CROATIA, BOSNIA, SLOVENIA & ITALY

Flight + Hotel + Tour + Half Board Halal

Terokailah keindahan Balkan yang memukau dengan pemandangan semulajadi yang menakjubkan serta warisan bersejarah yang mempesonakan. Seterusnya, saksikanlah kehebatan Italy yang menawan dengan seni yang memukau dan keunikan senibinanya. Jom sertai perjalanan ini bersama pakej istimewa kami yang dirangka khas untuk mewujudkan kenangan abadi. Tempah sekarang dan nikmatilah pengembaraan yang indah serta keunikan yang tidak akan dilupakan!

Tarikh Musim Harga Seorang (MYR) Saiz Kumpulan
SPECIAL! EARLY BIRD Berdua / Bertiga Single SUPP Kanak - kanak dengan katil Kanak - kanak tanpa katil (UP TO 5 YEARS)
2025
Ground only (pilihan sendiri) - - 9,490 2,000 8,490 7,490 6-9
11/9 - 20/9 Autumn 10,990 11,490 2,000 10,490 9,490 10-14
23/10 - 1/11 Autumn 10,990 11,490 2,000 10,490 9,490
13/11 - 22/11 Autumn 10,990 11,490 2,000 10,490 9,490
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9 pax
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG INSTANT CASHBACK REWARDS UP TO RM110 / SEORANG

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.

Kemudian, teruskan perjalanan menuju Milan. Tiba di Milan dan bertemu local guide dan teruskan perjalanan menuju ke Venice selama lebih kurang 3 jam 30 minit. Tiba di Venice, nikmati Venice Walking Tour bersama pemandu tempatan. Anda akan melawat San Marco pusat pelancongan Venice, rumah kepada pemandangan ikonik seperti St. Mark’s Basilica, Doge’s Palace dan Bridge of Sighs. Teruskan ke Istana Doge, sebuah istana yang dibina dalam gaya Gothic Venetian. Kemudian, anda akan melihat Bridge of Sighs. Jambatan tertutup itu diperbuat daripada batu kapur putih, mempunyai tingkap dengan palang batu, melepasi Rio di Palazzo, dan menghubungkan Penjara Baru ke bilik soal siasat di Istana Doge.

Masa lapang berjalan-jalan di sekitar Basilika St. Mark, salah satu bangunan yang paling indah dan paling kerap dikunjungi di Venice dan ia merupakan salah satu contoh seni bina Italo-Byzantine. Peluang menaiki gondola (optional) dan waktu santai di Hard Rock Cafe dan membeli souvenir.

Kemudian, bertolak ke Optija untuk bermalam.

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Lawatan ke Masjid Rijeka yang merupakan satu-satunya masjid di bandar ini dan berfungsi sebagai tempat ibadat bagi masyarakat Islam tempatan.

Kemudian, berlepas ke Zadar yang mengambil masa kira-kira 3 jam. Apabila tiba, nikmati lawatan di Zadar yang akan membawa kita kembali ke Era Rom. Kita akan melihat Forum Rom terbesar di Pantai Adriatik, Organ Laut dan Greetings to sun monuments yang merupakan simbol Zadar. Nikmati masa santai kira-kira 1 jam di Zadar. Berjalan di sepanjang Kalelarga, jalan utama dalam bandar lama yang penuh dengan kedai dan kafe.

Seterusnya, bertolak ke Split, dianggap bandar bersejarah yang sama penting dengan Dubrovnik. Terletak Pantai Dalmatia yang kaya dengan sejarah Roman Vinetian. Dengan pemandu tempatan, nikmati lawatan berjalan merangkumi kawasan Old Town & Istana Diokletian (Tapak Warisan Dunia UNESCO) – dibina oleh Maharaja Rom dalam abad ke 4. Masa santai untuk shopping dan makan tengahari di kawasan Promenade Riva Waterfront.

Akhirnya, bergerak ke Neum untuk bermalam

Daftar keluar dari hotel dan meneruskan perjalanan selama 1.5 jam ke Dubrovnik, juga dikenali sebagai “Pearl of the Adriatic”. Bandar ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling menonjol di Wilayah Adriatik Mediterranean. Tiba di Dubrovnik, anda akan melawati Kota Lama Dubrovnik yang menakjubkan. Nikmati perjalanan yang mengasyikkan ke pusat bandar, lalu berjalan melalui Pile Gate, pintu masuk ke Kota Lama Dubrovnik bersama pemandu tempatan. Dengar cerita menarik tentang sejarah Kota Lama Dubrovnik dan peristiwa yang berlaku semasa perang Balkan pada tahun 1995. Anda akan melawati beberapa tempat menarik seperti Menara Jam, Air Pancut Onofrios, Pelabuhan Lama, Farmasi Lama, dan Istana Rektor. Masa lapang untuk membeli-belah.

Selepas makan tengahari, bergerak memasuki Bosnia & Herzogovina dengan perjalanan kira-kira 2.5 jam. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan pemandangan indah pesisir laut Adriatik dan nature wilayah Herzogovina. Hentian pertama adalah air terjun Kravice Waterfall yang dihasilkan oleh Sungai Travizat dengan dipenuhi hutan menghijau.

Kemudian, kita akan meneruskan ke Tekija Blagaj – sebuah monasteri Derwis 600 tahun yang lama, yang dibina oleh Kesultanan Uthmaniyah di sumber Sungai Buna yang amat indah. Solat jama’ di sini.

Perjalanan seterusnya, adalah singgah sebentar untuk mengambil gambar di Pocitelj, sebuah kubu lama yang menghadap sungai Neretva. Terdapat Masjid Kesultanan Uthmaniah juga di sini dan kini kubu ini menjadi tapak UNESCO.

Akhirnya, kita akan meneruskan perjalanan ke Mostar untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Pada waktu pagi kita akan terus berjalan kaki di sekitar Bandar Mostar yang disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO. Dengarkan juga kisah peperangan Bosnia yang mengakibatkan jambatan sebenar hancur dibom. Kita akan juga melawat masjid Koski Mehmed Pasha dan berjalan melalui bandar lama dan jambatan – Stari Most. Akhir sekali nikmati masa santai di pasar menjual souvenir sambil luangkan masa di cafe dengan
pemandangan sungai Naretva dan Old Town.

Teruskan perjalanan ke Jablanica untuk makan tengah hari dan cuba kambing panggang Bosnia, Jablanica amat terkenal keindahan dengan Sungai Naretva yang bewarna hijau emerald. Berhenti untuk bergambar di kawasan bersejarah Perang Dunia ke2 dan set film ‘Battle of Neretva” dengan landasan keretapi tergantung. Berhenti makan tengahari di salah satu restoran yang popular dengan menu Kambing bakar disini.

Kita juga akan berhenti untuk bergambar di Bandar Konjic, yang mempunyai jambatan batu bersejarah ‘Stara Cuprija’. Teruskan ke Sarajevo untuk lawatan Tunnel of Hope, tarikan muzium pengalaman perang tahun 1990-an. Dengan lebar 11m dan tinggi 1.6, terowong yang digali dengan tangan di bawah larian lapangan terbang ini adalah bukti kesusahan penduduk bandar itu menghadapi kepungan tentera Bosnian Serbia.

Melawat Taman Vrelo Bosne, merupakan sebuah taman awam cantik dengan banyak mata air dari sungai Bosna yang terhasil dari Gunung Igman. Peluang untuk bergambar serta piknik di sini.

Kemudian bertolak ke Sarajevo. Bermalam di Sarajevo

Sarapan pagi di hotel. Kemudian terus nikmati Sarajevo city tour bagi lawatan berjalan kaki ke Bandar Lama Bascarsija, jambatan Latin, tempat di mana Austro Hungarian Archduke telah dibunuh, yang mencetuskan Perang Dunia Pertama; Brusa bezistan – pasar berbumbung; Masjid Gazi Husref Bey- dibina pada tahun 1530 semasa era Uthmaniyyah – dan Gazi Husref Bey Madrass; dibina pada 1551; Vijecnica –Dewan bandar untuk era Austro-Hungary, dsb.

Selepas itu, peluang mencuba menaiki Cable Car yang menyambungkan bandar Sarajevo lama dengan Gunung Trebevic (1627 meter) Lokasi ini sebenarnya adalah pusat pelancongan penting yang musnah akibat peperangan Bosnia, terdapat tinggalan trek bobsleigh yang anda boleh bergambar. Pastikan anda mengambil gambar bandar Sarajevo dari kedudukan tinggi di sini. 

Sarapan pagi dan daftar keluar. Terus bergerak ke wilayah Bosnia Tengah,Travnik (1.5jam), Dalam perjalanan, kita akan melihat sendiri kluster bukit bukit mirip Piramid, Ia dikenali sebagai Piramid Visoko. Seterusnya akan singgah di Etno Village Cardaci bagi melihat seni bina asli Bosnia yang lengkap dengan bangunan ciri tempatan serta tasik dan air terjun.

Travnik merupakan bandar bercirikan senibina Ottoman lengkap tembok pertahanan, masjid madrasah dan mata air Plava Voda indah di tengah-tengah bandar. Makan tengah hari di restoran tempatan. Teruskan perjalanan ke bandar Jajce dan singgah sebentar di masjid Malaysia untuk solat di kampung Turbe. Seterusnya, di Jajce, melawat air terjun Pliva dengan ketinggian 22-meter yang indah di tengah-tengah bandar. Di Jajce juga, kita akan melihat tasik Pliva dan Mlincici – kincir air kayu yang juga merupakan mercu tanda Bosnia.

Bergerak ke utara menghampiri sempadan negara Croatia menuju Una National Park, Taman negara terbesar negara Bosnia yang ditubuhkan pada 29 Mei 2008 di sekitar sungai Upper Una River, Krka dan Unac. Dengan alam semula jadi yang menyegarkan dengan air jernih serta berbagai lata air terjun yang indah, taman negara ini pasti menjadi highlight percutian terutamanya highlights lawatan melihat air terjun Strbacki Buk.

Teruskan ke Bihac. Makan malam di hotel. Bermalam dan penginapan di hotel di Bihac.

Sarapan pagi dan daftar keluar. Kemudian, teruskan perjalanan kita ke Plitvice Lakes yang disenaraikan sebagai tapak UNESCO – ia adalah taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Apabila tiba, bersama pemandu pelancong tempatan kita akan menikmati perjalanan dengan bot elektrik & lawatan berjalan kaki selama 2 jam di dalam taman luar biasa ini meliputi pelbagai tasik, platform berjalan kaki yang indah dan air terjun.

Seterusnya bertolak ke negara Slovenia bagi lawatan seterusnya. Nikmati masa santai di bandar Ljubljana. Melawat Jambatan Naga Art Nouveau, dinamakan dan dimodelkan sempena maskot naga bandar itu. Masa santai di sepanjang sungai, ke Dataran Prešernov, selepas itu anda akan merentasi Jambatan Tiga, yang dicipta oleh arkitek terkenal Jože Plečnik. Solat di Masjid Ljubljbna. Kemudian, daftar masuk hotel. Bermalam di Ljubljana.

Sarapan pagi di hotel, bertolak ke Bled. Tiba di Bled, Tasik Alpine ini dengan satu-satunya tasik di Slovenia yang terkenal sebagai syurga yang terkenal di dunia selama berabad-abad. (Pilihan: Istana Bled – Euro 20/pax).

Kemudian, berpindah ke Tasik Bohinj. Bohinj terletak di tengah-tengah Julian Alps, dan ia adalah sebahagian daripada Taman Negara Triglav. Banjaran gunung yang paling luas dan tertinggi di Slovenia juga merupakan bahagian paling tenggara Alps. Bohinj merangkumi lembah Nomenj, Lembah Bohinj Atas dan Bawah, lembangan tasik, dataran tinggi Pokljuka dan Jelovica serta banjaran gunung yang tinggi. Tasik Bohinj adalah tempat yang sesuai untuk pencinta alam.

Kemudian, betolak ke Vicenza yang mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Dalam perjalanan, berhenti di Designer Outlet Noventa di Piave. Nikmati masa lapang membeli-belah koleksi terkini jenama-jenama fesyen antarabangsa Travnik Mlincici Una National Park Plitvice Lakes Ljubljana Jambatan Naga Art Nouveau dengan harga yang lebih berpatutan. Ia adalah tempat yang popular untuk mencari pakaian, aksesori, dan barangan fesyen berkualiti tinggi dengan diskaun yang menarik.

Kemudian, daftar masuk hotel. Bermalam di Vicenza

Sarapan pagi di hotel. Teruskan perjalanan ke Verona, kota penting zaman pertengahan Italy. merupakan sebuah bandar di utara Itali yang terkenal oleh Shakespeare ‘Romeo & Juliet’ Play dan ‘Juliet’s Balcony. Apabila tiba, temui guide anda dipusat bandar Verona dan mula menerokai bandar. Lawatan ke Basilika di San Zeno Maggiore, merupakan tempat perkahwinan Romeo dan Julie Shakespeare. Kemudian ke Piazza Brà dan Arena di Verona dan kagumi seni bina amfiteater Rom di mana kita akan belajar tentang permainan lama gladiator. Kita juga akan singgah untuk beberapa gambar di ‘Casa di Guliette’ yang terkenal.

Bertolak ke Milan, sebuah metropolis di wilayah Lombardy utara Itali. Milan merupakan ibu kota fesyen dan reka bentuk global. Nikmati masa lapang di Duomo di Milano untuk bergambar di lapangan Milan Cathedral dan pusat beli-belah tertua di dunia, Galleria Vittorio Emanuele II yang dibina pada 1865, dan telah beroperasi sejak 1877. Masa santai membeli-belah di Kota fesyen no 1 Italy.

Seterusnya bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.

Tiba di Doha. Kemudian ambil penerbangan ke Kuala Lumpur. Tiba di Malaysia dengan kenangan indah. Alhamdulillah.

PENGINAPAN :

BANDAR HOTEL* atau setaraf NEGARA
Rijeka / Optija Hotel Lungomare Opatija Croatia
Neum Marea Hotel & Spa Bosnia
Mostar Kalima Resort Bosnia
Sarajevo Sleep Hotel Bosnia
Bihac Hotel Safir Bihać Bosnia
Ljubljana Ambient Hotel Slovenia
Vicenza Hotel & Residence Castelli Italy

Itineri diatas adalah sebagai panduan, ia mungkin berubah.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN :

QR 853 KULDOH 2025 2245

QR 123 DOHMXP 0200 0710

QR 118 MXPDOH 2300 0545

QR4993 DOHKUL 0805 2055

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON