VIETNAM

“Menjelajah keindahan Vietnam dari Nha Trang yang pantai berpasir putih hingga Da Lat yang sejuk dengan gunung hijau, merentasi ke Mui Ne yang eksotik dan mengakhiri di Ho Chi Minh. 🏖️🏞️🌇🇻🇳 #VietnamAdventures #Pengalamandilupakan”

Tiba di airport. Kemudian, terus makan tengah hari di restoran halal dan solat. Lawatan pertama ke Vinpearl Land (tidak termasuk tiket).

Di sini, anda berpeluang untuk merasai keseronokan menaiki kereta kabel atau bot sepanjang 3,320 meter dari Nha Trang ke Pulau Hon Tre. Kemudian check-in hotel dan makan malam.

Sarapan pagi di restoran halal. Kemudian bertolak ke Dalat yang mengambil masa kira-kira 5 jam. Setiba di Dalat, makan tengah hari di restoran halal dan solat di masjid.

Seterusnya, melawat Taman Bunga Van Thanh. Di sini, anda pasti akan terpesona dengan keindahan taman bunya. Check in hotel untuk solat dan rehat.

Makan malam di restoran halal. Kemudian, enjoy free time dengan membeli-belah di pasar malam Dalat.

Sarapan pagi di restoran halal. Kemudian, bertolak ke Gunung Langbiang. Tiba di sini, anda akan menaiki jeep untuk ke puncak gunung. Seterusnya, bertolak ke ladang strawberry dan menaiki roller coaster sambil menikmati permandangan air terjun Datanla.

Makan tengah hari di restoran halal. Kemudian,meneruskan perjalanan ke Terowong Tanah Liat. Disini anda akan melihat pelbagai ukiran tanah liat seperti bangunan,kenderaan dan banyak lagi.

Seterusnya, bertolak ke Crazy House yang mempunyai seni bina yang sangat unik dan menarik. Bertolak pulang ke hotel untuk solat dan rehat. Makan malam di restoran halal.

Bangun seawal 5.00 am untuk bertolak ke Mui Ne yang mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan. Nikmati pack breakfast. Setiba di Mui Ne, nikmati masa santai di Padang Pasir Putih & Padang Pasir Kuning.

Seterusnya, bertolak ke Kampung Nelayan untuk berjalan di tepi laut & pantai. Makan tengahari di restoran halal dan solat di masjid. Bertolak ke Bandar Ho Chi Minh.

Tiba di Ho Chi Minh, check in hotel dan enjoy masa santai dengan shopping di pasar malam. Makan malam di restoran halal.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk pernerbangan balik.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) - BILIK BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP
2-4 PAX 5 - 6 PAX 7 - 10 PAX
Ground only: Hotel 3* 2,150 1,850 1,600 -
Ground + Flight: Hotel 3* 2,950 2,650 2,400 -

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN