Turki

Kembara merentasi bumi Turki ke Gunung Namrud – Sanliurfa – Cappadocia – Safranbolu – Istanbul – Edirne

5/5
Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul dan mengambil penerbangan seterusnya ke Adiyaman. Bertemu pemandu pelancong dan terus bergerak untuk makan tengahari dan terus ke Kahta. Sepanjang perjalanan peserta dapat melihat keindahan Empangan Atartuk.  Lawatan ke Mt Nemrut National Park”. Dalam perjalanan itu, peserta dibawa melawat runtuhan Arsemia dan jambatan Roman Cendere. Daftar masuk hotel dan rehat.
Jambatan Roman Cendere
Gunung Namrut – Sunset
Gunung Namrut
Menikmati keindahan matahari naik di Gunung Namrut. Rombongan perlu bangun awal dan bersedia jam 3 pagi untuk untuk bergerak ke menaiki bas ke kaki Gunung Namrut. Untuk ke puncak, peserta perlu mendaki dan berjalan kaki. Sesampai di puncak, rombongan berpeluang melihat matahari terbit yang indah di antara patung-patung KUNO di Gunung Namrut. Selepas matahari terbit, kelihatan runtuhan Gunung Namrud. Masa bebas untuk bergambar sebelum turun dan kembali ke Kahta. Kembali ke hotel untuk sarapan.  Usai sarapan, perjalanan diteruskan ke Sanliurfa.

Selepas makan tengah hari, terus  bergerak ke Gobeklitepe  UNESCO SITE yang dianggap sebagai lokasi tamadun tertua dunia – Mesopotamia. Kemudiaanya melawat beberapa tempat menarik di pusat bandar seperti Bazar Oriental, Balikli Gol yang merupakan lokasi dimana Nabi Ibrahim dicampakkan oleh Raja Nimrud, Gua Nabi Ibrahim serta bersolat di Masjid Nabi Ibrahim. Kemudian, peserta dibawa ke Harran, rumah purba yang diperbuat daripada tanah liat dan jerami menyerupai sarang lebah  atau busut semut. Rombongan juga akan dibawa ke Universiti tertua di dunia yang dibina pada zaman Roman sekitar 600 AD . Selepas meluangkan masa di sekitar kampung Harran, singgah di Gua dan Perigi Nabi Ayub di Salinurfa. Disinilah Nabi Ayub berada ketika sakit dan dikatakan air perigi itu digunakan untuk mengubati sakit kulitnya atas izin Allah. Daftar masuk hotel dan makan malam di bandar Sanliurfa.

Kompleks Masjid Nabi Ibrahim
Tamadun tertua – Gobeklitepe
Rumah Tanah Liat Harran
Selepas sarapan pagi, daftar keluar dan berlepas dari Sanliurfa ke Birecik, yang terkenal dengan burung bald-ibis (Kelaynak). Lokasi Ini adalah satu-satunya tempat di dunia di mana burung-burung ini dapat ditemui dan kini populasi yang sangat terhad. Rombongan  juga akan melawat ladang pembiakan untuk burung Ibis Bald ini, sebelum menikmati teh di depan tempat pemuliharaan burung. Selepas makan tengahari, bergerak  ke Cappadocia sambil menikmati keindahan Pergunungan Taurus di  sepanjang jalan. Daftar masuk hotel.
Gua Nabi Ibrahim
Burung Bald-Ibis (Kelaynak)
Pergunungan Taurus
Aktiviti lawatan penuh di Cappadocia.  Usai sarapan melawat  Underground City of Kaymakli. Ahli arkeologi mengatakan ia adalah  bahagian terawal bandar-bandar bawah tanah dari zaman Hittite sekitar 4,000 tahun yang lalu. Dari sana, melawat  Goreme Open Air Museum di mana anda akan dapat melihat gereja batu dan lukisan-lukisan dari pelbagai abad di dinding. Landskap Cappadocia sangat unik, daripada hakisan pemendapan tanah, angin, matahari, hujan dan salji sehingga menghasilkan bentuk muka bumi yang pelik seperti cendawan, tiang dan cerombong asap.

Peserta dibawa melawat ke Uchisar Castle Rock, lokasi tertinggi dan penting yang memberikan panorama menakjubkan. Seterusnya ke Fairy Chimneys, di mana terletaknya lembah-lembah Uchisar iaitu sebuah kampung lama dengan rumah-rumah yang diukir dalam batu besar. Kemudian menikmati keindahan Pigeon Valley, salah satu lembah yang paling terkenal di Cappadocia dan namanya diambil dari merpati-Cotes diukir pada dindingnya. Bermalam di Cappadocia. Makan tengah hari dan makan malam disediakan.  **Optional: Hot Air Ballon AS$230 seorang

Goreme Open Air Museum
Uchisar Castle Rock
Fairy Chimneys

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Teruskan perjalanan ke Ankara. Nikmati photostop di Salt Lake sebelum melawat Ataturk Mouseleum, tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk, “bapa pemodenan Turki “.Perjalanan diteruskan ke Safronbalu. Daftar masuk hotel dan bermalam di sini selama dua malam. . Makan tengah hari dan makan malam disediakan.

Tasik Garam
Makam Ataturk
Kota Safronbalu

Usai sarapan, lawatan ke UNESCO Heritage (Old Town) pada abad ke -13 ia menjadi stesen kafilah yang penting di laluan perdagangan timur-barat utama.  Mulakan lawatan ke Hidirlik Hill dan Hidrilik Hill Tea Garden yang menjadi lokasi utama di bandar ini. ‘’Carsi”  pasar  adalah lokasi paling popular. Antara banguanan bersejarah termasuk Muzium “KAYMAKAMLIK’’ – yang menjadi tarikan pengunjung mempelajari sejarah kota Safranbolu.

Pemandangan dari Hidirlik Hill
Hidrilik Hill Tea Garden
Pasar “Carsi”

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan teruskan perjalanan selama lima jam setengah ke Istanbul. Lawatan dimulakan ke Blue Mosque, terkenal dengan jubin biru dan unik dengan 6 menara yang dibina atas nama Sultan Ahmet. Lawatan diteruskan ke St Sophia (Hagia Sofia), pada asalnya adalah sebuah gereja dan kemudiannya dijadikan masjid dan kini sebagai sebuah muzium. Seterusnya ke Oriental Topkapi Palace yang menakjubkan bukan sekadar satu bangunan besar dengan taman terpencil, bentuk ia diilhamkan oleh seni bina Islam terdiri daripada berbagai kompleks pengurusan negara. Di samping itu, tarikan utamanya juga adalah artifak peninggalan Islam disimpan rapi di dalam muzium ini.  Bermalam di Istanbul. Makan tengahari dan makan malam disediakan.

Masjid Biru
Oriental Topkapi Palace
Pasar “Carsi”
Selepas sarapan pagi bertolak ke ke i bazaar tertutup terbesar di dunia, Grand Bazaar dengan lebih 4000 kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Selepas itu, kunjungi “Spice Bazar”  untuk melihat dan membeli belah barangan tempatan seperti buah-buahan kering, Turkish Delight, hiasan rumah dan berbagai cenderamata.
Taman Emirgan
St Sophia (Hagia Sofia)
Bouinania Madrasa

Edirne, bandar bersempadan Bulgaria ini adalah ibu negara kerajaan Uthmaniyyah dari 1353 sehingga 1463   sebelum Istanbul. Terkenal  sebagai bandar yang paling banyak masjid serta gerbang / pintu masuk  Turki dari Benua Eropah. Lawatan diteruskan ke Muzium  Perubatan Beyazid II (Bimarhane) Ottoman yang menjanjikan pengalaman unik sejarah perubatan zaman kegemilangan Islam. Seterusnya, berhenti seketika untuk melihat panorama Jambatan Meric, yang dibina pada 1800.. Teruskan lawatan ke  Masjid UC Serefeli yang dibina oleh Sultan Murad pada 1438. Kemudian menghabiskan masa  membeli belah di Grand Bazar Edirne, selepas makan tengahari.  Solat di Eski Cami atau Masjid Lama diperbuat dari batu dipotong halus dengan ukiran yang cantik di sebelah Grand Bazar Edirne sebelum meneruskan lawatan di   Masjid Selimiyi, Masjid Diraja yang dibina oleh Sultan Selim  II dan direka  oleh Arkitek Koca Sinan (The Great Sinan) pada 1569. Bertolak pulang ke Istanbul.

Edirne
Muzium Perubatan Beyazid II
Grand Bazar Edirne
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan dengan Muzium Panorama yang berkisar penaklukan Kota Konstantinople. Aktiviti diteruskan dengan pelayaran santai Selat Bosphorus, pintu masuk semula jadi yang membahagikan Asia dan Eropah.  Lawatan dan solat Zohor di Masjid Ayyub Al-Ansari. Dibina pada tahun 1458, ia adalah masjid yang pertama dibina oleh orang Turki Uthmaniyyah berikutan Penaklukan Konstantinople pada 1453. Teruskan menaiki kereta kable ke Pierre Loti yang menjanjikan pemandangan ‘Golden Horn’ yang menakjubkan. Akhir sekali, berkunjung ke Taksim Square kawasan membeli belah terkenal Istanbul. Makan tengahari dan makan malam disediakan. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Selat Bosphorus
Masjid Ayyub Al-Ansari
Pierre Loti – kereta kabel

Rombongan tiba di Kuala Lumpur. Diharapkan peserta mendapat kenangan manis sepanjang lawatan.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

TK061     KUL/IST   2315/0515

TK2216   IST/ADF   0840/1020

TK060     IST/KUL   0115/1655

DEPOSIT: RM1000/Seorang*

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :