VIETNAM

Hanoi, Halong, Sapa, Tam Coc, dan Gunung Fansipan. Setiap tempat menawarkan pengalaman yang unik – Hanoi dengan sejarahnya yang kaya, Teluk Halong dengan formasi batu kapur yang menakjubkan, Sapa dengan peluang trekking dan budaya minoriti etniknya, Tam Coc dengan sungainya yang indah serta guanya, dan Gunung Fansipan sebagai puncak tertinggi Vietnam yang terkenal untuk hiking dan pemandangan panorama. Semua tempat ini merupakan tempat yang mengagumkan untuk diterokai di Vietnam!

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) - BERDUA/ BERTIGA
2-4 PAX (SEAT IN COACH) 5-8 PAX 9-12 PAX
Ground only: Hotel 3* Standard class 4,290 3,690 3,490
Ground + Flight: Hotel 3* Standard class 5,090 4,490 4,290

Tiba di Lapangan Terbang Noi Bai. Pemandu kami akan menjemput anda di lapangan terbang. Selepas itu, anda boleh pergi menerokai Hanoi Train Street dan Night Market di Hanoi. Free dan easy. Bermalam di Hanoi.

Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Hanoi Old Quarter atau Hanoi Opera House.

Seterusnya ke Pelabuhan Tuan Chau. Selamat datang ke pelayaran Halong dan nikmati “welcome drink”, temui kapten, anak kapal untuk mendapatkan pengenalan ringkas tentang pelayaran dan garis panduan keselamatan. Seterusnya, nikmati makan tengah hari seafood/vegetarian, sambil berlayar di Teluk Halong – Teluk Lan Ha dengan pemandangan yang mengagumkan.

Bot menuju ke kawasan Ba ​​Trai Dao untuk menikmati masa santai. Disini, anda berpeluang untuk berkayak di kawasan sekitar. Kemudian, kembali ke cruise untuk menyaksikan detik-detik matahari tenggelam. Masa santai bergambar dan berehat.

Makan malam dengan menikmati set menu makanan seafood/vegetarian (Bufet makan malam akan dihidangkan jika bilangan tetamu di atas kapal lebih daripada 30 orang) semasa pelayaran.

Hiburan malam: permainan catur, memancing sotong dan bersantai di dek kapal. Bermalam di Cruise.

Di awal pagi, anda berpeluang menikmati suasana matahari terbit. Kemudian, sarapan pagi sambil menyaksikan pemandangan landskap teluk yang indah.

Kapal berlabuh dan kemudian, anda dapat terokai Skull Island, pada tahun 2017, Skull Island pernah menjadi latar belakang bagi filem King Kong. Anda berpeluang untuk berkayak atau berenang di sekitar teluk.

Kembali ke kabin anda, berehat dan kemudian daftar keluar dan nikmati makan tengah hari terakhir anda di atas cruise. Cruise akan berlabuh di Tuan Chau Harbor.

Kemudian teruskan perjalanan ke Tam Coc. Tam Coc dikenali sebagai “Halong Bay di darat” serta kuil-kuil kuno, sawah padi hijau, dan kehidupan petani di Delta Sungai Merah. Lawatan Tam Coc Bot Ninh Binh menawarkan perjalanan yang menyeronokkan melalui landskap yang indah. Anda akan menyelusuri sepanjang Sungai Ngo Dong yang didayung selama kira-kira 90 minit dan meneroka gua yang mempesonakan. Pengalaman yang menakjubkan ini adalah aktiviti yang mesti dilakukan apabila melawat Vietnam Utara.

Selepas itu, bertolak pulang ke Hanoi. Makan malam di restoran Halal. Bermalam di hotel di Hanoi.

Selepas sarapan pagi, perjalanan selama kira-kira 6 jam untuk ke Sapa. Tiba dan makan tengahari di Sapa. Kemudian, terus ke Kampung Sin Chai di mana orang Black H’mong tinggal. Dalam perjalanan ke kampung, kita berpeluang bertemu dengan penduduk kampung dan melihat salah satu rumah orang H’mong untuk melihat gaya hidup mereka serta melihat cara mereka menenun dan membuat kain. Nikmati pemandangan indah padi bertingkat.

Selepas itu, terus ke Jambatan Kaca Sapa – mercu tanda baru untuk lawatan anda ke Sapa. Jambatan Kaca terpanjang di Indocina ini berketinggian lebih dari 2000m di atas paras laut. Jambatan Kaca ini terletak kira-kira 60m dari tebing yang membawa panorama 360 darjah kepada para tetamu. Pada malam hari, masa santai untuk berjalan-jalan di kawasan bandar sambil membeli-belah cenderahati.  Makan malam & bermalam di Sapa.

Sarapan pagi di hotel. Mulakan hari dengan berjalan-jalan menghirup udara segar. Selanjutnya, ikuti jalan ke lembah melalui tangga dengan panjang kira-kira 5 km ke Kampung H’mong di Cat Cat Village. Sepanjang jalan, anda akan berpeluang untuk melihat penduduk desa bekerja di sawah padi dan memelihara haiwan seperti ayam dan kerbau air. Anda juga dapat melihat stesen hidro-elektrik lama yang dibina pada zaman Perancis pada awal abad ke-20. Berhenti berehat dan bergambar di air terjun.

Selepas itu, makan tengahari di restoran tempatan (makanan laut) dan lawatan ke gunung Ham Rong, taman Tao Meo, pintu Gerbang Syurga, taman bunga Eropah, menakluki puncak San May setinggi 1800m yang memberi pemandangan keseluruhan bandar Sapa. Enjoy hari terakhir anda di Sapa dengan berjalan-jalan di kawasan bandar sambil menghirup udara segar. Makan malam & bermalam di Sapa.

Selepas menikmati sarapan di hotel anda, pemandu pelancong akan membawa anda ke Stesen Kereta Kabel untuk memulakan perjalanan menakluki Puncak Fansipan.

Seperti yang anda tahu, kereta kabel di Sapa merupakan kereta kabel terpanjang dan tertinggi di dunia, berjalan dari Bandar Sapa di Wilayah Lao Cai ke puncak Gunung Fansipan setinggi 3,143 meter, yang dikenali sebagai bumbung Indocina. Nikmati pemandangan dari titik tertinggi gunung yang menakjubkan ini. Gunung Fansipan menawarkan pemandangan lembah sekitar, hutan menghijau dan perkampungan bukit tradisional yang menakjubkan. Nikmati masa santai melihat pemandangan dan bergambar.

Selepas makan tengahari, kembali ke Stesen Kereta Kabel dan pulang ke bandar Sapa. Kemudian kembali ke Hanoi untuk perjalanan 6 jam. Makan malam dan bermalam di Hanoi.

Selepas sarapan, masa lapang sehingga bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dengan kenangan manis.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!