TRABZON, UZUNGÖL, KEMALIYE, ILIC, ERZURUM, RIZE, AYDER, ARTVIN, SAVSAT, KARS & VAN
Termasuk: Keretapi wilayah Timur, Dogu Ekspress dan 2x penerbangan domestik
Terokai keindahan lembah di wilayah Black Sea dan pengalaman kebudayaan serta sejarah di kawasan Timur Turkiye.
- MAKLUMAT HARGA :
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS) | |||
2025 | |||||||
17/4 - 28/4 | Spring | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 11,490 | 15 |
22/5 - 2/6 | Spring | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 11,490 | |
8/9 - 19/9 | Autumn | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 11,490 | |
6/10 - 17/10 | Autumn | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 11,490 | |
20/10 - 31/10 | Autumn | 11,990 | 12,490 | 2,500 | 11,490 | 11,490 | |
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA! | |||||||
Surcharge RM500/seorang untuk kumpulan 9 - 14 orang | |||||||
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG | INSTANT CASHBACK REWARDS RM110 / SEORANG |
- PAKEJ TERMASUK :
- Tiket penerbangan ekonomi dengan bagasi 30kg.
- 2x Penerbangan domestik
- Tiket standard Dogu Express Kemaliye/ Ilic ke Erzurum
- Penginapan hotel/ guesthouse bertaraf tourist 3 atau 4 bintang
- Sarapan dan makan tengahari/malam (halal/makanan laut)
- Lawatan dan pengangukutan seperti dalam itinari
- Pemandu/guide berbahasa Inggeris
- Diiringi Tour Manager berpengalaman
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tips RM300 /seorang
- Insurans perjalanan RM190/ per seorang (AIG/COVID Coverage/70 tahun dan ke atas tertakluk surcaj)
- Perbelanjaan sendiri dan lain lain makanan/ aktiviti selain dalam itineri.
- Nota: Harga boleh berubah tanpa sebarang notis sekiranya jumlah peserta tidak mencukupi, ketersediaan tiket penerbangan/kelas serta perubahan tukaran wang asing.
- PAKEJ ATURCARA:-
- HARI 1: BERLEPAS DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL - TRABZON
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas. Setiba di Istanbul, rombongan menaiki penerbangan domestik ke Trabzon. Tiba di Trabzon. Kemudian, daftar masuk hotel dan rehat. Bermalam di Trabzon.
- HARI 2: TRABZON – LAWATAN SEHARI DI UZUNGOL (S/MM)
Sarapan pagi, kemudian mulakan lawatan Hagia Sophia Mosque (sebelum ini dikenali sebagai Gereja Saint Sophia), sebuah masjid lama yang bersejarah dan merupakan bekas gereja lama dan dibuka kepada umat Islam pada Jun 2013 selepas 49 tahun ditutup.
Lawatan diteruskan ke pekan, Uzungol. Melawat satu lokasi istimewa di pekan ini, Observation Terrace di mana pelancong boleh melihat permandangan indah tasik yang berlatarbelakang gunung ganang nan indah. Di sini, rombongan berpeluang menghabiskan masa bergambar dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Sebelah petang, daftar masuk hotel dan rehat.
- HARI 3: TRABZON – HAMSIKOY – KARACA CAVE – KEMALIYE / ILIC (S/MT/MM)
Usai sarapan, bergerak ke gereja kuno yang indah, Sumela Monastery, yang didakwa dibina dua rahib sekitar 1,500 tahun lalu. Terletak dalam Taman Negara, di Altindere di daerah Macka. Lawatan diteruskan ke Perkampungan Hamsiköy, dikenali sebagai lembah teh dan kampung tradisional. Ia juga terkenal dengan madu, manisan Turki dan keju. Pelancong juga berpeluang menikmati keenakan teh dan pencuci mulut terkenal, Rice Pudding sambil menikmati keindahan kampung itu.
Nikmati keindahan pergunungan Zigana di ketinggian 2,032-meter (6,667-kaki) di laluan Zigana Pass. Laluan ini menyajikan keindahan alam semulajadi yang sukar diucapkan kata kata. Singgah di Kacara Cave, yang terletak di Pergunungan Köroğlu yang menawarkan laluan bawah tanah yang unik. Gua ini dibentuk daripada batu kapur sepanjang 300 meter.
Teruskan perjalan ke Kemaliye, sebuah bandar yang terletak di sepanjang Sungai Euphrates (Fırat). Terletak di tengah-tengah Semenanjung Anatolia, pemandangan disini pasti menakjubkan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Kemaliye.
- HARI 4: KEMALIYE / ILIC – ERZURUM DENGAN KERETAPI (DOGU EXPRESS (S/MM)
Sarapan di hotel dan daftar keluar hotel. Bertolak ke stesen Keretapi Ilic untuk menaiki keretapi Dogu Express Train. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam* untuk ke Erzurum. Nikmati pemandangan Karanlık Canyon atau “Dark Canyon”. Ini adalah antara salah satu highlight tour ini, di mana perjalanan ini membawa peserta menikmati keindahan wilayah Anatolia yang kaya dengan bentuk mukabumi yang indah dan unik. Keretapi yang menuju ke arah Timur ini, akan melalui lembah dan kawasan pergunungan serta pekan comel. Pelancong pasti tidak dapat melupakan pengalaman menaiki keretapi yang selesa ini.
Setiba di Erzurum, daftar masuk hotel dan rehat. Nikmati masa santai di kawasan hotel.
- HARI 5: ERZURUM - RIZE (S/MT/MM)
Selesai sarapan di hotel, nikmati lawatan sehari di Erzurum. Persinggahan pertama Yakutiye Madrasa, madrasah bersejarah dibina sejak kurun ke 14. Lawatan diteruskan di Lala Mustafa Pasha Mosque, masjid pertama dibina di Erzurum di zaman kerajaan Uthmaniah yang turut dijadikan contoh kepada binaan masjid lain di sini. Kemudian, singgah di Çifte Minareli Medrese, binaan dari zaman Seljuk. Sebelum berlepas ke Rize, berhenti di Rüstem Pasha Caravanserai yang dikenali sebagai Tashan. Caravanserai adalah lokasi persinggahan saudagar dan kabilah pedagang yang melalui laluan sutera. Ia dilengkapi dengan bilik penginapan, kedai dan bangsal haiwan. Ianya terletak di Yakutiye, daerah Erzurum. Ia dibina oleh menteri di zaman Uthmaniah, Rüstem Pasha pada 1561.
Berlepas ke Rize dan nikmati pemandangan sungai-sungai & ladang teh disepanjang jalan ke bandar Rize. Tiba di Rize, nikmati masa santai di Caykur Tea Garden sambil minum teh. & Daftar masuk hotel dan rehat. Bermalam di Rize.
- HARI 6: RIZE – ÇAMLIHEMŞIN – AYDER – RIZE (S/MM)
Program dimulakan selepas sarapan dengan melawat Firtina River & Old Ottoman Era Bridge. Kita akan singgah di jambatan lama yang dibina di zaman Uthmaniah di Sungai Fitrina, wilayah Rize. Jambatan batu ini, menjadi simbol ikonik bagi wilayah ini dan sering dijadikan latarbelakang poster pelancongan. Lawatan diteruskan ke Rize Zil Castle, satu istana lama yang juga kubu menghadap pantai di Laut Hitam di wilayah Rize. Nikmati keindahan binaan lama yang dilengkapi menara dan halaman indah.
Selepas makan tengahari, bertolak Ayder Mountain Village, satu perkampungan yang terletak di Pergunungan Pontic, di timur laut Turki. Ayder terkenal dengan keindahan lembah hijau, air terjun dan kolam air panas. Nikmati keindahan pekan comel yang berhawa dingin dengan udara segar sepanjang tahun sambil menikmati keenakan hidangan tempatan. Optional tour ke Huser (tidak termasuk dalam kos – perjalan pergi & balik 3 jam – anggaran harga 500 – 1,000 lira)
Kemudian bertolak balik ke Rize. Makan malam dan bermalam di Rize. Masa santai di bandar Rize.
- HARI 7: AYDER – ARTVIN – SAVSAT (S/MM)
Sarapan dan bertolak ke Artvin, wilayah Black Sea yang bersempadan dengan Georgia. Lawatan dimulakan dengan singgah di Artvin Double Bridge. Jambatan ini merupakan senibina unik yang menawarkan dua tiang batu meretasi Sungai Coruh. Ia menghubungkan bahagian berlainan di bandar ini yang dikagumi kerana sejarah dan binaan estatiknya. Artvin Çifte Köprü pula lokasi yang menarik untuk bergambar dan menawarkan keindahan mengagumkan.
Bertolak ke Savsat Karagol Nature Park, taman negara umpama syurga dunia bagi pencinta alam semulajadi. Dengan keindahan Tasik Karagol yang dikelilingi hutan dan pergunungan, Ia menawarkan aktiviti perkelahan, rentas denai dan lokasi bergambar. Di sebelah petang pula, bertolak ke Şavsat pekan comel terletak di tengah tengah kawasan pergunungan yang indah untuk bermalam.
- HARI 8: SAVSAT – TAPAK ARKEOLOGI ANI RUINS – KARS (S/MM)
Sarapan dan daftar keluar. Bertolak ke Cıldır Lake, tasik kedua terbesar di Anatolia, bersempadan dengan daerah Ardahan dan is satu satunya tasik yang membeku tatkala msuim sejuk. Tasik air tawar ini berkeluasan 123 kilometers persegi. Ia terkenal sebagai pusat memancing ais, luncir ais dan berkuda ketika musim salji.
Kemudian melawat Bogatepe Cheese Museum, lokasi untuk peminat keju untuk mengetahui sejarah pembuatan keju. Muzium ini memaparkan cara pembuatan keju yang menjadi warisan wilayah ini. Pelawat boleh melihat dengan lebih dekat cara pembuatan keju, sejarah keju tempatan dan ada masa berpeluang mempelajari pembuatan keju. Singgah seketika di kawasan Kars Castle yang dibina pada 1153 oleh Menteri Firuz Akay atas arahan Sultan Seljuk, Sultan Malik Izzeddin.
Kemudian peserta dibawa ke UNESCO Ani Archaeological Site untuk melihat dengan lebih dekat runtuhan bandar kuno Ani. Ia terletak di kawasan bersempadan dengan Armenia. Pemandangan saujana memandang di kawasan menghijau pastinya memukau mata. Ia adalah tapak yang menghimpun sejarah kota purba. Usai meneroka Kota Ani, rombongan bertolak ke Dogubeyazit.
Berhenti di Kars museum, museum pembuatan karpet (handmade). Disini, anda berpeluang membeli karpet buatan Turki. Kemudian, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Kars.
- DAY 9: KARS – DOGUBEYAZIT (S/MM)
Sarapan pagi di hotel, nikmati sarapan di hotel. Program pertama melawat Masjid Fathiye, yang asalnya adalah gereja Russia Ortodoks dibina pada sekitar 1800s dan diubah sebagai masjid pada 1985. Option: Kars Peynir Museum (40 lira)
Berlepas melalui laluan sutera sejauh 4 jam perjalanan ke Dogubeyazit. Sepanjang perjalanan, kita berpeluang melihat Mt. Ararat dari pelbagai arah. Singgah sebentar Noah Ark Centre, lokasi dipercayai kesian tinggalan Bahtera Nabi Nuh dijumpai. Perjalanan diteruskan hotel di Dogubeyazit. Daftar masuk hotel dan bermalam di Dogubeyazit.
- HARI 10: DOGUBEYAZIT – VAN (S/MT/MM)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel. Dalam perjalanan ke Van, singgah ke Istana Ishak Pasha yang merupakan salah satu yang paling penting tapak di Doğubeyazıt. Ia terkenal dengan gabungan gaya seni bina, seperti Uthmaniyyah dan Parsi.
Seterusnya bertolak ke Makam Ahmed-I Hani, seorang penyair dan ulama Kurdish terkemuka yang hidup pada abad ke-17. Ahmed-i Hani terkenal dengan karyanya “Mewlûd”, yang merupakan naratif puitis tentang kehidupan nabi Islam Muhammad.
Kemudian, nikmati pemandangan Air Terjun Muradiye yang dipenuhi dengan pelbagai flora di kawasan air terjun setinggi 18 metre itu hasil dari batuan gunung berapi. Di musim sejuk, air terjun itu lebih memukau dengan keadaannya yang beku seumpama terre travertine di Pamukkale.
Sebaik tiba di Van, singgah di Tasik Van tasik air masin terbesar di Turki. Lawatan diteruskan ke Citadel of Van, yang dibina antara kurun ke 7 dan 9 BC. Nikmati panoramic tour ke Hosap Castle dan Cavustepe. Daftar masuk hotel di Van.
- HARI 11: VAN – ISTANBUL (S)
Di sebelah pagi, nikmati masa bebas sebelum daftar keluar. Selepas daftar keluar, singgah di Van Cat House di mana, pengunjung terutama peminat kucing dapat melihat dengan lebih dekat kucing yang mempunyai dua warna mata. Dikatakan kucing berbulu putih ini turut dikenali sebagai Swimming Cat kerana sering ditemui berenang di Tasik Van. Bukan saja berpeluang bermain dengan si bulus, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai cenderahati bertemakan kucing di sini. Singgah di Cumhuriyet Street di mana pelancong boleh mendapatkan cenderahati.
Berlepas ke Istanbul untuk penerbangan seterusnya ke tanah air.
- HARI 12 : TIBA DI MALAYSIA
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah.
PENGINAPAN :
BANDAR | HOTEL* atau setaraf |
---|---|
Trabzon | Aksular Hotel & Restaurant |
Kamaliye | Otel Vadi Kemaliye |
Erzurum | Grand Çatalkaya Hotel |
Rize | Otel Keleş |
Savsat | Green Valley Hotel |
Kars | Büyük Kale hotel |
Van | Tamara Hotel |
Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
MAKLUMAT PENERBANGAN (TK) :
TK63 KUL IST 0845 1450
TK2832 IST TZX 1630 1815
TK2753 VAN IST 1955 2225
TK60 IST KUL 0120 1650