VIETNAM

Danang, Hoi An, Hue, dan Bana Hills adalah destinasi popular di Tengah Vietnam. Danang adalah bandar pantai yang terkenal dengan pantainya yang indah dan Gunung-ganang Marmar. Hoi An, sebuah Tapak Warisan UNESCO, terkenal dengan Bandar Lama yang terpelihara dengan baik dengan jalan-jalan lama yang menawan dan malam yang diterangi lampu lentera. Hue, juga Tapak Warisan UNESCO, merupakan bekas ibu kota empayar dan mempunyai tempat-tempat bersejarah seperti Bandar Larangan dan makam-makam diraja. Bana Hills pula merupakan stesen bukit dan resort yang terkenal dengan pemandangannya yang indah, kampung bergaya Perancis, dan Jambatan Emas. Setiap tempat menawarkan tarikan budaya, sejarah, dan pemandangan yang unik untuk dijelajahi di Vietnam.

TARIKH HARGA SEORANG (MYR) - BILIK BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP
2 PAX 3-4 PAX 5-9 PAX
Pilihan sendiri (ground only) 2,810 2,430 2,190 700
14/09 - 18/09* 3,330 2,950 2,690 700
14/10 - 18/10* 3,330 2,950 2,690 700
18/11 - 22/11* 3,330 2,950 2,690 700
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/ SEORANG DISKAUN UNTUK KUMPULAN BEREMPAT RM100/ SEORANG
*NOTA: TARIKH ADALAH TENTATIF - MIN 2 PAX PER DEPARTURE. HARGA AKAN BERGANTUNG KEPADA JUMLAH PESERTA AKHIR.

Apabila tiba di lapangan terbang Antarabangsa Da Nang, pemandu pelancong kami akan menyambut kedatangan anda dan transfer ke Hoi An. Dalam perjalanan, melawat Marble Mountains – dinamakan sebagai 5 elemen alam semesta dan perkampungan ukiran batu Hoa Hai. Bergerak ke Ancient Town of Hoi An, dengan berjalan kaki di sekitar bahagian lama.

Pada sebelah petang, anda berpeluang untuk menikmati Lantern Boat Ride di Hoi An (Subject to availability). Nikmati waktu malam anda dengan masa membeli belah dan berjalan santai di bandar bersejarah ini.Makan malam dan bermalam di Hoi An.

Sarapan pagi di hotel, melawat  bandar purba Hoi An dengan berjalan kaki untuk melawat Chinese Komunal House,  Hoi Kien Temple, Tan Ky  Merchants’ Houses, Japanese Covered Bridge yang berusia 400 tahun & luangkan masa di Colourful Hoi An Local Market, menaiki Basket Boat di Cam Thanh . Masa lapang untuk membeli-belah di Pekan Hoi An.

Makan tengah hari di restoran tempatan kemudian pindah ke Da Nang. Menyeberangi Jambatan Thuan Phuoc untuk melawat Semenanjung Son Tra dinamakan sebagai Gunung Monyet. Pandu mengelilingi semenanjung Son Tra untuk mengagumi keindahan seluruh bandar di bawah. Makan malam dan bermalam di Da Nang.

Selepas sarapan pagi,  bergerak ke Hue yang paling menakjubkan melalui Hai Van Pass. Dalam perjalanan, lalui Ocean Clouds dan Fishing Village Of Lang Co yang indah dan pemandangan panoramik awan, laut dan gunung. Tiba di Hue, terus melawat Imperial Citadel – dibina pada 1804 dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia.

Melawat Flag Tower, Noon Gate, Nine Dymastic Urns, Nine Holy Cannons, Thai Hoa Palace, Forbidden Purble City, dan Khai Dinh Royal Tomb. Pada sebelah malam, nikmati masa santai di Hue Night Market dan kembali ke Danang. Bermalam di Danang.

Selepas sarapan, bergerak ke Bana Hills. Anda mempunyai peluang untuk menaiki kereta kabel moden. Anda akan melawat beberapa Vila Perancis lama, serta jambatan gantung, Nui Chua & Mountain Peak (pada ketinggian 1,487m). Teruskan melawat Linh Ung Pagoda, Sakyamuni Buddha’s Monument, dan Golden Bridge di mana anda dapat menikmati pemandangan panoramik dari atas.

Selepas makan tengah hari, turun ke Danang menaiki kereta kabel , melawat Dragon Bridge dan Han River Bridge Makan malam di restoran tempatan & bermalam di Danang.

Sarapan pagi di hotel. Free time dan kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk pernerbangan balik.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL * atau setara
Hoi An (Old City) Bloom Boutique Village *
Da Nang (Beach) Estrella Boutique Hotel / Alani Hotel & Spa *

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

BUTIRAN PENERBANGAN: AIRASIA (AK):

AK642 KULDAD 0900 1040

AK649 DADKUL 1220 1620

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG