Turki

Bursa – Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia – Safranbolu - Istanbul ​

5/5
Turki terkenal dengan pelbagai elemen oriental dan Eropah — dari teh Turki tradisional hingga Hagia Sophia yang megah. Ia juga terkenal dengan permaidani, hammam dan bazar, destinasi seperti Istanbul dan Cappadocia, dan hidangan manis seperti hidangan Turki dan baklava.
Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Harga boleh berubah tanpa notis jika jumlah peserta tidak mencukupi, ketersediaan penerbangan dan kadar tukaran asing.
Berlepas dari KLIA ETD 2340 ke Istanbul.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Havalimani di Istanbul. Tetamu disambut oleh pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris. Lawatan dimulakan dengan singgah Blue Mosque, masjid enam menara yang dibina di zaman Sultan Ahmet ini terkenal kerana binaan diperbuat dari marmar berwarna biru dan menjadi mercu tanda negara itu.

Lawatan diteruskan ke Hippodrome, di mana satu ketika dulu sukan kuno dan perarakan kereta kuda diadakan. Kemudian singgah di Muzium Hagia Sophia dan Istana Topkapi.  Selepas makan tengahari berlepas ke Eskihisar dan menaiki feri ke Yalova, Orhangazi dan Gemlik sambil menikmati keindahan kawasan luar bandar diikuti perjalanan menaiki bas ke  Bursa, dengan dihidangkan permandangan indah sepanjang jalan (mengambil masa kira-kira 2.5 jam). Tiba di Bursa, tetamu dibawa ke hotel, makan malam dan menginap.

Blue Mosque
Hagia Sophia Museum
Topkapi Palace

Selesai sarapan, rombongan dibawa melawat Ulu Mosque & Green Mosque. Di sini juga terletak Green Mausoleum,  binaan bangunan makam berbentuk hexagon dengan kubah separa dengan kedudukannya tinggi berbanding bangunan lain di sekitar kompleks di kejiranan Yesil itu. Makam ini mendapat nama dari dinding yang diperbuat dari mamar hijau kebiruan. Selepas makan tengahari, bertolak ke Kusadasi. Makan malam dan bermalam di Kusadasi.

Ulu Mosque
Green Mosque
Green Tomb

Usai sarapan, bertolak ke Selcuk untuk lawatan ke Ephesus, Temple of Artemis & House of The Virgin Mary. Selepas makan tengahari, rombongan berpeluang menyaksikan peragaan fesyen di sebuah pusat pakaian terkenal di daerah itu dan diberi masa untuk membeli belah. Lawatan diteruskan ke Pamukkale di mana letaknya Cotton Castle, kolam air panas bertingkat daripada batu kapur yang terjadi sejak jutaan tahun lampau. Ia satu fenomena yang unik dan pengunjung berkesempatan merakam keindahan fenomena semulajadi dan meredam kaki seketika di kolam itu.  

Lawatan diteruskan ke Kota Purba Hierapolis yang dibina tentera Roman dan kini diiktiraf sebagai tapak UNESCO. Makan malam dan bermalam di Pamukkale.

Kusadasi City

Temple of Artemis

Pamukkale
Selepas sarapan, bertolak ke Konya sambil menikmati keindahan kiri kanan jalan melalui pekan kecil dan perkampungan penduduk tempatan yang unik. Sebelum tiba di Konya, singgah menikmati makan tengahari.

Konya sebelum ini adalah ibu kota Empayar Seljuk dan juga kota ahli sufi terkemuka dunia, Mevlana Rumi dan pengikut sufi Derwish. Selepas melawat Muzium Mevlana, rombongan meneruskan perjalanan ke Cappadocia and melalui laluan perdagangan kurun ke-13. Dipertengahan jalan singgah di Caravanserai (pusat persinggahan saudagar di kurun ke-13).  Makan malam dan bermalam di Cappadocia.

Kota Konya
Muzium Mevlana
Cappadocia

Sarapan di hotel. Seharian meneroka wilayah Cappadocia. Lawatan ke Kota Bawah Tanah Cardarkli, Perkampungan Istana Uchisar, Ihlara George, Fairy Chimneys, Lembah Devrent & Lembah Merpati. Singgah di Kampung Avanos untuk melihat dengan lebih pembuatan pasu tanah liat dan permaidani secara tradisional. Makan malam dan bermalam di hotel.

Cappadocia
Uchisar Castle Village
Pigeon Valley

Sarapan di hotel dan perjalanan diteruskan ke ibu negara Turki, Ankara. Singgah di Tasik Garam sebelum tiba di Ankara. Ibu negara itu yang dikenali sebagai “Kota Ataturk”. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki, rombongan juga dibawa melawat komplek makam tokoh itu. Perjalanan diteruskan ke Safranbolu.  Tiba di hotel dan makan malam dan menginap.

Ankara
Tasik Garam
Mausoleum Atarturk

Sarapan di hotel. Lawatan separuh hari di kota yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO.  Pada kurun ke-13, kota ini menjadi pusat persinggahan saudagar yang berdagang menggunakan laluan timur barat. Mulakan lawatan ke Hidirlik Hill/Hidrilik Tepesi dan Hidrilik Hill Tea Garden yang menjadi lokasi utama di bandar ini. Kemudian melawat rumah kayu Kaymakam Evi.  Selesai makan tengahari, tetamu menghabiskan masa dengan bersantai bergambar di sekitar kota itu dan membeli belah cenderahati di kawasan pasar dikenali sebagai Carsi untuk dibawa pulang. Makan malam dan rehat di hotel.

Safranbolu
Kaymakam Evi
Carsi Market

Selepas sarapan rombongan bertolak ke Istanbul.  Melawat Masjid Camlica, masjid terbesar di Turki. Terus ke Camlica Hill, kawasan di mana pengunjung boleh melihat dengan jelas Laut Marmara dan Selat Bosphorus, satu lokasi

yang digemari di Istanbul (bahagian Anatolia). Kita akan melalui jambatan untuk ke bahagian Eropah. Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli belah di Grand Covered Bazaar yang mempunyai 4,000 kedai menjual pelbagai cenderamata. Selepas makan alam, daftar masuk hotel dan rehat.

Masjid Camlica Mosque
View from Camlica Hill
Grand Covered Bazaar
Usai sarapan, lawatan dimulakan di Spice Market yang turut dikenali sebagai Bazar Egypt. Pelbagai kudapan dijual di sini termasuk buah buahan kering, manisan Turki yang terkenal, cenderamata, barangan tembaga dan lain lain. Menaiki bot besar untuk bersiar siar menerusi Bosphorus Cruise di persisir Selat Bosphorus sambil menikmati keindahan bahagian Asia dan Eropah yang menempatkan banyak istana musim panas dan rumah agam. Di sebelah petang, masa bebas. Bermalam di Istanbul.
Spice Market
Bosphorus Cruise
Malam di Istanbul

Program bebas sehingga daftar keluar hotel. Sebaik keluar hotel, lawatan ke Muzium Panorama 1453 yang menghimpunkan sejarah mengenai penakhlukan kota Konstatinopal oleh tentera Uthmaniah. Aktiviti bebas di  time at Taksim & Istiklal. Lawatan dan solat di Masjid Eyub Sultan. Dibina pada tahun 1458, ia adalah masjid pertama dibina pihak Uthamaniah selepas penaklukan Konstantinopal pada 1453. Bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanahair (ETD 0145hrs).

Panorama 1453 Museum
Taksim & Istiklal Square

Eyub Sultan Mosque

Dijangka tiba di Kuala Lumpur ETA 1725. Alhamdulillah

Jadual di atas hanya digunakan untuk panduan, mungkin ada perubahan sedikit .
TERMA & SYARAT DIPATUHI !

Bandar

Hotel *atau sepadan

Bursa

Hotel Tiara Thermal *

Kusaidasi

Hotel Carina *

Pamukkale

Hotel Tripolis *

Cappadocia

Hotel Altinozl*

Safranbolu

Hotel Imren Boutique *

Istanbul

Hotel Hamidiyel*

Maklumat Penerbangan

TK 061     KUL/IST    2340/0620

TK 060     IST/KUL    0145/1725

DEPOSIT : RM1000 / seorang *

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :