MENEROKA LOKASI TERBAIK GREAT BRITAIN

SMALL GROUP – MAX 15 PAX

5/5

United Kingdom menawarkan pelbagai pemandangan indah. Lawati lokasi terbaik di England, Scotland dan Wales.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2023
Pilihan pelanggan (Ground only) - 10,990 11,990 3,000 11,490 10,490 6-8
09/03-20/03 (Malaysia Airlines) Spring 11,690 12,490 3,000 11,990 10,990 12 - 15 (open group)
10/05-21/05 (Turkish Airlines) Spring 11,990 12,990 3,000 12,490 11,490
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-11 pax

Berkumpul di KLIA sekurang-kurang 3 jam sebelum pelepasan.

Tiba di Manchester dan teruskan perjalanan ke North Wales. Persinggahan pertama ke Conwy, salah satu daripada bandar Pelabuhan. Di sini anda boleh melihat istana yang terletak di tepi laut dan jambatan gantu ng yang tertua di dunia. Lawatan seterusnya ke “rumah terkecil di dunia”. Memandu melewati Taman Negara Snowdonia yang terkenal dengan pokok alpine dan berbagai kafe yang selesa. Nikmati lawatan ke Portmeirion, bersiar-siar di sekitar perkampungan pelancongan pantai gaya Itali yang berwarna-warni yang terletak di persekitaran dan taman yang menakjubkan. Kemudian, bertolak ke hotel untuk berehat.

Usai sarapan, bertolak ke Bourton on the Water, salah satu kampung tercantik di United Kingdom. Meneroka pekan itu sebelum ke Arlington Row di Bibury Village, yang dianggap ramai sebagai satu daripada kampung tercantik di England. Kemudian, perjalanan diteruskan ke satu bandar pendidikan terkemuka, Oxford dan menikmati keindahan bangunan bersejarah dengan berjalan kaki di sekitar Universiti Oxford. Jika ada masa santai, anda berpeluang melawat Natural Muzium disini. Daftar masuk hotel.

Selepas sarapan pagi. Nikmati masa santai membeli belah di Factory Outlet – Bicester Village. Teruskan perjalanan ke Kota London, dimana kita akan singgah di Stadium Emirates untuk sesi bergambar dan juga membeli cendarahari. Teruskan menuju ke Bayswater untuk bermalam. Masa santai untuk berjalan-jalan di sekitar Kawasan Bayswater/Oxford Street.

Sarapan pagi dan aktiviti terkai Kota London. Anda berpeluang melihat dengan dekat mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, Trafalgar Square dan London Eye. Disebelah petang, lawatan diteruskan ke Knightsbridge dan Leicester Square (Hard Rock). Masa santai untuk program bebas dimana anda peluang kunjungi Kensington Garden dan Hyde Park. Bermalam di London.

Bertolak ke kota abad pertengahan, York yang mengambil masa kira-kira selama 4 jam perjalanan. Terkenal dengan gelaran “The Viking Land’ of England, bandar ini kaya dengan sejarah pemerintahan Viking. Lawatan dimulakan dengan singgah ke Muzium National Railway. Muzium National Railway mempunyai koleksi terbesar keretapi sejak 300 tahun lalu. Habiskan masa bebas di kota bersejarah Shambles untuk membeli belah dan minum teh atau lawat Jorvik Viking Centre (tidak termasuk tiket masuk). Peserta juga berkesempatan merakam gambar York Minster. Singgah di di ‘Angel of The North’ satu arca kontemporari yang terkenal di UK. Bermalam di York.

Daftar keluar dan teruskan lawatan ke Newcastle & Millenium Bridge. Kemudian bertolak ke Brocksbushes Farm (subject to avaibility) untuk merasai peluang memetik buah strawberry di ladang. Nikmati pemanduan yang indah melalui Taman Negara Northumberland. Teruskan perjalanan ke bandar bersejarah kota lama Edinburgh; nikmati keindahan seni bina Georgian dan Victorian pada bangunan sepanjang Royal Mile, Istana Edinburgh dan membeli belah di Princes Street termasuk Hard Rock Café. Kembara diteruskan ke Arthur Seat, puncak Taman Holyrood untuk menikmati pemandangan indah kota lama itu dari puncak. Daftar masuk hotel dan rehat.

Usai sarapan, teruskan perjalanan di tanah tinggi Scotland yang terkenal dengan keindahan bentuk muka bumi dan mitosnya. Singgah sebentar di Falkirk untuk merakam gambar di hadapan arca kepala kuda setinggi 30-meter dan Kelpies yang dibina bagi menghargai sumbangan haiwan itu dalam membantu sektor industri dan ekonomi. Perjalanan diteruskan ke Stirling untuk merakam gambar keindahan seni bina Istana Stirling. Singgah sebentar di Pitlochry, sebuah kampung dengan senibina Victoria. Teruskan perjalanan ke Loch Morlic, tasik air tawar yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan merupakan salah satu Loch yang paling indah dan popular di Scotland. Seterusnya, menuju Taman Negara Pergunungan Cairngorms, di mana selain menikmati pemandangan menarik, anda juga boleh mengambil hidangan tengahari di sini. Perjalanan diteruskan ke utara, Inverness. Daftar masuk hotel untuk bermalam.

Selepas sarapan rombongan akan dibawa ke pekan comel, Loch Ness untuk bergambar. Rombongan kemudian melewati perkampungan Fort Augustus di mana terdapat banyak kafe, kedai dan restoran. Nikmati masa santai bersiar-siar di sepanjang tebing Terusan Caledonian. Singgah makan tengahari dekat Fort William. Teruskan perjalanan ke lembah popular di Scotland dikenali sebagai Glencoe – lokasi terkenal dalam filem James Bond Skyfall yang berlatar belakangkan pergunungan Ben Nevis. Kemudian ke Loch Lomond yang di umpamakan lukisan, kawasan ini dikatakan satu daripada lokasi paling cantik dan menarik di tanah tinggi Scotland. Singgah di Luss, sebuah kampung yang cantik di pantai barat Loch Lomond. Jika cuaca mengizinkan, peserta boleh mencuba menaiki bot (tiket tidak termasuk). Kembara diteruskan ke Glasgow, bandar terbesar Scotland dan ketiga terbesar di United Kingdom. Bandar yang terkenal dengan lebih 20 muzium dan galeri termasuk Muzium Riverside yang mengumpulkan koleksi kereta, basikal, bot dan tram. Peserta akan dibawa ke Celtic Park sebelum daftar masuk hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke pekan kecil Gretna Green, bersempadan dengan England. Pekan kecil ini terkenal sebagai lokasi perkahwinan dan akiviti pertukangan besi, lawatan ke Gretna Green Famous Blacksmith Shop. Kemudian ke Lake District untuk menikmati pemandangan gunung, lembah dan tasik dengan menaiki Windmere Blue Cruise. Perjalanan diteruskan ke Stadium Old Trafford, stadium pasukan Manchester United. Selain dapat merakamkan gambar di stadium yang banyak mencipta sejarah ini, peserta juga berpeluang membeli belah di kedai cenderahati barangan kelab bola terkemuka ini. Rombongan kemudian dibawa ke Cheshire Oak Designer Outlet, Outlet Designer terbesar di UK. Bertolak ke Liverpool. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Usai sarapan, berjalan sekitar Liverpool yang terkenal dengan kumpulan muzik 1970 an, The Beatles dan dermaga. Sambil merakam gambar, peserta berpeluang menikmati masa santai di Royal Albert Dock yang juga lokasi Muzium Maritim & Titanic, The Beatles Statue dan The Beatles Story. Bagi peminat bola sepak Inggeris, lawatan singkat ke Stadium Anfield yang menempatkan kelab bola sepak Liverpool. Lawatan diteruskan ke Stadium Old Trafford, stadium pasukan Manchester. Bertolak ke Lapangan Terbang Manchester untuk penerbangan transit.

Tiba di Kuala Lumpur. Harap semua mempunyai kenangan yang terindah dalam lawatan ini.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara
Aberystwyth Penrhos Park Hotel
Oxford Oxford Witney Hotel
London Central Park Hotel
York Mercure York Fairfield Manor Hotel
Edinburgh Travelodge Edinburgh Park
Inverness Travelodge Inverness Hotel
Glasgow Holiday Inn Express Strathclyde Park
Liverpool Travelodge Liverpool Central the Strand

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS:

MH002     KUL LHR     2330 0535
MH001      LHR KUL     2125 1820

FLIGHT DETAILS:

TK 061      KUL IST     2305 0450
TK1979     IST LHR     0755 0950
TK1996     MAN IST   1720 2330
TK0060    IST KUL     0120 1640

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / PER PERSON