- Budapest, Hungary
Buda + Pest ( tapi sebutan Budapesch) Ibu negara Hungary ini tidak kurang menariknya. Buda, kawasan tanah tinggi dan Pest (sebutannya Pesch) pula tanah rendah. Gabungan keduanya maka ia menjadi Budapest.
Asal maksud Buda adalah mata air. Di Hungary sendiri ada lebih 500 punca mata air dan lebih 100 daripadanya berada di Budapest.
Mengikut cerita guide kami, jika penduduk tempatan mahu berendam di kolam air panas komersil mereka boleh mendapat diskaun tiket masuk hanya dengan mendapatkan surat dari doktor untuk tujuan perubatan.
5. Krakow, Poland
Terkenal dgn binaan zaman pertengahan. Datarannya dikelilingi tembok sepanjang 4 kilometer.
Ditengahnya plaza dikenali sebagai cloth hall menghadap Gereja St Mary
Setiap jam, peniup trumpet akan keluar dari tingkap atas sambil mengalunkan bunyi
Menurut ceritanya, zaman penaklukan Tatar oleh Kublai Khan, peniup trumpet berjaga ditembok dan meniup trumpet bila diserang.
Namun, satu hari akibat mabuk peniup trumpet mengalunkan irama lain dan tertidur.Mujur penduduk sedar dan menutup pintu kubu dan musuh gagal masuk
6. The Wieliczka Salt Mines
Dengan kedalaman lebih daripada 100 meter, Lombong Garam Wieliczka adalah rumah kepada tempat-tempat yang luar biasa. Berikut ialah pratonton perkara yang akan anda lihat semasa lawatan anda!
1. The astronomer Nicolaus Copernicus
2. St. Anthony’s Chapel
3. Cunegunda Well
4. Chapel of St. Kinga
5. The most outstanding chambers
– Santa Barbara Chamber
– Sielec Chamber
– Burnt Chamber
– Janowice Chamber
– Kazimierz or Casimir the Great Chamber
7. Wroclaw
8. Spreewald, Jerman
10. Dresden, Jerman
Bandar paling timur di Jerman. Penuh dengan binaan klasik dengan seni bina zaman Saxon. Kebanyakan bangunan musnah ketika Perang Dunia ke 2.
Namun, dibina semula dengan mengekalkan seni bina Gotic dan Saxon.
11. Prague, Czech Republic
Prague atau Praha dalam bahasa Czeck
Ahoj atau sebutannya Ahoii bererti Hai atau Hello.
Hari ini kami berjalan kaki meneroka lorong lorong di Kota Lama Prague dengan dipandu pemandu pelancong yang comel,Miss Teresa.
Sebelum itu, kami menikmati keindahan kota Prague dari bot sepanjang Sungai Vltava.
Kota ini sudah kembali sesak dengan pelancong serata dunia kecuali dari Tanah Besar China.
Bangunan yang dibina sekitar kurun ke 16 masih teguh berdiri.