CAIRO - ASWAN - LUXOR - ALEXANDRIA
TERMASUK: 1x PENERBANGAN DOMESTIK, 1x KERETAPI MALAM, BERMALAM DALAM PELAYARAN 5 BINTANG NILE CRUISE
Sungai Nil yang besar dan monumen yang megah menarik ramai orang ke Mesir manakala padang pasir yang mempesonakan dan delta yang subur memukau pengunjung. Tambah masa lalu negara yang panjang dan berlarutan serta budaya penuh cerita, ia adalah impian pengembara.

- MAKLUMAT HARGA :
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS) | |||
2025 | |||||||
07/02 - 16/02 | Winter | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 10,990 | 16 - 20 |
24/11 - 3/12 | Autumn | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 10,990 | |
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA! | |||||||
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-12 pax | |||||||
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG | INSTANT CASHBACK REWARDS UP TO RM120 / SEORANG |
- PAKEJ TERMASUK :
- Tiket penerbangan pergi balik dengan bagasi 30 kg
- Tiket penerbangan domestik dari Luxor ke Kaherah
- 5 malam menginap di hotel 5 bintang
- Makan tengahari dan malam di restoran
- 3x bermalam di pelayaran 5 bintang Nile Cruise
- 1x malam dalam sleeping train Kaherah ke Aswan
- Lawatan, pengangkutan dan makanan seperti dalam jadual
- Tour guide berbahasa Inggeris
- Tiket masuk ke lokasi lawatan seperti jadual
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tips RM300 seorang
- Insurans perjalanan RM190/seorang (merangkumi AIG/COVID / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan peribadi
- Lain lain yang tidak disebut dalam itineri
- *Nota: Semua yang dicatat dalam jadual, harga dan penerbangan tertakluk perubahan berdasarkan keadaan
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KLIA – TRANSIT DUBAI - KETIBAAN DI KAHERAH (MT/MM)
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas. Kemudian berlepas transit di Dubai ETD 1.45 am. Tiba di Dubai ETA 5.05 am. Kemudian ambil penerbangan ke Kaherah ETD 8.10 am.
Setiba di Kaherah jam 10.25 pagi (waktu tempatan), terus makan tengahari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari, lawatan dimulakan ke Egyptian Museum menempatkan koleksi artifak Mesir purba yang luas, menjangkau beribu-ribu tahun sejarah Mesir. Bergerak ke hotel dan bermalam di Kaherah. Masa santai di kawasan sekitar hotel / boleh menikmati masa santai membeli-belah di Citystars Mall.
- HARI 2: KAHERAH – ASWAN DENGAN KERETAPI (S/MT/MM)
Selepas sarapan, rombongan dibawa melawat Pyramid of Giza, yang turut dikenali sebagai Pyramid Khufu atau Pyramid Cheops. Ia juga piramid tertua dan terbesar antara tiga piramid di kompleks Giza. Ia adalah yang tertua dalam tujuh benda ajaib purba dunia dan satu satunya yang masih kukuh seperti asal. Seterusnya ke Sphinx di mana haiwan mitos berkepala manusia berbadan singa teguh berdiri. Di sini juga menempatkan insitut papyrus (pembuatan kertas kuno) dan minyak wangi. Makan tengahari di restoran tempatan.
Meneruskan lawatan ke Memphis salah satu bandar terpenting di Mesir kuno, berfungsi sebagai pusat politik, ekonomi, dan agama. Memphis juga merupakan tapak arkeologi yang memelihara tinggalan kota purba ini, termasuk kuil, istana dan makam, memberikan perspektif berharga tentang tamadun Mesir purba.
Kemudian, bertolak ke Saqqara Step Pyramid yang terletak kira-kira 20km dari Kaherah dan juga dikenali sebagai Piramid Djoser. Struktur monument ini terletak di nekropolis Saqqara. Piramid ini dianggap sebagai salah satu struktur batu berskala besar terawal yang pernah dibina dan dikaitkan dengan Firaun Djoser, yang memerintah semasa Dinasti Ketiga Mesir purba, sekitar abad ke-27 SM. Direka oleh arkitek terkenal Imhotep, Step Pyramid ialah keajaiban seni bina yang terdiri daripada enam mastabas (struktur segi empat tepat bumbung rata) yang berbeza disusun di atas satu sama lain, mewujudkan bentuk piramid bertingkat.
Seterusnya, masa santai membeli-belah minyak wangi dan produk berasaskan Papyrus di pusat pengeluaran tempatan. Pada lewat petang, anda akan dibawa untuk refresh break sebelum bergerak ke stesen keretapi Kaherah untuk berlepas ke Aswan pada jam ETD 7.45 malam. Makan malam disediakan di dalam keretapi.
- HARI 3: ASWAN – PELAYARAN NILE (S/MT/MM)
Sarapan pagi disediakan dalam coach. Dijangka tiba di Aswan ETA 9.00 pagi.
Lawatan dimulakan di Aswan, persinggahan pertama adalah High Dam – Aswan High Dam, empangan yang terletak di kawasan sempadan utara antara Mesir dan Sudan. Air dalam empangan ini diperoleh dari Sungai Nil dan kawasan tadahan itu menjadi Tasik Nasser. Peserta kemudian dibawa melawat Obelisk yang tidak selesai, The Luxor Obelisk yang dikategorikan sebagai binaan sejarah pada 1936.
Kemudiannya, peserta akan dibawa ke kapal untuk daftar masuk. Sebelum memulakan perjalanan, peserta akan dengar ringkasan pelayaran daripada anak kapal. Makan tengahari buffet di dalam cruise.
Di sebelah petang, berlayar menaiki bot layar tradisional (felucca) kawasan Medditeranean mengelilingi Aga Khan Mousoleum – Makam ini dibina serupa dengan binaan makam Fatimid di Kaherah yang dbina dengan batu kapur merah jambu, tetapi makam ini dibina dengan mamar Carara putih. Aga Khan dikebumi di sini selepas dua tahun kematiannya. Lokasi itu dipilih kerana beliau sering menghabiskan musim sejuk di villa berhampiran kawasan itu.
Bermalam dalam kapal pelayaran Nil.
- HARI 4: ASWAN - ABU SIMBEL – KOM OMBO – ASWAN (S/MT/MM)
Mulakan lawatan ke Abu Simbel -tapak arkeologi yang terletak di selatan Mesir, berhampiran sempadan dengan Sudan. Ia terkenal dengan dua kuil batu besar yang dibina semasa pemerintahan Firaun Ramesses II pada abad ke-13 SM, di wilayah kuno Nubia.
Pelayaran diteruskan ke Kom Ombo. Setiba di sana, rombongan dibawa melawat Kom Ombo Temple yang terkenal dengan kuil dua dewa Mesir purba: Sobek, tuhan berkepala buaya yang dikaitkan dengan kesuburan dan perlindungan, dan Horus, tuhan raja dan langit berkepala elang.
Perjalanan diteruskan ke Edfu. Bermalam dalam kapal pelayaran Nil.
- HARI 5: EDFU - LUXOR (S/MT/MM)
Selepas sarapan, nikmati waktu santai dengan menaiki kereta kuda ketika melawat Edfu Temple, pusat perdagangan zaman dulu. Lawatan diteruskan ke Horus Temple di Edfu – Temple of Horus di Edfu (yang dikenali juga sebagai Temple Edfu)
dianggap sebagai kuil paling dipulihara di Mesir.
Pelayaran diteruskan ke Esna Lock – untuk melihat dengan lebih dekat sistem kunci paras air. Dari atas kapal, peserta berpeluang melihat sendiri kapal melalui Esna Lock ini. Makan tengahari di dalam kapal.
Kemudian, perlayaran diteruskan ke Luxor. Lawatan ke Karnak Temple, salah satu kompleks kuil terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Ia dibina selama tempoh kira-kira 2,000 tahun, bermula dari Kerajaan Pertengahan dan berterusan sehingga zaman Ptolemaic.
Makan malam dan bermalam dalam kapal pelayaran Nil
- HARI 6: LUXOR – KAHERAH (S/MT/MM)
Selepas sarapan dan daftar keluar. Lawatan diteruskan di Lembah Raja Raja “Valley of the Kings” dimana beberapa raja telah dimakamkan termasuk Ramses II, Amenhotep II, Seti I, Thutmose III, Tutankhamun, dan banyak lagi. Makam-makam ini memiliki sejarah yang kaya dan merupakan tapak arkeologi penting dalam kajian tentang tamadun Mesir kuno.
Singgah di Hatshepsut Temple, yang dikenali sebagai kuil Deir El-Bahri, antara kuil yang berkaraktor di Mesir. Bergambar di Memnon Colossi, dua binaan gergasi Firaun Amenhotep III. Makan tengahari di restoran tempatan.
Nikmati makan malam sebelum dihantar ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan ke Kaherah ETD 8.00 malam. Setiba di Kaherah ETA 9.10 malam dan daftar masuk hotel di Kaherah
- HARI 7: KAHERAH – FAIYUM - KAHERAH (S/MT/MM)
Selepas sarapan, mulakan perjalanan dari Kaherah, iaitu kira-kira dua jam pemanduan ke Faiyum. Lawatan pertama ke Roda Air Nabi Yusuf, juga dikenali sebagai Noria Nabi Yusuf. Roda air ini digunakan untuk tujuan pengairan, menarik air dari Bahr Yusuf (Terusan Yusuf) untuk menyalurkan ke tanah pertanian di sekitarnya. Kemudian, lawatan ke Tasik Qarun, juga dikenali sebagai Tasik Moeris pada zaman dahulu. Tasik semula jadi ini adalah yang ketiga terbesar di Mesir dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan, terutamanya semasa matahari terbit dan terbenam.
Seterusnya ke Qasr Qarun, juga dikenali sebagai Kuil Dionysius, adalah tapak arkeologi purba yang terletak di Faiyum Oasis Mesir. Ia adalah kompleks kuil yang masih terpelihara dengan baik sejak zaman Yunani-Rom, khususnya zaman Ptolemaic dan Rom. Makan tengahari disini. Kemudian teruskan lawatan ke Air Terjun Wadi El Rayan Fayoum untuk melihat keindahan pemandangannya, terutamanya semasa musim sejuk. Air terjun ini terbentuk oleh aliran air dari Tasik Moeris.
Selesai lawatan, bertolak balik ke Kaherah. Tiba di Kaherah dan makan malam dan bermalam di hotel
- HARI 8: LAWATAN SEHARI KE ALEXANDRIA – KAHERAH (S/MT/MM)
Usai sarapan awal, rombongan dibawa ke Alexandria untuk lawatan sehari. Setiba di Alexandria, singgah di Masjid Morsi Abu Abbas, masjid terbesar di Alexandria. Lawatan ke perpustakaan terkenal Library of Alexandria, yang pernah menjadi kutub khanah terbesar dunia. Singgah bergambar di Citadel of Qaitbay, dataran dengan banyak menara, dinding dan binaan. Makan tengahari di resrtoran tempatan.
Sebelum ke hotel, singgah di Montazah Garden. Dibina pada 1892 dengan perintah Khedive Ismail, yang bertujuan menjadi kawasan beristirehat istana untuk Khedive dan keluarga diraja dan kemudian digunakan sebagai istana musim panas oleh Raja Farouk. Kembali ke hotel di Kaherah untuk bermalam. Makan malam di restoran tempatan.
- HARI 9: KAHERAH – LAPANGAN TERBANG (S/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan dimulakan di Saladin Citadel of Cairo, kubu yang dibina pada Zaman Pertengahan dan menjadi monumen hebat dalam sejarah Islam di Kaherah. Peserta kemudian dibawa ke Masjid Mohamed Ali, yang juga dikenali sebagai “Masjid Alabaster “, yang merujuk kepada hiasan luar dan dalam dinding daripada marmar.
Kemudian ke Kompleks Dataran Al-Azhar, yang terletak di Kaherah, Mesir, adalah salah satu institusi Islam tertua dan paling penting di seluruh dunia (**untuk Wanita: wajib memakai pakaian bersesuaian seperti jubah/dress labuh). Makan tengahari dan habiskan masa lapang dengan membeli belah di Khan El Khalily Bazaar. Deretan kedai yang menarik, penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan yang menjual pelbagai barangan hiasan, pakaian dan makanan tempatan.
Makan malam dan kemudian, peserta dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.
- HARI 10: TIBA DI KLIA
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah.
PENGINAPAN :
BANDAR | HOTEL* atau setaraf |
---|---|
Cairo | Tolip Golden Plaza Hotel |
Nile | Princess Sara Nile Cruise* |
Itineri diatas adalah sebagai panduan, ia mungkin berubah.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
MAKLUMAT PENERBANGAN :
EK343 KULDXB 0145 0505
EK927 DXBCAI 0810 1025
EK926 CAIDXB 0040 0610
EK342 DXBKUL 1035 2150