MENEROKAI LOKASI TERBAIK GREAT BRITAIN

Perjalanan merentasi tiga wilayah menakjubkan – England, Scotland dan Wales Utara – membawa anda menyusuri bandar bersejarah, istana purba, tasik yang memukau dan kampung tradisional yang damai. Dari kota klasik seperti Edinburgh dan York hinggalah ke keindahan semula jadi Snowdonia, setiap hentian menjanjikan pengalaman yang menggabungkan sejarah, budaya dan pemandangan luar biasa.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
Pilihan pelanggan (Ground only) - - 11,990 3,500 11,490 10,490 6 - 8
28/9 - 9/10 Autumn 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490 12 - 21
5/10 - 16/10 Autumn 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490
19/10 - 30/10 Autumn 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490
25/10 - 5/11 Autumn 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490
2027
26/3 - 7/4 Spring 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490 12 - 21
20/4 - 1/5 Spring 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490
14/5 - 25/5 Spring 13,490 13,990 3,500 13,490 12,490
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-11 pax
SENIOR CITIZEN - RM150 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBACK REWARDS - RM130 / SEORANG LOYALTY CUSTOMER - RM200/PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Manchester.

Setibanya di Manchester, perjalanan diteruskan ke North Wales. Sepanjang laluan, nikmati pemandangan ladang terbuka dan bukit hijau dengan gunung-gunung yang indah apabila menghampiri Snowdonia.

Tiba di Conwy, sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang menempatkan Conwy Castle, istana zaman pertengahan yang terletak berhampiran laut. Di sini juga terdapat rumah terkecil di dunia, sebuah bangunan merah kecil yang hanya cukup untuk seorang berdiri. Makan tengah hari disini.

Seterusnya, singgah di Portmeirion Village, perkampungan unik berinspirasikan Itali, lengkap dengan bangunan berwarna-warni, taman-taman tersusun dan laluan indah. Masa bebas untuk bergambar dan bersiar-siar.

Kemudian, perjalanan diteruskan ke Aberystwyth, sebuah bandar pesisir yang terkenal sebagai pusat pendidikan dan budaya. Laluan ke sini menyajikan pemandangan laut terbuka, ladang dan bukit-bukit yang menenangkan.

Setibanya di Aberystwyth, daftar masuk hotel dan berehat.  Bermalam di Aberystwyth.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan meninggalkan Aberystwyth menuju ke kawasan Cotswolds, sebuah kawasan luar bandar di England yang terkenal dengan landskap desa yang indah, kampung tradisional serta rumah batu berwarna madu yang menjadi identiti kawasan ini.

Persinggahan pertama adalah di Bourton-on-the-Water, sebuah perkampungan yang sering digelar sebagai salah satu kampung tercantik di United Kingdom. Kampung ini terkenal dengan sungai kecil yang mengalir tenang melalui pusat pekannya serta dihiasi dengan beberapa jambatan batu yang menambah suasana klasik England. Luangkan masa berjalan santai di sekitar kawasan ini sambil menikmati pemandangan rumah-rumah tradisional dan kedai kecil yang menarik.

Perjalanan diteruskan ke Bibury untuk melihat kawasan ikonik Arlington Row. Barisan rumah batu tradisional yang dibina sejak abad ke-14 ini merupakan antara pemandangan paling terkenal di England dan sering dijadikan simbol Arlington Row keindahan desa Cotswolds. Keunikan seni bina serta suasana kampung yang tenang menjadikan kawasan ini lokasi popular untuk fotografi.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan ke bandar universiti terkenal iaitu Oxford. Setibanya di Oxford, daftar masuk hotel dan bermalam di sini.

Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan sekitar bandar bersejarah Oxford. Lawatan dimulakan dengan berjalan kaki di sekitar kawasan University of Oxford yang merupakan antara universiti tertua di dunia yang masih beroperasi. Kawasan universiti ini terkenal dengan bangunan bersejarah yang indah serta suasana akademik klasik England. Antara lokasi menarik yang dapat dilihat termasuk Bodleian Library, Radcliffe Camera dan Bridge of Sighs.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan ke Bicester Village, sebuah destinasi membeli-belah terkenal yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa dengan harga istimewa. Luangkan masa untuk membeli-belah serta menikmati suasana eksklusif di outlet ini.

Kemudian perjalanan diteruskan ke Emirates Stadium, stadium rasmi kelab bola sepak terkenal Arsenal F.C. Di sini terdapat peluang untuk merakam gambar di luar stadium serta mengunjungi kedai rasmi kelab bagi membeli cenderahati.

Akhirnya perjalanan diteruskan ke London. Setibanya di London, daftar masuk hotel dan bermalam di kawasan Bayswater.

Selepas sarapan, nikmati masa santai pagi di Kensington Garden, taman diraja yang indah dan sesuai untuk bersiar-siar sambil menikmati suasana pagi London. Kemudian, teruskan dengan lawatan penuh hari di Kota London. Anda berpeluang melihat dari dekat mercu tanda ikonik seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, Parliament Square, Trafalgar Square dan London Eye.

Seterusnya, nikmati pengalaman tempatan di Borough Market, salah satu pasar makanan terbesar dan tertua di London. Di sini, anda boleh membeli buah-buahan segar. Dari sini, jalan santai menyusuri Queen’s Walk, laluan pejalan kaki indah di sepanjang Sungai Thames, yang membawa anda terus ke kawasan Tower Bridge.

Kemudian, teruskan perjalanan ke Knightsbridge dan Piccadilly Circus. Luangkan masa membeli cenderahati di Hard Rock Cafe, outlet terbesar di UK, serta deretan kedai-kedai menarik di kawasan tersebut.

Akhir sekali, masa bebas untuk membeli-belah di sekitar Bayswater atau Oxford Street sebelum kembali ke hotel untuk bermalam 

Bermalam di London.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan menuju ke bandar bersejarah York yang mengambil masa kira-kira 4 jam. Kota ini dikenali sebagai “The Viking Land” of England dan mempunyai warisan sejarah yang sangat kaya sejak zaman pemerintahan Rom dan Viking, menjadikannya antara destinasi paling unik untuk meneroka sejarah England yang berusia ribuan tahun.

Setibanya di York, lawatan dimulakan dengan walking tour di sekitar pusat bandar. Antara lokasi menarik yang akan dikunjungi termasuk Museum Gardens yang menempatkan tinggalan sejarah, York Minster yang merupakan salah satu katedral Gothic terbesar di Eropah, serta berjalan di sepanjang York City Walls yang masih terpelihara dengan baik.

Lawatan diteruskan ke The Shambles, lorong sempit bersejarah yang terkenal dengan bangunan kayu tradisional serta deretan kedai cenderahati yang unik.

Bermalam di York.

Perjalanan diteruskan menuju ke utara England, merentasi pemandangan desa yang menghijau menuju ke kawasan Tyne and Wear. Singgah sebentar di Angel of the North, sebuah arca bersaiz gergasi yang menjadi mercu tanda ikonik di kawasan Gateshead, berhampiran Newcastle. Arca setinggi 20-meter ini melambangkan peralihan kawasan industri ke era moden dan merupakan salah satu karya seni awam paling terkenal di UK.

Seterusnya, singgah di Newcastle upon Tyne, sebuah bandar universiti yang moden namun sarat dengan sejarah. Kota ini pernah menjadi kubu penting semasa zaman Rom dan kini terkenal dengan gabungan seni bina klasik serta struktur moden seperti Millennium Bridge.

Kemudian, teruskan perjalanan merentasi sempadan Scotland, menuju ke bandar bersejarah Edinburgh. Tiba di Edinburgh, mulakan walking tour melalui Royal Mile yang terkenal, di mana anda dapat melihat deretan bangunan gaya Georgian dan Victorian yang masih terpelihara. Lawatan termasuk melihat dari luar Istana Edinburgh, serta masa bebas untuk membeli-belah di Princes Street, termasuk kunjungan ke Hard Rock Café.

Akhir hari, berhenti seketika untuk bergambar di kawasan viewpoint Forth Bridges, yang menampilkan jambatan-jambatan ikonik yang merentasi Firth of Forth. Daftar masuk hotel dan bermalam di Edinburgh.

Sarapan dan daftar keluar, teruskan perjalanan merentasi tanah tinggi Scotland yang terkenal dengan keindahan muka bumi dan mitosnya. Singgah di Falkirk untuk merakam gambar di hadapan arca ikonik The Kelpies, dua kepala kuda logam setinggi 30-meter yang dibina bagi menghargai sumbangan kuda dalam sektor industri dan ekonomi Scotland. Anda juga berpeluang melihat The Falkirk Wheel, satu-satunya lif bot berputar di dunia – sebuah keajaiban kejuruteraan moden Britain.

Perjalanan diteruskan ke Stirling untuk bergambar dengan latar seni bina megah Istana Stirling (view only), salah satu istana bersejarah penting di Scotland.

Kemudian, singgah sebentar di Pitlochry, sebuah kampung kecil dengan senibina era Victoria dan dikelilingi panorama memukau Highland Perthshire. Lawatan diteruskan ke Pitlochry Dam Visitor Centre untuk melihat empangan di Sungai Tummel serta mengetahui sejarah hidroelektrik di Scotland. Makan tengah hari disini (kos sendiri).

Seterusnya, menuju ke Inverness, sebuah bandar kecil yang menjadi pintu masuk ke kawasan tanah tinggi Scotland. Inverness terkenal sebagai “Capital of the Highlands”. Bandar ini mempunyai sejarah panjang yang bermula sejak zaman Viking dan memainkan peranan penting dalam pelbagai peristiwa bersejarah termasuk Battle of Culloden pada tahun 1746.  Daftar masuk hotel dan bermalam di Inverness.

Selepas sarapan, bertolak ke Loch Ness yang terkenal dengan mitos raksasa tasik. Lawatan ke Urquhart Castle (view only) – sebuah istana tinggalan yang terletak di sebelah Loch Ness di Tanah Tinggi Scotland.

Seterusnya, rombongan akan dibawa melewati perkampungan Fort Augustus. Nikmati masa santai bersiar-siar di sepanjang tebing terusan Caledonia sambil melihat operasi pengurusan canal & bot. Teruskan perjalanan ke Fort William. Makan tengahari (kos sendiri) dan berpeluang membeli-belah barangan rekreasi disini.

Teruskan perjalanan ke lembah popular di Scotland dikenali sebagai Glencoe – lokasi terkenal dalam filem James Bond Skyfall yang berlatar belakangkan pergunungan Ben Nevis.

Kemudian ke Loch Lomond yang di umpamakan lukisan, kawasan ini dikatakan satu daripada lokasi paling cantik dan menarik di tanah tinggi Scotland. 

Kembara diteruskan ke Glasgow, bandar terbesar Scotland dan ketiga terbesar di United Kingdom. Daftar masuk hotel & bermalam di Glasgow.

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Muzium Riverside, yang menempatkan The Glenlee (The Tall Ship), sebuah kapal sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong yang mempamerkan sejarah pelayaran dan kehidupan di laut.

Kemudian, rombongan akan menuju ke Gretna Green, sebuah pekan kecil yang terletak di sempadan Scotland dan England. Anda akan melawat Gretna Green Famous Blacksmith Shop, tempat pertama di dunia yang membolehkan pasangan berkahwin tanpa izin daripada orang tua, serta melihat pelbagai aktiviti pertukangan besi yang masih diteruskan di sini.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Lake District, sebuah kawasan yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site dan terkenal dengan kecantikan semulajadi yang menakjubkan. Kawasan ini dipenuhi dengan gunung, lembah hijau dan tasik yang indah. Anda berpeluang menaiki Windermere Blue Cruise, sebuah pelayaran di Lake Windermere, tasik terbesar di England.

Setelah itu, lawatan diteruskan ke Cheshire Oak Designer Outlet, outlet terbesar di United Kingdom, di mana anda boleh membeli pelbagai jenama terkenal pada harga diskaun.

Bertolak ke Liverpool. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan berjalan kaki di sekitar Liverpool yang terkenal dengan kumpulan muzik 1970 an, The Beatles dan dermaga. Sambil merakam gambar, peserta berpeluang menikmati masa santai di Royal Albert Dock yang juga lokasi The Beatles Statue dan The Beatles Story. Bagi peminat bola sepak Inggeris, lawatan singkat ke Stadium Anfield yang menempatkan kelab bola sepak Liverpool (dari luar sahaja) dan souvenir shop.

Teruskan perjalanan ke Manchester. Setiba di Manchester, terus ke Stadium Old Trafford yang merupakan stadium pasukan Manchester United. Selain dapat merakamkan gambar di stadium yang banyak mencipta sejarah ini, peserta juga berpeluang membeli belah di kedai cenderahati barangan kelab bola terkemuka ini.

Kemudian, bertolak ke Lapangan Terbang Manchester untuk penerbangan pulang.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan indah. Alhamdulillah

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara
Aberystwyth Penhros Park atau setara
Oxford Ramada By Wyndham Oxford atau setara
London Berjaya Eden London atau setara
York Mercure York Fairfield Manor Hotel atau setara
Edinburgh Holiday Inn Edinburgh atau setara
Inverness Travelodge Inverness City Centre atau setara
Glasgow Point A Glasgow Hotel atau setara
Liverpool Holiday Inn Express Liverpool Central / An Ihg Hotel atau setara

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS: QATAR AIRWAYS (QR)

QR 4990 KUL DOH 2100 2330 

QR 021 DOH MAN 0110 0630

QR 024 MAN DOH 2140 0630

QR 4993 DOH KUL 0805 2055

TRAVEL MAP

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON