MALTA, SICILY & TUNISIA
Menyusuri Kota Bersejarah, Keunikkan Tradisi & Keindahan Alam Mediterranean
Pakej 12 Hari 10 Malam ini membawa anda menjelajah tiga destinasi Mediterranean iaitu Malta, Sicily dan Tunisia. Nikmati sejarah dan budaya Malta di Valletta dan Blue Grotto, keindahan Sicily dengan Gunung Etna dan seni bina Taormina serta Tunisia di Carthage dan Sidi Bou Said. Perjalanan ini menggabungkan pengalaman sejarah, budaya, dan landskap unik dari tiga lokasi yang menarik!

- MAKLUMAT HARGA :
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS) | |||
2025 | |||||||
30/4 - 11/5 | Spring | 14,490 | 14,990 | 3,000 | 13,990 | 12,990 | 12 - 16 |
24/9 - 5/10 | Autumn | 14,490 | 14,990 | 3,000 | 13,990 | 12,990 | |
22/10 - 2/11 | Autumn | 14,490 | 14,990 | 3,000 | 13,990 | 12,990 | |
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA! | |||||||
Surcharge RM500/seorang untuk kumpulan 9 - 11 orang | |||||||
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG | INSTANT CASHBACK REWARDS RM140 / SEORANG |
- PAKEJ TERMASUK :
- Tiket penerbangan antarabangsa pergi balik dengan bagasi 30kg
- Tiket penerbangan domestic Malta ke Tunis dengan bagasi 23kg
- 10 malam menginap di hotel bertaraf tourist class
- Makan halal / seafood seperti yang disebutkan dalam itineri
- Lawatan, pengangkutan dan makanan seperti dalam itineri
- Tour guide berbahasa inggeris
- Tiket masuk ke lokasi lawatan seperti itineri
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tips RM300 /seorang
- ETIAS Europe RM50 seorang*
- Insurans perjalanan RM190/ seorang (Merangkumi AIG/COVID/ 70 tahun dan ke atas tertakluk surcaj)
- Perbelanjaan peribadi dan lain lain yang tidak disebut dalam itineri
- Nota: Semua yang dicatat dalam jadual, harga dan penerbangan tertakluk perubahan berdasarkan keadaan
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: BERTOLAK DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL - MALTA
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas transit di Istanbul. Tiba di Istanbul dan kemudian ambil penerbangan ke Malta. Setibanya di Malta, disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Malta.
- HARI 2: LAWATAN SLIEMA (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan harini ke Sliema, sebuah bandar peranginan di pantai timur Mediterranean yang terkenal dengan suasana santai dan pemandangan yang indah. Di sini, nikmati lawatan berjalan kaki di sepanjang promenade yang indah dan dikelilingi oleh pemandangan laut yang memukau, kedai-kedai mewah, dan kawasan penuh sejarah. Lawatan ini memberikan peluang untuk melihat kehidupan harian masyarakat tempatan sambil menikmati suasana bandar.
Selepas lawatan, kembali ke hotel untuk bermalam.
- HARI 3: FULL DAY VALETTA (SP/MT)
Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Valletta, ibu kota Malta yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Mulakan dengan melawat Taman Upper Barrakka yang menawarkan pemandangan indah Pelabuhan Grand dan Tiga Bandar yang bersejarah. Kemudian, berjalan di Old Mint Street dan nikmati seni bina klasik Malta. Lawatan diteruskan ke Istana Grandmaster yang pernah menjadi kediaman Grand Masters Knights of St. John, pemimpin tertinggi dalam Order of Knights of St. John atau lebih dikenali sebagai Knights Hospitaller.
Selepas makan tengah hari, nikmati pelayaran santai mengelilingi Pelabuhan Marsamxett dan Grand. Pelayaran ini memberikan pemandangan unik tentang benteng dan kubu di sekitar Valletta dan Tiga Bandar. Kemudian, kunjungi The Malta Experience, sebuah pertunjukan audio-visual yang menarik tentang sejarah Malta yang kaya dari zaman prasejarah hingga hari ini. Persembahan ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa penting yang membentuk pulau ini.
Disebelah petang, lawatan ke Birgu, salah satu daripada Tiga Bandar yang terkenal dengan jalan medieval yang terpelihara dan tapak sejarahnya.
Akhir sekali, kembali ke hotel untuk bermalam.
- HARI 4: MALTA - LAWATAN SEHARI KE SICILY – MALTA (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian nikmati Tour seharian di Siciliy. Ambil feri untuk ke Bandar Pozzallo. Tiba di Pozzallo, sebuah perkampungan nelayan di Sicily yang kini memainkan peranan sebagai pelabuhan utama di wilayah Ragusa. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas berhawa dingin bersama guide berbahasa Inggeris.
Dalam perjalanan ke Gunung Etna, singgah untuk mencuba pelbagai hidangan istimewa Sicily seperti manisan badam dan madu. Produk-produk tempatan ini juga tersedia untuk dibeli sebagai buah tangan. Di Gunung Etna, lawatan bermula di Kawah Sylvestri yang terletak pada ketinggian 2000 meter. Dari sini, nikmati pemandangan panoramik kawasan luas sekitar Etna serta kesan-kesan letusan terbaru. Anda juga berpeluang untuk membeli cenderamata khas Sicily.
Perjalanan diteruskan ke Taormina, sebuah bandar yang terkenal dengan pemandangan indah menghadap Giardini Naxos, bekas koloni Yunani yang kini menjadi pusat pelayaran antarabangsa. Nikmati masa bebas untuk bersiar-siar dan menikmati keunikan suasana Taormina. Waktu makan tengah hari disini.
Kembali ke Malta dengan menggunakan High-Speed Catamaran pada jam 9:30 malam.
Nota: Lawatan akan diteruskan dengan sekurang-kurangnya 10 peserta. Sekiranya peserta kurang, kami berhak untuk menawarkan pilihan alternatif.
- HARI 5: MARSAXLOKK - BLUE GROTTO - DINGLI CLIFFS – MDINA (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Mulakan hari dengan melawat Marsaxlokk, sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan bot berwarna-warni, “Luzzus”. Berjalan di sepanjang pantai yang indah dan terokai pasar tempatan yang menjual makanan laut segar dan berpeluang membeli cenderamata.
Kemudian, menuju ke Blue Grotto, sebuah gua laut yang terkenal dengan air jernih dan warna birunya. Jika berminat, anda boleh menyertai pelayaran untuk meneroka gua-gua tersebut (kos sendiri). Seterusnya, lawati Dingli Cliffs, titik tertinggi di Malta, di mana anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan Laut Mediterranean.
Lawatan diteruskan ke Mdina, ibu kota kuno Malta. Dikenali sebagai “Bandar Sunyi,” Mdina mempunyai lorong-lorong yang berliku, seni bina abad pertengahan dan pemandangan yang menakjubkan. Ia juga merupakan lokasi penggambaran beberapa filem terkenal dan drama bersiri, termasuk adegan awal dalam siri terkenal Game of Thrones, menjadikannya destinasi yang menarik untuk peminat dunia sinematik.
Kembali ke hotel untuk bermalam.
- HARI 6: BERTOLAK DARI MALTA - TUNIS – KAIROUAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, nikmati masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Tunis.
Setibanya di Tunis, disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari. Lawatan bermula ke Sidi Bou Said, sebuah perkampungan yang terkenal dengan seni bina putih dan biru yang menawan serta pemandangan Laut Mediterranean yang memukau. Warna putih dan biru yang digunakan di kampung ini bukan sahaja memberikan nilai estetik, tetapi juga melambangkan pengaruh budaya Andalusia yang dibawa oleh penduduk migran pada abad ke-16. Kampung ini dinamakan sempena seorang tokoh sufi terkenal, Sidi Bou Said, yang hidup pada abad ke-13. Beliau dikenali sebagai seorang ahli agama yang mendalam ilmu tasawufnya dan makamnya kini menjadi tempat ziarah yang dihormati. Peluang untuk menziarahi makam ini dan menunaikan solat di sini.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Kairouan, salah satu bandar tertua di Tunisia, di mana anda akan bermalam. Makan malam disediakan.
- HARI 7: KAIROUAN – TOZEUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian mulakan lawatan di bandar Kairouan untuk meneroka sejarah bandar ini. Lawatan ke Makam Barber Sidi Sahbi, yang didedikasikan untuk salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, kunjungi Great Mosque of Kairouan, salah satu masjid tertua dan paling penting dalam dunia Islam, yang dibina pada abad ke-7 oleh Oqba ibn Nafi, seorang jeneral tentera yang berkhidmat semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Seni bina masjid ini memukau dengan gabungan elemen tradisional dan reka bentuk inovatif pada zamannya. Dengan suasana yang tenang dan penuh ketenangan, masjid ini menjadi mercu tanda utama warisan Islam di Kairouan.
Selepas itu, anda akan mengunjungi mengunjungi Kolam Aghlabides, sebuah sistem tadahan air purba yang mencerminkan kecanggihan kejuruteraan pada era tersebut dan berjalan-jalan di Old Kairouan, di mana warisan Islam bandar ini dapat dilihat dengan jelas. Makan tengahari disini. Lawatan diteruskan dengan menunaikan solat di Barbier Mausoleum sebelum menikmati waktu membeli-belah di Pasar Kairouan, yang terkenal dengan pelbagai produk tempatan seperti permaidani, tembikar dan barangan tradisional Tunisia.
Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Tozeur, yang terkenal dengan lembah oasis dan landskap gurun, untuk bermalam.
- HARI 8: TOZEUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, mulakan pengembaraan hari ini dengan lawatan pacuan empat roda untuk safari padang pasir menuju ke Chebika, Mides, Tamerza, dan Ong Jmal, kawasan yang menawarkan keindahan landskap padang pasir dan oasis semula jadi.
Selepas itu, teruskan perjalanan ke Mos Espa, lokasi penggambaran filem Star Wars yang terkenal. Terletak di tengah padang pasir, set filem ini memaparkan reka bentuk bangunan futuristik dan landskap unik yang menjadikannya pengalaman luar biasa untuk peminat filem dan pengembara. Nikmati peluang untuk bergambar dan menghayati suasana lokasi ikonik ini.
Setelah selesai, kembali ke hotel untuk menunaikan solat dan berehat. Pada sebelah petang, keluar untuk menerokai Souq Tozeur, pasar tempatan yang menawarkan pelbagai kraftangan, pakaian tradisional, dan produk khas wilayah ini.
Pada sebelah malam, nikmati makan malam sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 9: TOZEUR - MATMATA – SFAX (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Chott El Jerid, sebuah tasik garam yang luas dan terkenal dengan pemandangannya yang unik, terutama semasa matahari terbenam.
Kemudian bertolak ke Matmata, sebuah kawasan unik yang terkenal dengan rumah gua tradisional masyarakat Berber. Di sini, lawatan ke rumah gua sebuah keluarga Berber memberikan peluang untuk memahami cara hidup tradisional mereka. Anda juga akan menikmati pengalaman istimewa merasai sendiri produk “homemade” seperti roti, madu dan teh pudina, simbolik kepada keramahan masyarakat tempatan.
Seterusnya, singgah di Sidi Driss, lokasi ikonik yang pernah digunakan dalam penggambaran filem “Star Wars,” menawarkan pengalaman unik bagi peminat filem dan pengembaraan.
Perjalanan diteruskan ke Sfax untuk bermalam. Sfax, adalah bandar kedua terbesar di Tunisia yang terkenal dengan seni bina Medinah yang bersejarah dan dikelilingi tembok kota purba yang masih terpelihara.
- HARI 10: SFAX - EL JEM - SOUSSE – HAMMAMET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke El Jem, perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam. Setibanya di sana, lawatan ke Amphitheater El Jem, sebuah struktur Rom yang mengagumkan dan diiktiraf sebagai salah satu amphitheater terbesar serta paling terpelihara di dunia.
Perjalanan diteruskan ke Sousse, sebuah bandar pantai yang terkenal dengan Medina bersejarahnya yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Masa santai di Souq untuk membeli-belah pelbagai barangan tempatan. Peluang untuk singgah melawat ke Masjid Besar Sousse untuk menunaikan solat jamak.
Teruskan perjalanan ke utara dan nikmati sesi bergambar di Port El Kantaoui, sebuah marina yang indah dan terkenal dengan suasana santainya.
Akhir sekali, bertolak ke Hammamet, destinasi terakhir untuk hari ini, terkenal sebagai bandar pantai dengan pantai pasir putih yang cantik dan pemandangan Laut Mediterranean yang memukau. Daftar masuk hotel dan bermalam di Hammamet.
- HARI 11: HAMMAMET – TUNIS (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Pada hari terakhir, anda akan melawat Nabeul, yang terkenal dengan tembikar tradisionalnya. Di sini, anda akan menyaksikan demonstrasi teknik pembuatan tembikar tradisional sebelum meneruskan perjalanan ke Tunis.
Selepas itu, perjalanan diteruskan untuk panaramik Tunis Tour serta singgahdi Bardo Museum, salah satu muzium terpenting di Afrika Utara yang menempatkan koleksi mozek Rom yang menakjubkan serta artifak sejarah dari pelbagai tamadun yang pernah wujud di Tunisia.
Selepas melawat muzium, makan tengah hari disediakan di sebuah restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- HARI 12: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Malaysia dengan kenangan indah. Alhamdulillah.
PENGINAPAN :
BANDAR | HOTEL* atau setaraf |
---|---|
Malta | The Waterfront Hotel* |
Kairouan | Golden Yasmine La Kasbah * |
Tozeur | Golden Yasmine Ras Elain * |
Sfax | Golden Yasmin Les Oliviers * |
Hammamet | Le Royal Hammamet * |
Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
FLIGHT DETAILS TURKISH AIRLINES (TK) :
TK 63 KULIST 0845 1430
TK 1371 ISTMLA 1640 1820
UG1301 MLA TUN 1230 1340
TK664 TUN IST 1705 2200
TK60 IST KUL 0155 0505