MENEROKA LOKASI TERBAIK GREAT BRITAIN

SMALL GROUP 

5/5

United Kingdom menawarkan pelbagai pemandangan indah. Lawati lokasi terbaik di England, Scotland dan Wales.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2024
Pilihan pelanggan (Ground only) - 10,990 11,990 3,000 11,490 10,490 6-8
20/04 - 01/5 Spring (EK) 12,990 13,490 3,000 12,990 11,990 12 - 20 (open group)
23/5 - 3/6 Summer (MH) 12,990 13,490 3,000 12,990 11,990
20/9 - 1/10 Autumn (EK) 12,990 13,490 3,000 12,990 11,990
13/10 - 24/10 Autumn (EK) 12,990 13,490 3,000 12,990 11,990
10/11 - 21/11 Autumn (EK) 12,990 13,490 3,000 12,990 11,990
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-11 pax
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM300/seorang

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas.

Tiba di Manchester dan teruskan perjalanan ke North Wales. Persinggahan pertama ke Conwy, salah satu daripada bandar Pelabuhan. Di sini anda boleh melihat istana yang terletak di tepi laut dan jambatan gantu ng yang tertua di dunia. Lawatan seterusnya ke “rumah terkecil di dunia”. Memandu melewati Taman Negara Snowdonia yang terkenal dengan pokok alpine dan berbagai kafe yang selesa. Nikmati lawatan ke Portmeirion, bersiar-siar di sekitar perkampungan pelancongan pantai gaya Itali yang berwarna-warni yang
terletak di persekitaran dan taman yang menakjubkan. Kemudian, bertolak ke hotel untuk berehat.

Usai sarapan, bertolak ke Bourton on the Water, salah satu kampung tercantik di United Kingdom. Meneroka pekan itu sebelum ke Arlington Row di Bibury Village, yang dianggap ramai sebagai satu daripada kampung tercantik di England.
Bertolak ke Oxford untuk nikmati keindahan bangunan bersejarah dengan berjalan kaki di sekitar Universiti Oxford yang merupakan universiti kedua tertua di dunia yang masih beroperasi. Disebelah petang, masa santai di sekitar Cowley Road, dimana terdapat banyak kedai halal di sini. Kemudian, di sebelah petang daftar masuk hotel di Oxford untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi. Kemudian, bertolak ke Factory Outlet – Bicester Village. Nikmati masa santai membeli belah di sini. Teruskan perjalanan ke Kota London, dimana kita akan singgah di Stadium Emirates untuk sesi bergambar dan juga membeli cendarahati. Terus menuju ke Bayswater untuk bermalam. Masa santai untuk berjalan-jalan di sekitar Kawasan Bayswater/Oxford Street.

Sarapan pagi dan aktiviti terokai Kota London. Anda berpeluang melihat dengan dekat mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, Trafalgar Square dan London Eye. Masa santai membeli buah-buahan di Borough Market. Ia adalah salah satu pasar makanan terbesar dan tertua di London. Makan tengahari di sini (kos sendiri). Disebelah petang, lawatan diteruskan ke Knightsbridge dan Piccadilly Circus. Pada lewat petang, pulang ke hotel untuk berehat atau enjoy masa santai sendiri. Antara aktiviti adalah membeli-belah di kawasan Bayswater/Oxford Street atau ke Taman Kensington Conwy Taman Negara Snowdonia. Bermalam di London.

Bertolak ke kota abad pertengahan, York yang mengambil masa kira-kira selama 4 jam perjalanan. Terkenal dengan gelaran “The Viking Land’ of England, bandar ini kaya dengan sejarah pemerintahan Viking. Lawatan dimulakan dengan singgah ke Muzium National Railway. Muzium National Railway mempunyai koleksi terbesar keretapi sejak 300 tahun lalu (tutup pada hari Isnin). Habiskan masa bebas di kota bersejarah Shambles untuk membeli belah dan minum teh atau lawat Jorvik Viking Centre (tidak termasuk tiket masuk). Peserta juga berkesempatan merakam gambar York Minster. Bermalam di York.

Daftar keluar dan kemudian singgah di di ‘Angel of The North’ satu arca kontemporari yang terkenal di UK. Teruskan lawatan ke Newcastle & Millenium Bridge. Teruskan perjalanan ke bandar bersejarah kota lama Edinburgh melalui jalan persisiran pantai A1 Coastal Road Northumberland. Tiba di Edinburgh, nikmati keindahan seni bina Georgian dan Victorian pada bangunan sepanjang Royal Mile, Istana Edinburgh dan membeli belah di Princes Street termasuk Hard Rock Café. Kembara diteruskan ke Arthur Seat, puncak Taman Holyrood untuk menikmati pemandangan indah kota lama itu dari puncak. Singgah di Dean Village – sebuah kampung yang indah di tepi Water of Leith. Daftar masuk hotel untuk bermalam. Bermalam di Edinburgh.

Usai sarapan, teruskan perjalanan di tanah tinggi Scotland yang terkenal dengan keindahan bentuk muka bumi dan mitosnya. Berhenti bergambar di Forth Bridges (viewpoint). Seterusnya, bertolak ke Falkirk untuk merakam gambar di hadapan arca kepala kuda setinggi 30-meter dan Kelpies yang dibina bagi menghargai sumbangan haiwan itu dalam membantu sektor industri dan ekonomi. Anda juga berpeluang melihat The Falkirk Wheel – satu-satunya lif bot berputar. Perjalanan diteruskan ke Stirling untuk merakam gambar keindahan seni bina Istana Stirling (view only). Singgah sebentar di Pitlochry, sebuah kampung dengan senibina Victoria. Teruskan perjalanan ke Loch Morlic, tasik air tawar yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan merupakan salah satu Loch yang paling indah dan popular di Scotland. Seterusnya, menuju ke Inverness. Masa santai memberli hadiah & cenderahati di arked beli-belah, The Victorian Market. Kemudian, lawatan diteruskan ke Urquhart Castle (view only) – tempat yang paling indah untuk melihat Loch Ness dan lokasi utama untuk melihat Nessie. Perjalanan diteruskan ke pekan comel, Loch Ness. Daftar masuk hotel untuk bermalam.

Selepas sarapan rombongan akan dibawa melewati perkampungan Fort Augustus di mana terdapat banyak kafe, kedai dan restoran. Nikmati masa santai bersiar-siar di sepanjang tebing terusan Caledonia sambal melihat operasi pengurusan canal & bot. Singgah makan tengahari dekat Fort William. Teruskan perjalanan ke lembah popular di Scotland dikenali sebagai Glencoe – lokasi terkenal dalam filem James Bond Skyfall yang berlatar belakangkan pergunungan Ben Nevis. Kemudian ke Loch Lomond yang di umpamakan lukisan, kawasan ini dikatakan satu daripada lokasi paling cantik dan menarik di tanah tinggi Scotland. Singgah di Luss, sebuah kampung yang cantik di pantai barat Loch Lomond. Jika cuaca mengizinkan, peserta boleh mencuba menaiki bot (tiket tidak termasuk). Kembara diteruskan ke Glasgow, bandar terbesar Scotland dan ketiga terbesar di United Kingdom. Bandar yang terkenal dengan lebih 20 muzium dan galeri termasuk Muzium Riverside yang menempatkan The Glenlee (The Fall Ship). Daftar masuk hotel & bermalam di Glasgow.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke pekan kecil Gretna Green, bersempadan dengan England. Pekan kecil ini terkenal sebagai lokasi perkahwinan dan akiviti pertukangan besi, lawatan ke Gretna Green Famous Blacksmith Shop. Kemudian ke Lake District untuk menikmati pemandangan gunung, lembah dan tasik dengan menaiki Windmere Blue Cruise. Rombongan kemudian dibawa ke Cheshire Oak Designer Outlet, Outlet Designer terbesar di UK. Bertolak ke Liverpool. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Usai sarapan, berjalan sekitar Liverpool yang terkenal dengan kumpulan muzik 1970 an, The Beatles dan dermaga. Sambil merakam gambar, peserta berpeluang menikmati masa santai di Royal Albert Dock yang juga lokasi Muzium Maritim & Titanic, The Beatles Statue dan The Beatles Story. Bagi peminat bola sepak Inggeris, lawatan singkat ke Stadium Anfield yang menempatkan kelab bola sepak Liverpool. Lawatan diteruskan ke Stadium Old Trafford, stadium pasukan Manchester. Bertolak ke Lapangan Terbang Manchester untuk penerbangan balik.

Tiba di Kuala Lumpur. Harap semua mempunyai kenangan yang terindah dalam lawatan ini.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara
Aberystwyth Penrhos Park Hotel
Oxford Oxford Witney Hotel
London Central Park Hotel
York Mercure York Fairfield Manor Hotel
Edinburgh Travelodge Edinburgh Park
Inverness Travelodge Inverness Hotel
Glasgow Holiday Inn Express Strathclyde Park
Liverpool Travelodge Liverpool Central the Strand

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS (TK)

MH02   KULLHR    2330 0555+1
MH01    LHRKUL    2135 1750+1

FLIGHT DETAILS (EK)

EK347      KULDXB       1920 2220
EK21         DXBMAN     0300 0745
EK20        MANDXB     2115 0725
E342        DXBKUL       1025 2150

DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON