Morocco

5/5

CITY

HOTEL *atau setaraf

Essaouira

Riad Maison Du Sud *

Marrakech

Hotel Racine *

Boumalne

Kasba Hotel Panorama *

Merzouga

 Night Desert Camp *

Meknes

Riad Ritaj *

Chefchaouen

Dar Echchaouen / Riad Asilah *

Casablanca

Hotel Apartment Melliber / Oumpalace *

Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Jumlah minima kumpulan adalah 9 orang. Harga berubah bergantung kepada jumlah kekurangan peserta, ketersediaan tiket penerbangan dan perubahan tukaran wang asing.
Berlepas dari KLIA ETD 2340 ke Istanbul.
Bertolak ke Casablanca ETD1045. Dijangka tiba di Casablanca jam ETA1400, terus daftar masuk hotel. Enjoy makan malam dan berehat.

Sarapan pagi kemudian bertolak ke Essaouira melalui El Jadida. Terletak 360 km dari Casablanca ke Essaouira, dikenali sebagai bandar resort dan pelabuhan pantai Atlantik, Maghribi. Perjalanan lazimnya mengambil masa 5-6 jam dengan sekurang-kurangnya dua hentian di El Jadida dan Safi. Setiba di bandar itu, terus daftar masuk ke hotel.

Essaouira melalui El Jadida
Pantai di El Jadida

Sarapan dan lawatan di bandar persisiran pantai ini yang terkenal dengan bangunan putih dan biru. Kota lamanya dilindungi oleh tembok kubu di tepi laut yang dikenali sebagai Skala De La Kasbah. Menghabiskan masa dengan merakam keindahan kota lama atau medina dan deretan bot nelayan berwarna biru yang sungguh indah di bahagian pelabuhan.  Bertolak ke Marrakech dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 2.5 jam. Di tengah perjalanan dan jika bernasib baik, rombongan dapat melihat sekumpulan kambing berada di atas pokok argan – pemandangan yang popular di Lembah Souss. Perjalanan diteruskan ke Marrakech dan setiba di bandar itu, daftar masuk hotel dan rest. Keluar semula untuk menikmati keseronokan pasar malam terbesar di Square Jemaa El Fna.

Kambing memanjat pokok argan
Bangunan putih dan biru White & Blue Buildings
Bot biru di Essaouira

Selepas sarapan, lawatan sepanjang hari di Marrakech dengan pemandu pelancong tempatan. Lawatan merangkumi Majorelle Garden, taman botani yang dipenuhi pokok palma dan kaktus indah, kota lama atau Medina, Souks, Square Jemaa El Fna, Menara Koutoubia, Istana Bahia, Madrasa Ben Youssef & Stesen Keretapi. Sekali lagi, rombongan berpeluang menghabiskan masa santai dengan membeli belah di Souk dan Jemaa El Fna.

Istana Bahia
Menara Koutoubia
Jemaa El Fna

Daftar keluar dan mulakan perjalanan di bekas laluan pedagang dahulu antara Sahara & Marakesh. Menikmati keindahan pergunungan merentasi Pergunungan Atlas yang setinggi 2260meter (7,410 ft) di laluan Tizi n’Tichka. Tiba di perkampungan Ait Ben Haddou. Melawat Ait Ben Haddou Kasbah, lokasi pertemuan pedagang di zaman dahulu. Perjalanan diteruskan di oasis gurun di Skoura. Perjalanan diteruskan ke Boumalne Du Dades untuk bermalam.

Laluan Tizi n Tichka
Ait Ben Haddou
Boumalne Du Dades

Selepas sarapan, rombongan dibawa melalui laluan jalan “Laluan 1001 Kasbah” ke pekan wadi kecil di Tinghir. Perjalanan diteruskan ke laluan jurang yang indah dan dramatik, Todgha Gorges. Singgah untuk menghabiskan masa meneroka ngarai. Teruskan perjalanan ke Merzouga untuk bermalam di khemah di gurun.

Setiba di perkampungan Merzouga, peserta dibawa ke khemah di gurun menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menikmati keunikan bermalam di gurun. Di sebelah malam, peserta berpeluang menikmati keindahan hamparan bintang di langit dan unggun api.

Todgha Gorges
Merzouga
Khemah di Gurun Sahara
Di awal pagi, peserta berpeluang menunggang unta di kawasan gurun sambil menikmati keindahan gurun dan bukit pasir yang indah. Sekembali ke khemah dan menikmati sarapan sebelum daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Ifrane melalui Er-Rachidia, Ziz Valley dan Ziz Gorges. Sepanjang perjalanan peserta dihidangkan keindahan Middle Atlas. Alami permandangan  jurang dan gaung serta bentuk muka bumi yang terhasil dari pertembungan Ziz River dan Ziz Gorges. Perjalanan diteruskan merentasiMidelt dan Azrou yang terkenal dengan hutan sidir dan monyet liar. Tiba di Ifrane terkenal dengan jolokan Switzerland di Afrika) untuk bemalam.
Selepas sarapan, bertolak ke Fes, kota yang dikenali sebagai ibu kota budaya bagi Maghribi. Ia terkenal dengan kota lama yang bertembok Fes El Bali dengan seni bina Marinid, pasar lama yang menjual pelbagai barangan serta cenderahati dan membawa kita ke zaman Hikayat Seribu Satu Malam.
Dengan pemandu pelancong tempatan, peserta dibawa meneroka kota Fes sepanjang hari. Lawatan merangkumi Panoramic Fes-Fes al Bali, Medersa el Attarine, Tanneries, Bab Boujiloud, universiti Quranic Quaraouiyine dan Souk.  Peserta juga diberi masa untuk meneroka kota lama ini. Perjalanan diteruskan ke Meknes, kota Maulay Ismail dan juga dikenali sebagai satu dari  empat kota diraja Morocco.  Bermalam di Meknes.
Fes El Bali
Quaraouiyine Quranic School
Bouinania Madrasa

Sarapan dan terus lawatan ke lokasi purba arkeologi, Volubilis. Satu masa dahulu ia adalah ibu negara Mauretania. yang dipercayai wujud pada kurun ke 3 BC yang juga bandar penting dalam Empayar Roman, di mana kesan tinggalan arkieologi Roman yang masih dapat dilihat. Kembali ke Kota Meknes untuk makan tengahari dan lawatan.  Kota Imperial Meknes menjadi kota penting kerajaan AlMoravids. Ketahui sejarah dan kepentingan Pintu Bab Mansour, Mousaleum Moulay Ismail dan Grand Mosque of Meknes. Pada sebelah petang / malam enjoy masa santai di Place Hedim.

Gate of Bab Mansour
Place Hedim
Volubilis

Perjalanan diteruskan selama 3 jam lagi ke bandar biru, Chefchaouen antara lokasi tarikan pelancong di negara ini. Kota indah ini terletak di Pergunungan Rif, di bahagian barat laut Maghribi. Dikenali sebagai kota yang memiliki bangunan tradisional sesuai untuk lokasi rakaman gambar dan video kerana bangunan bewarna biru yang indah dengan latar belakang Pergunungan Rif. Selepas daftar masuk hotel, peserta boleh menghabiskan masa meneroka dan membeli cenderahati di kota itu.

Riff Mountain
Kota Chefchaouen city
Chefchaouen

Selepas sarapan, bergerak ke ibu negara Maghribi, Rabat.  Lawatan di Rabat termasuk Kasbah of Udayas, Hassan Tower, Mausoleum of Mohammed V dan Chellah Kasbah.  Perjalanan diteruskan ke Casablanca, bandar kedua terbesar di Maghribi dan bermalam.

Kasbah of Udayas
Hassan Tower
Casablanca Souk

Selesai sarapan, lawatan sehari di Casablanca bermula. Persinggahan pertama adalah di Masjid Hassan II yang terletak di tepi pantai.  Ia adalah masjid terbesar di Maghribi dan salah satu yang terbesar di Afrika. Lawatan diteruskan ke Corniche, sebahagian daripada Ain Diab Corniche. Meneroka bangunan indah di kawasan Anfa dan Maari dengan gabungan moden dan stail Moorish pasti meninggalkan kenangan manis. Persinggahan selepas itu adalah di Square of Mohammed V dan Menara Hassan.  Perjalanan diteruskan ke Quartier Habous, satu kawasan berdekatan Royal Palace of Casablanca. Kawasan ini adalah lokasi di mana bangunannya dibina di zaman penjajahan Perancis. Makan tengahari dan pesrta dibawa ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Istanbul ETD1540.

Masjid Hassan II Mosque
Quartier Habous
Kota Casablanca City

Rombongan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada ETA1715. Diharapkan peserta mendapat kenangan manis sepanjang lawatan.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

TK 061      KULIST       2340 0620

TK 617      ISTCMN      1145 1435 

TK 618      CMNIST      1615 2255

TK 060      ISTKUL       0145 1725

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :