SLOVENIA, AUSTRIA, HUNGARY, SLOVAKIA, POLAND, GERMANY, & REPUBLIC CZECH
Flight + Hotel + Tour + Half Board Halal
Kami mempunyai pilihan lawatan terbaik untuk Eropah Timur. Lawati bandar seperti Berlin, Vienna, Prague, Budapest dan negara seperti Jerman dan Poland. Semak lawatan kami!

- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2023 | |||||||
05/02-16/02 | Winter | 8,990 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | 13-20 |
05/03-16/03 | Spring | 8,990 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
25/05-05/06 | Spring | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
15/06-26/06 | Summer | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
02/09-12/09 | Summer/ Autumn | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
30/09-10/10 | Autumn | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
14/10-24/10 | Autumn | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
11/11-21/11 | Autumn | 9,590 | 9,990 | 2,000 | 8,990 | 7,990 | |
05/12-15/12 | Peak Winter | 10,590 | 10,990 | 2,000 | 9,990 | 8,990 | |
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama! | |||||||
Surcharge RM1,000/seorang untuk saiz kumpulan 10-12 pax |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan ekonomi dengan bagasi 30kg
- Penginapan seperti dalam itineri
- Pengangkutan van/ coaster/ bas selesa
- Lawatan seperti aturcara
- Makan & minum seperti dalam itineri (halal/seafood)
- Diringi oleh Tour Manager yang berpengalaman
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tips RM250 seorang
- Insurans perjalanan RM165/seorang (AIG/COVID Coverage/umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Makan tengahari & malam selain aturcara
- Perbelanjaan sendiri & yang tidak disertakan dalam jadual.
- *Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.
- ITINERI PAKEJ
- HARI 1: KUL – TRANSIT ISTANBUL
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas ke Istanbul ETD2350 untuk penerbangan sambungan seterusnya.
- HARI 2: TRANSIT ISTANBUL - VIENNA – BUDAPEST (MT)
Tiba Lapangan Terbang Istanbul ETA0620. Bertolak dari Istanbul ETD0850 ke Vienna dan dijangka tiba di Vienna pada ETA0910. Terus bertolak ke Budapest yang mengambil kira-kira 3 jam perjalanan. Apabila tiba di Budapest teruskan lawatan sekitar bandar Budapest. Lawatan dimulakan dengan Budapest City Tour. Bandar yang menawan ini terletak di tebing Sungai Danube yang romantik yang melibatkan dua kawasan yang dikenali sebagai kawasan Buda & Pest. Lawatan akan merangkumi kawasan Old Town, Grand Parliament, Heroes Square, Fisherman’s Bastion & Buda Castle. Makan tengah hari dan nikmati masa santai di Budapest Shopping Street Area dan Budapest Hard Rock Cafe. Bermalam di Budapest.
- HARI 3: BUDAPEST - POPRAD - TATRA MOUNTAIN – ZAKOPANE - KRAKOW (MP/MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar. Teruskan perjalanan seterusnya ke Poprad sebuah bandar di utara Slovakia di kaki Gunung Tatras, terkenal dengan landskap menarik. Makan tengahari & solat jama’ di Poprad.
Teruskan ke Krakow sambil menikmati pemandangan perkampungan serta banjaran Gunung Tatra yang indah. Kemudian, bertolak ke Zakopane sebuah bandar peranginan di selatan Poland. Nikmati masa lapang di Jalan Krupówki. Teruskan perjalanan ke arah Krakow untuk bermalam. *Hari yang panjang
- HARI 4: KRAKOW CITY TOUR - WIELICZKA SALT MINES - WROCLAW (MP/MT)
Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan berjalan kaki di bandar Krakow merangkumi Market Square, Istana Diraja, Katedral dan ‘Cloth Hall. Luangkan masa lapang anda di sekitar Bandar Lama Krakow.
Makan tengah hari & solat jama’ sebelum terus melawat salah satu tarikan pelancong terbesar di Poland dan DISENARAIKAN UNESCO – The Wieliczka Salt Mines. Nikmati lawatan selama 2 jam. Bertolak ke Wroclaw untuk bermalam.
- HARI 5: WROCLAW - DEVIL’S BRIDGE - SPREEWALD - BERLIN (MP/MT)
Sarapan pagi, teruskan ke bandar Wroclaw dan kemudian nikmati lawatan berjalan kaki singkat dari Wroclaw, bandar terbesar di Poland Barat. Ia terletak di tebing Sungai Oder dan terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang indah di Pekan Lama Wroclaw.
Teruskan perjalanan ke arah timur Jerman, Taman Kromlau untuk melihat Rakotzbrücke (juga dipanggil Jambatan Devil) yang dibina khas pada pertengahan abad ke-19. Terkenal dengan seni bina jambatan bulat yang unik dan dianggap sebagai salah satu jambatan romantik tercantik di Eropah.
Teruskan perjalanan ke selatan menuju Hutan Spreewald ke pekan Lubbenau yang mempunyai perkampungan tradisional tanpa jalanraya. Nikmati perjalanan bot terusan selama 45 minit untuk melihat perkampungan yang indah dengan laluan airnya. Anda akan mendengar sendiri kisah perkampungan ini dari ‘captain’ bot dayung. Teruskan perjalanan menuju Berlin untuk bermalam. Daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 6: BERLIN (MP)
Sarapan pagi dan terus nikmati full day tour di Berlin. Dianggap sebagai salah satu bandar paling menarik di Eropah, kita akan mendengar daripada Local Guide tentang perkara yang menjadikan bandar ini begitu popular dan penting. Lawatan merangkumi bahagian bersejarah Perang Dingin seperti East Side Gallery, Tembok Berlin, Check Point Charlie, Brandenburg Gate dan Berlin Hard Rock Cafe. Kita juga akan ke ‘The Museum Island’ sebuah kompleks muzium di bahagian utara Pulau Spree yang menjadi pusat bersejarah yang paling banyak dikunjungi di ibu kota Jerman ini. Ia juga menjadi salah satu tapak muzium paling penting di Eropah. Seterusnya masa santai di Designer Outlet Berlin yang mempunyai berbagai rangkaian barangan berjenama. Pada sebelah petang, terus kembali ke hotel.
- HARI 7: BERLIN – DRESDEN - PRAGUE (MP)
Sarapan pagi dan bertolak ke Dresden bagi lawatan seterusnya. Kota bersejarah ini dikenali sebagai bandar Saxony dimana pemerintahan diraja dengan istana serta gereja besar terserlah di tebing sungai. Enjoy masa santai melawat kawasan bersejarah seperti Zwinger, Frauenkirche, Semperoper, membeli-belah serta makan di Centrum Galleria. Solat jama’ di Dresden. Akhir sekali, kita ucapkan selamat tinggal kepada Jerman dengan menyeberang ke Republik Czech dan terus ke Prague.
Masa santai di sekitar bandar lama Prague. Kemudian, daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 8: PRAGUE - CESKY KRUMLOV (MP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, nikmati lawatan persiaran komprehensif setengah hari anda. Lawatan ke Istana Prague yang indah (di luar), Jam Astronomi dan Pusat Bandar Prague. Kita juga akan menikmati ‘River Cruise’ sepanjang Sungai Vlatava sambil melihat panorama ‘Old Prague’. Menyeberangi ‘Charles Bridge’ sebelum anda diberikan masa santai bagi peluang meneroka atau membeli cenderahati di Old Town. Makan & solat sebelum bertolak ke Cesky Krumlov.
- HARI 9: CESKY KRUMLOV - HALLSTATT - BLED (MP/MT)
Sarapan pagi di hotel, nikmati lawatan berjalan kaki singkat di bandar lama ini. Bersama local guide, mendaki ke Kompleks Istana Cesky Krumlov untuk melihat pemandangan bandar yang hebat. Anda akan mendengar cerita tentang sejarah Cesky Krumlov serta mitos istana yang diceritakan turun temurun.
Teruskan perjalanan ke Hallstatt, persekitaran bandar gunung yang unik di pinggir Hallstatter See. Hallstatt juga dikenali sebagai salah satu kampung yang paling indah dan paling popular di Austria. Nikmati lawatan santai sambil bergambar di tasik serta rumah unik di sini. Solat jama’ di Hallstatt. Teruskan ke Slovenia yang indah untuk bermalam di Bled
- HARI 10: BLED - LJUBLJANA - VIENNA (MP/MT)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Mulakan lawatan Bled dan Bohinj. Tasik Bohinj – tasik semula jadi terbesar di Slovenia yang terletak di lembah antara Taman Negara Triglav dan Julian Alps. Teruskan ke Tasik Bled, dianggap sebagai tasik paling popular dan indah di Slovenia (Pilihan: Istana Bled – Euro10/pax).
Teruskan perjalanan ke Ljubljana untuk lawatan orientasi singkat ke Jambatan Naga Art Nouveau, dinamakan dan dimodelkan sempena maskot bandar itu, naga. Teruskan bersantai di sepanjang sungai, ke Dataran Prešernov, selepas itu anda akan merentasi Jambatan Tiga, yang dicipta oleh arkitek terkenal Jože Plečnik. Kemudian bertolak ke Vienna untuk bermalam.
- HARI 11: VIENNA – AIRPORT – TRANSIT ISTANBUL (MP)
Sarapan pagi. Kemudian bergerak ke Bandar Vienna. Program ‘City Tour’ berkisar sejarah tentang Dinasti Habsburg di Vienna. Mulakan lawatan bersiar-siar dan berjalan kaki ke Old Town Vienna dan kagumi kompleks sejarah seperti Hofburg Palace, Imperial Boulevards dan The State Opera House. Bergerak untuk lawatan ke Istana Schönbrunn yang dianggap antara model Istana musim panas tercantik di Eropah. Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan transit di Istanbul ETD1405/ETA1820.
- HARI 12: ISTANBUL - KUALA LUMPUR
Bertolak ke Kuala Lumpur ETD0150. Anggaran tiba Kuala Lumpur ETA1700. Alhamdulillah.
SENARAI PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL* atau setara |
---|---|
Budapest | Hotel Ibis Budapest South |
Krakow | Hotel Puro Krakow Kazimiers |
Wroclaw | Hotel Sleep |
Berlin | Hotel City Green |
Prague | Hotel Top |
Cesky Krumlov | Hotel Mlynn |
Bled | Hotel Krim |
Vienna | Hotel Cortina |
Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
FLIGHT DETAILS:
TK0061 KULIST 2350 0620
TK1883 ISTVIE 0850 0910
TK0886 VIEIST 1405 1820
TK0060 ISTKUL 0150 1700