KEMBARA MERENTASI BUMI TURKI KE GUNUNG NAMRUD - SANLIURFA – CAPPADOCIA – SAFRANBOLU – SOGUT - ISTANBUL – EDIRNE
INCL 1 WAY PENERBANGAN DOMESTIK ISTANBUL – DIYARBAKIR
Route Jejak Rasul + Namrud membawa penerokaan ke wilayah yang amat bersejarah untuk tamadun manusia. Jadi, naturally di sini bab sejarah yang paling group kami teruja adalah tentang tamadun Mesapotamia dan Sungai Euphrates.

- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2023 | |||||||
Pilihan pelanggan (Ground only) | Spring/ Autumn | - | 7,990 | 2,000 | 6,990 | 5,890 | 6-7 |
Pilihan pelanggan (Ground only) | Spring/ Autumn | - | 7,490 | 2,000 | 6,490 | 5,490 | 8-9 |
04/09-15/9 | Autumn | 9,490 | 9,990 | 2,000 | 9,290 | 7,990 | 20 |
16/10-27/10 | Summer | 9,490 | 9,990 | 2,000 | 9,290 | 7,990 | |
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama! | |||||||
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 10-14 pax |
- PAKEJ GROUND 6-9 ORANG TERMASUK:
- Penginapan di hotel ¾ bintang.
- Aturcara, program lawatan dan tiket masuk seperti yang tertera.
- Makanan Halal seperti yang tertera
- Pemandu pelancong yang berbahasa Inggeris
- PAKEJ GROUND 6-9 ORANG TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan Kuala Lumpur - Istanbul
- Tiket penerbangan domestic ISTANBUL - DIYARBAKIR
- Insurans perjalanan AIG (untuk individu berumur 70 tahun kebawah)
- Tips RM300 seorang (Pengurus Pelancongan / Pemandu Pelancong / Pemandu Bas)
- Perbelanjaan peribadi & Aktiviti tambahan (optional).
- Makan selain dari dalam itineri
- Perbelanjaan sendiri & yang tidak disertakan dalam jadual
- PAKEJ GROUP TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi KUL/IST/KUL dengan Turkish Airlines bagasi 30kg (termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj penerbangan).
- Penginapan di hotel ¾ bintang.
- 1way penerbangan domestic ISTANBUL - DIYARBAKIR
- Aturcara, program lawatan dan tiket masuk seperti yang tertera.
- Makan & minum seperti dalam itineri (halal/seafood)
- Makanan Halal seperti yang tertera
- Pemandu pelancong yang berbahasa Inggeris.
- PAKEJ GROUP TIDAK TERMASUK:
- Tips RM300 seorang
- Insurans perjalanan AIG (untuk individu berumur 70 tahun kebawah)
- Makanan & lain-lain yang tidak disebut dalam itinerari.
- Perbelanjaan peribadi & Aktiviti tambahan (optional)
- *Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.
- ITINERI PAKEJ
- HARI 01: KUALA LUMPUR – ISTANBUL
Berkumpul di KLIA sekurang-kurang 3 jam sebelum pelepasan.
- HARI 2: ISTANBUL – DIYARBAKIR – KAHTA – ADIYAMAN (GUNUNG NAMRUT) (MT/MM)
Bertolak ke Lapangan Terbang Istanbul untuk mengambil penerbangan seterusnya ke Diyarbakir ETD0850. Tiba di Diyarbakir ETA1040. Bertemu pemandu pelancong dan terus lawatan ke Old Town Diyarbakir.
Lawatan seterusnya ke Mt Nemrut National Park. Dalam perjalanan itu, peserta berpeluang melihat keindahan Empangan Atartuk. Melawat runtuhan Arsemia dan jambatan Roman Cendere. Daftar masuk hotel dan rehat. Bermalam di Adiyaman.
- HARI 3: GUNUNG NAMRUD – HARRAN – SANLIURFA (SP/MT/MM)
Menikmati keindahan matahari naik di Gunung Namrut. Rombongan perlu bangun awal dan bersedia jam 3 pagi untuk untuk bergerak ke menaiki bas ke kaki Gunung Namrut. Untuk ke puncak, peserta perlu mendaki dan berjalan kaki. Sesampai di puncak, anda berpeluang melihat matahari terbit yang indah di antara patung-patung KUNO di Gunung Namrut. Selepas matahari terbit, kelihatan runtuhan Gunung Namrud. Masa bebas untuk bergambar sebelum turun dan kembali ke Adiyaman. Kembali ke hotel untuk sarapan.
Kemudian, bergerak ke Gobeklitepe (UNESCO SITE) yang dianggap sebagai lokasi tamadun tertua dunia – Mesopotamia. Melawat beberapa tempat menarik di pusat bandar seperti Bazar Oriental, Balikli Gol yang merupakan lokasi dimana Nabi Ibrahim dicampakkan oleh Raja Nimrud, Gua Nabi Ibrahim serta bersolat di Masjid Nabi Ibrahim.
Seterusnya, peserta dibawa ke Harran, rumah purba yang diperbuat daripada tanah liat dan jerami menyerupai sarang lebah atau busut semut. Rombongan juga akan dibawa ke Universiti tertua di dunia yang dibina pada zaman Roman sekitar 600 AD. Selepas meluangkan masa di sekitar kampung Harran, singgah di Gua dan Perigi Nabi Ayub di Salinurfa. Disinilah Nabi Ayub berada ketika sakit dan dikatakan air perigi itu digunakan untuk mengubati sakit kulitnya atas izin Allah. Daftar masuk hotel dan makan malam di bandar Sanliurfa.
- HARI 4: SANLIURFA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar dan berlepas dari Sanliurfa ke Birecik, yang terkenal dengan burung bald-ibis (Kelaynak). Lokasi Ini adalah satu-satunya tempat di dunia di mana burung-burung ini dapat ditemui dan kini populasi yang sangat terhad. Rombongan juga akan melawat ladang pembiakan untuk burung Ibis Bald ini, sebelum menikmati teh di depan tempat pemuliharaan burung. Selepas makan tengahari, bergerak ke Cappadocia sambil menikmati keindahan Pergunungan Taurus di sepanjang jalan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Cappadocia.
- HARI 5: CAPPADOCIA(SP/MT/MM)
Aktiviti lawatan penuh di Cappadocia. Usai sarapan melawat Underground City of Kaymakli. Ahli arkeologi mengatakan ia adalah bahagian terawal bandar-bandar bawah tanah dari zaman Hittite sekitar 4,000 tahun yang lalu. Dari sana, melawat Goreme Open Air Museum di mana anda akan dapat melihat gereja batu dan lukisan-lukisan dari pelbagai abad di dinding. Landskap Cappadocia sangat unik, daripada hakisan pemendapan tanah, angin, matahari, hujan dan salji sehingga menghasilkan bentuk muka bumi yang pelik seperti cendawan, tiang dan cerombong asap.
Peserta dibawa melawat ke Uchisar Castle Rock, lokasi tertinggi dan penting yang memberikan panorama menakjubkan. Seterusnya ke Fairy Chimneys, di mana terletaknya lembah-lembah Uchisar iaitu sebuah kampung lama dengan rumah-rumah yang diukir dalam batu besar. Terus ke Perkampungan Tembikar Avanos untuk melawat kedai tembikar dan kedai permaidani tempatan yang terkenal. Nikmati masa untuk membeli-belah. Bermalam di Cappadocia. **Optional: Hot Air Ballon AS$280 seorang
- HARI 06: CAPPADOCIA – ANKARA – SAFRANBOLU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Teruskan perjalanan ke Ankara. Nikmati photostop di Salt Lake sebelum melawat Ataturk Mouseleum, tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk, “bapa pemodenan Turki”. Lawatan seterusnya ke Ankara Castle adalah kubu bersejarah di bandar Ankara, Turki, dibina pada atau selepas abad ke-7.
Perjalanan diteruskan ke Safronbalu. Daftar masuk hotel dan bermalam.
- HARI 07: SAFRANBOLU (SP/MT/MM)
Usai sarapan, lawatan ke UNESCO Heritage (Old Town) pada abad ke -13 ia menjadi stesen kafilah yang penting di laluan perdagangan timur-barat utama. Mulakan lawatan ke Hidirlik Hill dan Hidrilik Hill Tea Garden yang menjadi lokasi utama di bandar ini. ‘’Carsi” pasar adalah lokasi paling popular. Antara banguanan bersejarah termasuk Muzium “KAYMAKAMLIK’’ – yang menjadi tarikan pengunjung mempelajari sejarah kota Safranbolu.
Kemudian, bertolak ke Sogut yang merupakan tempat kelahiran Empayar Uthmaniyyah untuk bermalam.
- HARI 08: SOGUT - ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan teruskan lawatan ke Makam Sheikh Edebali, mentor Ertuğrul Gazi yang dianggap sebagai pengasas rohani Empayar Uthmaniyyah. Lawatan seterusnya ke Ertugrul Gazi Turbesi yang merupakan makam Ertugrul Gazi. Lawati Masjid Kuyulu, yang merupakan masjid pertama Uthmaniyyah. Teruskan perjalanan selama tiga jam setengah ke Istanbul untuk bermalam.
- HARI 09: ISTANBUL (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi bertolak ke ke i bazaar tertutup terbesar di dunia, Grand Bazaar dengan lebih 4000 kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Selepas itu, kunjungi Spice Bazar untuk melihat dan membeli belah barangan tempatan seperti buah-buahan kering, Turkish Delight, hiasan rumah dan berbagai cenderamata.
Selepas makan tengahari, melawat Muzium Panorama yang berkisar penaklukan Kota Konstantinople. Solat Zohor di Masjid Ayyub Al-Ansari. Dibina pada tahun 1458, ia adalah masjid yang pertama dibina oleh orang Turki Uthmaniyyah berikutan Penaklukan Konstantinople pada 1453. Teruskan menaiki kereta kable ke Pierre Loti yang menjanjikan pemandangan ‘Golden Horn’ yang menakjubkan. Jika ada masa, ada berpeluang untuk menerokai The Basilica Cistern, atau Cisterna Basilica (tidak termasuk tiket) yang merupakan antara tangki terbesar daripada beberapa ratus tangki purba yang terletak di bawah bandar Istanbul, Turki.
Akhir sekali, berkunjung ke Taksim Square kawasan membeli belah terkenal Istanbul. Kembali ke hotel & berehat. Bermalam di Istanbul.
- HARI 10: LAWATAN SEHARI KE EDIRNE (SP/MT
Edirne, bandar bersempadan Bulgaria ini adalah ibu negara kerajaan Uthmaniyyah dari 1353 sehingga 1463 sebelum Istanbul. Terkenal sebagai bandar yang paling banyak masjid serta gerbang / pintu masuk Turki dari Benua Eropah. Lawatan diteruskan ke Muzium Perubatan Beyazid II (Bimarhane) Ottoman yang menjanjikan pengalaman unik sejarah perubatan zaman kegemilangan Islam. Seterusnya, berhenti seketika untuk melihat panorama Jambatan Meric, yang dibina pada 1800.
Teruskan lawatan ke Masjid UC Serefeli yang dibina oleh Sultan Murad pada 1438. Kemudian menghabiskan masa membeli belah di Grand Bazar Edirne, selepas makan tengahari. Solat di Eski Cami atau Masjid Lama diperbuat dari batu dipotong halus dengan ukiran yang cantik di sebelah Grand Bazar Edirne sebelum meneruskan lawatan di Masjid Selimiyi, Masjid Diraja yang dibina oleh Sultan Selim II dan direka oleh Arkitek Koca Sinan (The Great Sinan) pada 1569. Bertolak pulang ke Istanbul untuk bermalam.
- HARI 11: ISTANBUL – PENERBANGAN BALIK (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Melawat Masjid Biru, terkenal dengan jubin biru dan unik dengan 6 menara yang dibina atas nama Sultan Ahmet. Lawatan diteruskan ke St Sophia (Hagia Sofia), pada asalnya adalah sebuah gereja dan kemudiannya dijadikan masjid dan kini sebagai sebuah muzium. Seterusnya ke Oriental Topkapi Palace (tidak termasuk tiket) yang menakjubkan bukan sekadar satu bangunan besar dengan taman terpencil, bentuk ia diilhamkan oleh seni bina Islam terdiri daripada berbagai kompleks pengurusan negara. Di samping itu, tarikan utamanya juga adalah artifak peninggalan Islam disimpan rapi di dalam muzium ini.
Aktiviti diteruskan dengan pelayaran santai Selat Bosphorus, pintu masuk semula jadi yang membahagikan Asia dan Eropah. Kemudiann, bertolak ke lapangan terbang Istanbul untuk penerbangan pulang ETD0150.
- HARI 12: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur jam ETA1700.
- SENARAI HOTEL:
BANDAR | HOTEL* atau setara |
---|---|
Kahta | Zeus Hotel |
Sanliurfa | Manici Hotel |
Cappadocia | Mustafa Hotel |
Safronbolu | Kahveciler Konagi Hotel |
Sogut | Grand Hotel Basaran |
Istanbul | Antik Hotel |
Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
FLIGHT DETAILS:
TK061 KUL IST 2315 0545 +1
TK2612 IST DIY 0850 1040
TK060 IST KUL 0150 1700