tempatan. Terus ke Perkampungan Tembikar Avanos untuk melawat kedai tembikar dan kedai permaidani tempatan yang terkenal. Nikmati masa untuk membeli-belah. Seterusnya ke Bukit Esentepe dan Lembah Fairy Chimneys. Kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi, teruskan memandu ke Ankara. Dalam perjalanan ke Ankara, lawati Tasik Garam. Melawat Makam Mustafa Kemal Atatürk – makam Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemimpin perang kemerdekaan dan Presiden pertama Republik Turki dan Istana Ankara. Perjalanan diteruskan ke Safranbolu. Tiba di hotel dan bermalam.

Sarapan di hotel. Lawatan separuh hari di kota yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Pada kurun ke-13, kota ini menjadi pusat persinggahan saudagar yang berdagang menggunakan laluan timur barat. Mulakan lawatan ke Hidirlik Hill/Hidrilik Tepesi dan Hidrilik Hill Tea Garden yang menjadi lokasi utama di bandar ini. Kemudian melawat rumah kayu Kaymakam Evi. Selesai makan tengahari, tetamu menghabiskan masa dengan bersantai bergambar di sekitar kota itu dan membeli belah cenderahati di kawasan pasar dikenali sebagai Carsi untuk dibawa pulang. Kemudian, bertolak ke Istanbul. Makan malam dan rehat di hotel.

Tiba Istanbul ETA0515. Lawatan dimulakan ke Blue Mosque, terkenal dengan jubin biru dan unik dengan 6 menara yang dibina atas nama Sultan Ahmet. Lawatan diteruskan ke St Sophia (Hagia Sofia), pada asalnya adalah sebuah gereja dan kini dijadikan masjid. Masa santai di Dataran Hipprodome. Seterusnya ke Oriental Topkapi Palace yang menakjubkan bukan sekadar satu bangunan besar dengan taman terpencil, bentuk ia diilhamkan oleh seni bina Islam terdiri daripada berbagai kompleks pengurusan negara. Selepas itu, kunjungi “Spice Bazar” untuk melihat dan membeli belah barangan tempatan seperti buah-buahan kering, Turkish Delight, hiasan rumah dan berbagai cenderamata. Singgah makan malam (kos sendiri) di Grand Bazaar dengan lebih 4000 kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Bermalam di Istanbul.

Sarapan pagi di hotel. terus melawat Masjid Abu Ayyub Al-Ansari. Kemudian nikmati perjalanan menaiki kereta kabel di Pierre Loti yang menjanjikan pemandangan ‘Golden Horn’ yang menakjubkan. Aktiviti diteruskan dengan pelayaran santai Selat Bosphorus, pintu masuk semula jadi yang membahagikan Asia dan Eropah. Lawatan ke Muzium Panorama 1453 yang menghimpunkan sejarah mengenai penakhlukan kota Konstatinopal oleh tentera Uthmaniah. Lawatan dan solat di Masjid Eyub Sultan. Dibina pada tahun 1458, ia adalah masjid pertama dibina pihak Uthamaniah selepas penaklukan Konstantinopal pada 1453. Masa santai di Taksim Square sehingga bertolak ke lapangan terbang Istanbul untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur ETD0130.

Tiba di Kuala Lumpur jam ETA1700. Alhamdulillah

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara
Bursa Levor Hotel
Pamukkale Tripolis Hotel
Cappadocia Mustafa Hotel
Safranbolu Kahveciler Konagi Hotel
Istanbul Golden Way Hotel

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS:

TK061      KUL IST      2315 0545 +1
TK060     IST KUL      0150 1700

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / PER PERSON