Panduan Persiapan Trip ke Scandinavia

Selamat Datang ke Pengembaraan Skandinavia Anda!

Kami sangat teruja kerana anda memilih untuk menjelajah keindahan Norway, Sweden, dan Denmark. Panduan ini disusun untuk membantu anda bersedia dengan maklumat penting tentang negara-negara yang akan anda lawati, ramalan cuaca, serta tips berguna untuk memastikan pengembaraan anda berjalan lancar dan mengasyikkan!

Norway Dikenali sebagai “Negeri Matahari Tengah Malam,” Norway menawarkan keajaiban alam semula jadi seperti fjord yang menakjubkan, gunung-ganang yang megah, dan bandar-bandar yang penuh kehidupan. Warisan Viking yang kaya dan landskap yang luar biasa menjadikan Norway destinasi yang tiada tandingan.

Sweden Negara terbesar di Skandinavia ini terkenal dengan kepulauan yang menawan, hutan yang luas, dan bandar-bandar moden. Ibu negaranya, Stockholm, merupakan gabungan pesona sejarah dan gaya kontemporari yang tersebar di 14 pulau.

Denmark Negara paling selatan di Skandinavia ini terkenal dengan sejarah yang kaya, istana diraja, dan reka bentuk inovatif. Ibu negaranya, Copenhagen, menawarkan kombinasi sempurna antara tapak bersejarah dan tarikan moden.

 

1. Panduan Cuaca di Scandinavia

Norway:

  • Musim Panas (Jun hingga Ogos): Sejuk dengan suhu 15°C hingga 22°C.
  • Musim Sejuk (Disember hingga Februari): Sangat sejuk, boleh mencecah -6°C di kawasan utara.
  • Musim Luruh (September hingga November) & Musim Bunga (Mac hingga Mei): Sederhana dengan suhu 0°C hingga 15°C.

Sweden:

  • Musim Panas: Suhu 13°C hingga 20°C.
  • Musim Sejuk: Sangat sejuk, terutama di utara dengan suhu sering di bawah beku.
  • Musim Luruh & Musim Bunga: Sejuk tetapi nyaman.

Denmark:

  • Musim Panas: Sejuk dengan suhu 15°C hingga 22°C.
  • Musim Sejuk: Tidak terlalu ekstrem, suhu sekitar 0°C hingga 5°C.
  • Musim Luruh & Musim Bunga: Sederhana dengan suhu 5°C hingga 15°C.

 

2. Panduan Pemilihan Pakaian

  • Musim Sejuk: Bawa pakaian tebal seperti jaket, baju panas, sarung tangan, skarf, dan topi. Kasut kalis air juga penting.
  • Musim Panas: Pakaian ringan seperti t-shirt, seluar, dan kasut yang selesa. Jaket ringan masih diperlukan.
  • Musim Luruh: Sweater, baju lengan panjang, seluar panjang, jaket tahan angin, dan baju hujan atau payung kecil. Kasut kalis air adalah disyorkan.

 

3. Panduan Kesihatan dan Kebersihan

  • Ubat-ubatan Asas: Bawa paracetamol, ubat selsema, dan plaster. Pertimbangkan insurans perjalanan kerana kos perubatan boleh menjadi tinggi.
  • Kebersihan: Scandinavia sangat menjaga kebersihan, jadi anda tidak perlu risau tentang standard kebersihan.

 

4. Kaedah Pembayaran

  • Norway: Mata wang Krone Norway (NOK). Kad kredit dan debit diterima secara meluas.
  • Sweden: Mata wang Krona Sweden (SEK). Pembayaran elektronik sangat biasa, tunai jarang digunakan.
  • Denmark: Mata wang Krone Denmark (DKK). Pembayaran dengan kad adalah kebiasaan.
  • Tunai: Sediakan sedikit wang tunai dalam Kroner (NOK) untuk keperluan kecil.

 

5. Pengurusan Bagasi

  • Beg: Bawa beg tahan lasak dan mudah dibawa. Pengangkutan awam di Scandinavia cekap, jadi pastikan beg anda mudah dibawa.
  • Berat Beg: Pastikan berat beg sesuai dengan polisi syarikat penerbangan.

 

6. Peralatan Elektrik

  • Adaptor Elektrik: Gunakan adaptor yang serasi dengan soket jenis C dan F. Scandinavia menggunakan voltan 230V, jadi bawa penukar voltan jika perlu.
  • Power Bank: Bawa power bank untuk mengecas peranti anda semasa dalam perjalanan, terutamanya jika anda merancang untuk berada di luar sepanjang hari.

 

 

 

 

7. PENGGUNAAN TELEFON DAN INTERNET

  • Anda boleh menyewa peranti Roaming Man dari Malaysia untuk akses internet sepanjang

  • Pilihan terbaik adalah roaming line telco Malaysia, di mana semua aps yang disekat di atas boleh digunakan seperti biasa jika menggunakan internet roaming di China. Sila rujuk syarikat telco anda untuk kadar bayaran yang ditetapkan.

  • Aplikasi Penting: Muat turun aplikasi peta luar talian, terjemahan, dan panduan perjalanan sebelum berangkat. Aplikasi seperti Google Maps, Maps.me, dan Google Translate akan sangat berguna.

 

8.  SOLAT DAN KELENGKAPAN IBADAH MUSLIM

  • Waktu Solat

– Kami memahami pentingnya menunaikan solat sepanjang perjalanan. Itinerari kami dirancang dengan teliti untuk termasuk waktu singgah untuk solat di tempat yang sesuai, seperti pusat Islam, masjid, atau ruang persendirian di restoran dan hotel. Bergantung kepada musim, kami akan memastikan masa untuk solat Zuhur dan Asar.

  • Waktu Matahari Terbit dan Terbenam

  • Mengetahui waktu matahari terbit dan terbenam adalah penting untuk merancang solat Berikut adalah panduan umum:

– Musim Sejuk: Waktu siang yang pendek, dengan matahari terbit sekitar jam 9:00 pagi dan matahari terbenam sekitar jam 3:00 petang.

– Musim Bunga: Hari mulai panjang, dengan matahari terbit sekitar jam 6:00 pagi dan matahari terbenam sekitar jam 6:00

– Musim Panas: Di beberapa kawasan, terutamanya di utara Norway, anda akan mengalami Matahari Tengah Malam di mana matahari hampir tidak

– Musim Luruh: Hari semakin pendek, dengan matahari terbit sekitar jam 7:00 pagi dan matahari terbenam sekitar jam 5:00.

  • Solat Subuh boleh dilakukan di dalam bilik hotel penginapan.

  • Peserta perlu bersedia dengan pakaian solat yang bersesuaian terutama ketika solat Zohor dan Asar ketika tour berlangsung.

  • Anda boleh menyemak arah kiblat menggunakan laman web ini: https://qiblafinder.withgoogle.com/intl/en/onboarding

 

9.  MAKANAN & MINUMAN

  • Kebanyakan restoran di Scandinavia menawarkan pilihan makanan laut dan sayuran yang boleh dimakan oleh Muslim. Sarapan pagi setiap hari dan makan tengah hari sebanyak 4 kali disediakan dalam pakej dan akan disesuaikan untuk pilihan halal atau makanan

  • Makanan Tempatan: Jangan terlepas peluang untuk mencuba hidangan tempatan seperti Smørrebrød (Denmark), Gravadlax (Sweden), dan Rakfisk (Norway). Sentiasa tanya mengenai kandungan makanan untuk memastikan ia sesuai dengan diet halal.

  • Bawa bahan asas seperti rempah atau sos yang biasa digunakan untuk menambah

  • Pilihan Vegetarian: Tersedia di kebanyakan tempat. Jika anda mempunyai keperluan diet khusus, beritahu pemandu pelancong atau restoran lebih awal.

  • Minuman: Kami cadangkan bawa termos air sekiranya gemar minuman panas / bawa juga water bottle kerana air minuman dijual dengan harga €2-€3 untuk 500ml.

  • Tab water hotel adalah selamat diminum

 

10. PANDUAN PERBELANJAAN DI 3 NEGARA INI

  • Semua tiket masuk ke tempat-tempat menarik telah termasuk dalam pakej (kecuali optional program). Namun, anda mungkin ingin membawa wang tambahan untuk membeli cenderamata atau menikmati makanan di restoran-restoran tempatan.

  • Kad kredit diterima secara meluas, jadi anda tidak perlu membawa banyak wang

 

11. ADAB DAN BUDAYA

  • Hormati Adat Tempatan: Scandinavia menekankan kebersihan dan kesopanan. Berpakaian sopan di tempat-tempat awam dan patuhi peraturan

  • Bahasa: Bahasa utama adalah Norwegian di Norway, Swedish di Sweden, dan Danish di Denmark. Bahasa Inggeris umum digunakan, tetapi mempelajari beberapa frasa asas dalam bahasa tempatan boleh berguna.

 

12. PERSEDIAAN UNTUK PERJALANAN

  • Dokumen: Pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh perjalanan, dan insurans

  • Insurans Perjalanan: Untuk peserta yang belum mempunyai insurans perjalanan, anda dinasihati untuk membeli insurans perjalanan.

  • Insurans Perjalanan: Untuk peserta yang memilih insurans perjalanan dengan MyZarra, anda dilindungi oleh AIG TRAVEL.

 

13.  SENARAI SEMAK

  • Pakaian: Mengikut cadangan

  • Ubat-Ubatan: Preskripsi peribadi dan pertolongan cemas

  • Kebersihan: Pembersih tangan saiz perjalanan, tisu, dan tisu basah

  • Snek: Walaupun makanan disediakan, membawa snek yang anda biasa makan boleh memberi keselesaan.

  • Kami suggest bawa light jacket + gloove. Bawa trench coat / baju hujan / payung kecil dan gunakan waterproof shoes

 

14. PENTING!! TEMPOH SAH PASSPORT DAN MASALAH BLACKLIST IMIGRESEN

  • Pasport WAJIB dipastikan sah sekurang-kurangnya 6 bulan bulan dari tarikh trip. Pasport yang kurang 6 bulan berdepan risiko tidak dibenarkan terbang oleh syarikat penerbangan dan imigresen.

  • Pembaharuan pasport boleh dilakukan di mana-mana pejabat imigresen atau Pusat UTC di kwasan masing-masing.

  • PENTING!! Pastikan nama anda bebas daripada disenaraihitamkan oleh imigresen dan tidak dibenarkan terbang. Anda WAJIB memeriksa status perjalanan sebelum tarikh berlepas melalui pautan ini http://sspi2.imi.gov.my/

  • Pastikan status anda adalah ‘TIADA HALANGAN’ semasa pemeriksaan dibuat.

  • Sekiranya tiada status di atas tertera, anda perlu pergi ke pejabat imigresen terdekat untuk mengetahui punca sekatan dilakukan terhadap anda. Dapatkan nasihat daripada pegawai yang bertugas tentang cara untuk mengatasinya.

  • Pernah berlaku peserta yang kami uruskan disenaraihitamkan namanya 3 hari sebelum tarikh trip. Oleh itu semakan perlu dibuat 2 atau 1 hari sebelum tarikh trip agar tidak berlaku masalah semasa hari berlepas.

TRAVEL MAP: