NORTHERN VIETNAM
Vietnam Highlands: Where natural beauty meets rich cultural heritage.
Hanoi, Sapa dan Gunung Fansipan. Setiap tempat menawarkan pengalaman yang unik – Hanoi dengan sejarahnya yang kaya, Sapa dengan peluang trekking dan budaya minoriti etniknya dan Gunung Fansipan sebagai puncak tertinggi Vietnam yang terkenal untuk hiking dan pemandangan panorama. Semua tempat ini merupakan tempat yang mengagumkan untuk diterokai di Vietnam.🇻🇳

- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - HANOI (MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
Tiba di Hanoi:
• Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.
• Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
• Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
• Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
• Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. la juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri.
Bermalam di Hanoi.
- HARI 2 : HANOI - SAPA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian mulakan lawatan di Sapa:
• Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.
• Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muongm Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. la juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis.
• Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay.
Bermalam di Sapa.
- HARI 3 :MT FANSIPAN - SAPA - CAT CAT VILLAGE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian mulakan lawatan di Fansipan:
• Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10- 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
• Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.
• Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
• Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
• Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.
Bermalam di Sapa.
- HARI 4: MOANA SAPA - SAPA - HANOI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, bertolak ke Hanoi.
• Moana Cafe Sapa yang menyediakan pemandangan gunung yang indah serta menjadi kawasan terkenal untuk mendapatkan fotografi terbaik di sini
• Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.
Bermalam di Hanoi
- HARI 5: HANOI - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- SENARAI HARGA:
PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | |
---|---|---|
3 -4 PAX | 5-8 PAX | |
3-Star: Sapa Nature View / Ha Noi Emotion Hotel OR similar | 2,550 | 2,290 |
4-Star: Pao's Sapa Leisure Hotel/ Scent Premium Hotel OR similar | 2,990 | 2,690 |
- PAKEJ TERMASUK:
- Semua destinasi seperti dalam aturcara
- Penginapan hotel 4 malam beserta sarapan pagi
- 7x makan sepanjang perjalanan
- Tiket kereta kabel ke Puncak Fansipan
- Tiket Muong Hoa Train di Fansipan
- Tiket kereta api dua hala ke Puncak Fansipan
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Insurans) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM75/seorang
- Sapa Train - VIP Cabin/ Private Cabin (2pax/cabin) dari Hanoi ke Lao Cai RM400/cabin
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2025
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!