Experience Japan's Winter Wonders
Tokyo, Mt. Fuji, Asakusa, Shibuya & Odaiba
Tour Code: MT01
Nikmati keindahan musim sejuk di Jepun melalui perjalanan yang menggabungkan panorama ikonik, warisan budaya dan pesona bandar moden. Dari kemegahan Mt. Fuji yang menjadi simbol Jepun, hingga ke keunikan Asakusa, kemeriahan Shibuya serta pemandangan Tokyo Bay di Odaiba, setiap destinasi dipilih untuk menghadirkan pengalaman Winter di Jepun yang penuh memori.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| 2026 | ||||||||
| 11/12 - 15/12 | Winter (OD) | 6,390 | 1,000 | 6,390 | 6,090 | 5,490 | 15 Pax | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket Batik Air KUL ↔ Narita (Return) termasuk bagasi 20kg
- Penginapan hotel 3 bintang selama 4 malam (1 hotel, bilik twin/double sharing)
- Sarapan hotel setiap pagi (4 kali)
- Coaster bus persendirian (Hari 1, 2, 3 & 5) termasuk airport transfer
- Tour Guide berbahasa Melayu (hari berpandu)
- Tiket masuk Iyashi no Sato
- Panduan mendapatkan makanan halal
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Makan tengah hari & makan malam (Tour Guide akan membantu mencari restoran halal)
- Makanan dalam penerbangan
- Hari 4: Pengangkutan, makan & aktiviti (atas perbelanjaan sendiri)
- Perbelanjaan peribadi
- Aktiviti pilihan seperti Mt. Fuji Ropeway
- Tiket masuk ke tarikan yang tidak dinyatakan dalam pakej
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – TOKYO
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Narita, Jepun.
Setibanya di Lapangan Terbang Narita, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan pertama di sekitar Tokyo.
Destinasi pertama ialah Asakusa, salah satu kawasan paling bersejarah di Tokyo yang masih mengekalkan suasana Jepun tradisional. Di sini terletaknya Kaminarimon Gate, pintu gerbang merah gergasi yang menjadi mercu tanda terkenal sebelum memasuki kawasan Sensoji Temple.
Peserta kemudian diberi masa berjalan di sepanjang Nakamise Shopping Street, lorong membeli-belah tradisional yang dipenuhi pelbagai cenderamata, makanan ringan Jepun dan kraftangan tempatan.
Lawatan diteruskan ke kawasan Ueno dan Ameyoko Street Market, sebuah pasar terbuka yang cukup popular dalam kalangan penduduk tempatan. Pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, kosmetik dan produk Jepun boleh didapati dengan harga yang menarik.
Selepas selesai lawatan, peserta dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
- HARI 2: TOKYO – MT. FUJI – KAWAGUCHIKO – GOTEMBA (SP)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan menuju kawasan kaki Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun yang menjadi simbol negara ini.
Persinggahan pertama ialah Tasik Kawaguchiko, salah satu daripada Five Lakes yang terkenal dengan panorama Gunung Fuji yang begitu memukau. Jika cuaca mengizinkan, inilah antara lokasi terbaik untuk merakam gambar Gunung Fuji dengan pantulan indah di permukaan tasik.
Lawatan diteruskan ke Oishi Park, sebuah taman yang menawarkan pemandangan Gunung Fuji yang luas berlatarbelakangkan taman bunga mengikut musim.
Seterusnya peserta mengunjungi Iyashi no Sato, sebuah perkampungan tradisional yang dibina semula selepas bencana tanah runtuh pada tahun 1966. Rumah-rumah beratap jerami di sini memberi gambaran kehidupan masyarakat Jepun suatu ketika dahulu, dengan latar belakang Gunung Fuji yang cukup menawan.
Pada sebelah petang, peserta diberikan masa membeli-belah di Gotemba Premium Outlets, pusat membeli-belah terbesar di Jepun yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga outlet.
- HARI 3: TOKYO – HARAJUKU – SHIBUYA – SHINJUKU (SP)
Sarapan di hotel sebelum memulakan lawatan sekitar pusat bandar Tokyo.
Persinggahan pertama ialah Meiji Jingu, sebuah kuil Shinto yang terletak di tengah-tengah hutan bandar yang menghijau. Walaupun berada di kawasan metropolitan Tokyo, suasana di sini cukup tenang dan sering menjadi tempat masyarakat Jepun berdoa serta meraikan upacara tradisional.
Kemudian peserta dibawa ke Harajuku, pusat budaya anak muda Jepun yang terkenal dengan fesyen unik, butik kreatif dan Takeshita Street yang sentiasa meriah.
Lawatan diteruskan ke Tokyo Camii, masjid terbesar di Jepun yang dibina dengan seni bina Ottoman yang begitu indah. Peserta juga boleh mengunjungi halal market berhampiran sebelum meneruskan perjalanan.
Seterusnya menuju ke Shibuya, kawasan paling terkenal dengan Shibuya Scramble Crossing, antara lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia.
Akhir sekali peserta dibawa ke Shinjuku untuk menikmati suasana bandar moden Tokyo sebelum kembali ke hotel.
- HARI 4: TOKYO FREE & EASY (SP)
Hari ini merupakan hari bebas sepenuhnya untuk peserta meneroka Tokyo mengikut minat masing-masing.
Peserta boleh memilih untuk membeli-belah di kawasan seperti Shinjuku, Ginza atau Akihabara, mengunjungi taman tema terkenal seperti Tokyo Disneyland atau Sanrio Puroland, ataupun menikmati pengalaman digital di teamLab.
Panduan asas penggunaan sistem pengangkutan awam akan diberikan sebelum peserta memulakan aktiviti sendiri.
- HARI 5: TOKYO – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan memulakan lawatan terakhir di Tokyo.
Destinasi pertama ialah Odaiba, sebuah pulau buatan yang terkenal dengan suasana moden di tepi Teluk Tokyo. Peserta berpeluang melihat Rainbow Bridge, bersiar-siar di sekitar Aqua City dan membeli-belah buat kali terakhir di DiverCity Tokyo Plaza.
Seterusnya singgah di Tokyo Tower, menara ikonik setinggi 333 meter yang menjadi simbol bandar Tokyo sejak tahun 1958. Menara ini diinspirasikan daripada Eiffel Tower di Paris dan menjadi antara lokasi fotografi paling popular di Jepun.
Selepas selesai lawatan, peserta dibawa ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang pelbagai kenangan indah sepanjang percutian di Jepun.
- HARI 6: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL OR SIMILAR |
|---|---|
| Tokyo | Sotetsu Fresa Inn |
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.
BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)
OD 872 KUL NRT 0010 0825
OD 871 NRT KUL 2150 0420