Kembara Epik Mini Silk Road China

XIAN, LANZHOU, LINXIA (LITTLE MECCA), ZHANGYE & XINING

Pakej 9 Hari 7 Malam Silk Road Muslim Tour ini membawa anda menelusuri keunikan Laluan Sutera China dari Xian hingga ke Xining. Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati gabungan sejarah Silk Road, warisan Islam di China serta keindahan alam semula jadi seperti Rainbow Mountains Zhangye, kawasan gurun Gobi dan padang rumput Qilian Mountain Grassland. Turut merangkumi pengalaman menaiki bullet train sebanyak tiga kali, lawatan ke masjid-masjid bersejarah serta suasana Muslim Quarter dan “Little Mecca of China” di Linxia.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
9/9 - 17/9 Autumn 5,890 800 5,890 5,690 5,590 15- 20
28/10 - 5/11 Autumn 5,890 800 5,890 5,690 5,590
9/12 - 16/12 Winter 5,590 1,000 5,590 5,590 5,290
11/12 - 19/12 Winter 6,190 800 6,190 5,990 5,890
13/12 - 21/12 Winter 6,190 800 6,190 5,990 5,890
16/12 - 24/12 Winter 5,490 1,000 5,490 5,390 5,290
2027
8/1 - 16/1 Winter 5,890 800 5,890 5,690 5,590 15 - 20
14/3 - 22/3 Winter 5,890 800 5,890 5,690 5,590
Surcaj RM200 jika saiz kumpulan 10 - 14 pax
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM100/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM100/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi penerbangan menuju ke Xian, salah satu bandar paling bersejarah di China dan permulaan utama Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Setibanya di Xian, akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dipindahkan ke hotel untuk daftar masuk dan berehat selepas perjalanan.

Bermalam di Xian.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Xian Ancient City Wall, antara tembok kota purba yang paling lengkap dan terbaik dipelihara di China. Dibina pada zaman Dinasti Ming, tembok ini mengelilingi pusat bandar lama Xian dan menjadi simbol penting sejarah pertahanan bandar tersebut.

Seterusnya, menikmati makan tengah hari sebelum singgah menunaikan solat di masjid tempatan. Lawatan diteruskan ke Terracotta Warriors Museum, salah satu penemuan arkeologi paling penting di dunia yang menempatkan ribuan patung askar bersaiz sebenar yang dibina untuk menjaga makam Maharaja Qin Shi Huang. Lawatan termasuk penggunaan buggy dan fon telinga untuk keselesaan sepanjang berada di kawasan muzium.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Three-Colored Pottery Factory yang terkenal dengan hasil seni seramik tradisional berwarna coklat, hijau dan kuning yang berasal sejak zaman Dinasti Tang. Di sini, berpeluang melihat demonstrasi pembuatan seramik serta membeli cenderamata tempatan.

Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam di Xian.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Lanzhou dengan menaiki kereta api laju yang mengambil masa sekitar tiga jam. Perjalanan ini memberi peluang menikmati pemandangan landskap barat laut China yang luas dan unik.

Setibanya di Lanzhou, menikmati makan tengah hari termasuk hidangan terkenal Lanzhou Beef Noodles sebelum lawatan diteruskan ke Masjid Xiguan, salah satu masjid bersejarah yang menjadi pusat komuniti Muslim Hui di bandar ini.

Kemudian, menikmati pemandangan sekitar Sungai Kuning yang merupakan sungai kedua terpanjang di China dan sangat penting dalam sejarah tamadun negara tersebut. Lawatan diteruskan ke White Pagoda Hill Park, di mana akan menaiki kereta kabel untuk menikmati panorama bandar Lanzhou serta Sungai Kuning dari puncak bukit.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Waterwheel Park yang mempamerkan kincir air tradisional yang digunakan suatu ketika dahulu sebagai sistem pengairan. Kemudian, singgah di Yellow River Iron Bridge, jambatan besi tertua merentasi Sungai Kuning yang kini menjadi mercu tanda utama bandar Lanzhou.

Pada waktu malam, masa bebas diberikan untuk meneroka Muslim Food Night Market yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan halal dan suasana malam yang meriah. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.

Bermalam di Lanzhou.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan menuju ke Linxia, sebuah bandar yang terkenal sebagai “Little Mecca of China” kerana populasi Muslim yang besar serta sejarah Islam yang sangat kuat di wilayah ini. Perjalanan mengambil masa sekitar 2.5 jam sambil menikmati pemandangan kawasan pergunungan dan landskap luar bandar di wilayah Gansu.

Setibanya di Linxia, menikmati makan tengah hari sebelum lawatan dimulakan ke masjid tempatan yang menjadi pusat kehidupan masyarakat Muslim Hui di kawasan ini. Linxia memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di China sejak ratusan tahun dahulu dan terkenal dengan suasana bandar yang dipenuhi seni bina Islam, kedai halal serta komuniti Muslim yang masih mengekalkan budaya dan tradisi mereka hingga hari ini.

Perjalanan diteruskan ke Yellow River Liujiaxia Reservoir, sebuah kawasan empangan dan tasik buatan yang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah dikelilingi gunung-ganang.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Eight Lanes and Thirteen Alleys, sebuah kawasan lama yang menampilkan lorong-lorong tradisional dengan seni bina klasik masyarakat Muslim tempatan serta suasana warisan Silk Road yang masih dikekalkan hingga hari ini.

Selepas makan malam, kembali semula ke Lanzhou untuk berehat dan bermalam di hotel.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Zhangye dengan menaiki kereta api laju selama lebih kurang 2.5 jam. Sepanjang perjalanan, dapat menikmati pemandangan luas bumi barat laut China yang terkenal dengan kawasan berbukit, gurun dan padang terbuka yang unik.

Setibanya di Zhangye, menikmati makan tengah hari sebelum lawatan diteruskan ke Masjid Zhangye yang menjadi antara pusat utama komuniti Muslim di bandar ini. Masjid ini dibina dengan gabungan seni bina tradisional Cina dan elemen Islam yang mencerminkan keharmonian budaya masyarakat tempatan sejak zaman Silk Road.

Selepas menunaikan solat, lawatan diteruskan ke salah satu tarikan alam paling terkenal di China iaitu Zhangye Danxia Geopark atau lebih dikenali sebagai Rainbow Mountains. Kawasan ini terkenal dengan formasi batuan berwarna-warni yang terbentuk secara semula jadi hasil proses geologi selama berjuta-juta tahun. Di sini, akan menaiki shuttle bus khas untuk menikmati beberapa viewing platform utama yang menawarkan panorama luar biasa serta peluang bergambar yang sangat menakjubkan.

Selesai lawatan, menikmati makan malam sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Zhangye.

Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di Desert Sports Park yang terletak berhampiran kawasan gurun Gobi. Kawasan ini menawarkan pengalaman unik menikmati suasana gurun yang luas dan kering sambil merasai sendiri pengalaman camel riding di tengah padang pasir.

Selepas makan tengah hari dan waktu solat, perjalanan diteruskan ke Xining dengan menaiki bas selama kira-kira empat jam. Sepanjang perjalanan, akan melalui kawasan Qilian Mountain Grassland yang terkenal dengan pemandangan padang rumput luas, gunung bersalji serta suasana semula jadi yang indah. Kawasan ini juga merupakan penempatan masyarakat Tibet dan nomad tempatan, di mana dapat melihat kawanan yak, kambing dan kuda berkeliaran bebas di kawasan padang rumput terbuka.

Setibanya di Xining pada waktu petang, menikmati makan malam sebelum dibawa ke sekitar Dongguan Mosque Night Market yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan halal tempatan. Kawasan ini menjadi antara pusat tumpuan utama komuniti Muslim di Xining terutama pada waktu malam.

Selepas selesai lawatan, daftar masuk hotel dan berehat di Xining.

Nota Musim (November – Mac):

Laluan lebuh raya antara Zhangye dan Xining berkemungkinan ditutup akibat salji tebal atau tanah runtuh sepanjang musim sejuk. Sekiranya keadaan ini berlaku, perjalanan akan ditukar menggunakan kereta api laju kelas kedua menggantikan perjalanan bas atas faktor keselamatan. Lawatan ke Qilian Mountain Grassland juga akan dibatalkan bergantung kepada keadaan cuaca dan laluan semasa.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan kembali ke Xian dengan menaiki kereta api laju yang mengambil masa sekitar empat jam. Sepanjang perjalanan, dapat menikmati pemandangan landskap luas barat laut China.

Setibanya di Xian, menikmati makan tengah hari serta menunaikan solat sebelum lawatan diteruskan ke Northwest Wholesale Market, sebuah pusat membeli-belah terkenal yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori, beg, cenderamata dan produk tempatan pada harga borong.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke North Square of Big Wild Goose Pagoda, salah satu mercu tanda terkenal di bandar Xian yang terkenal dengan suasana malam yang cantik dan meriah.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Grand Tang Dynasty Ever Bright City, sebuah kawasan tarikan malam yang menampilkan seni bina klasik Dinasti Tang, persembahan jalanan dan suasana budaya tradisional China yang sangat menarik.

Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam di Xian.

Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan ke Xian Museum yang menempatkan pelbagai koleksi artifak dan sejarah berkaitan perkembangan bandar purba ini serta sejarah Silk Road.

Selepas menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat, lawatan diteruskan ke Great Mosque of Xian, salah satu masjid tertua dan paling terkenal di China yang menggabungkan seni bina Islam dan tradisional Cina.

Kemudian, masa bebas diberikan untuk meneroka kawasan Muslim Quarter yang sangat terkenal dengan suasana meriah, gerai makanan halal, cenderamata tempatan dan pelbagai makanan tradisional masyarakat Muslim di Xian.

Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada awal pagi. Alhamdulillah, selamat tiba kembali ke tanah air dengan membawa pelbagai kenangan indah sepanjang perjalanan menelusuri keunikan Silk Road serta warisan sejarah Islam di bumi China.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL
Xian Holiday Inn Express or similar
Lanzhou Holiday Inn Express or similar
Zhangye Xinshengyue Hotel or similar
Xining Enraton International or Xining Mansion or similar

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.


Tertakluk kepada terma & syarat.

MAKLUMAT PENERBANGAN : AIR ASIA X (D7)

D7 346  KUL  XIY  1920  0030 +1

D7 347  XIY  KUL  0140  0715

MAKLUMAT PENERBANGAN : AIR ASIA X (D7)
TARIKH: 9/12 | 16/12

D7 346  KUL  XIY  1600 2315

D7 347  XIY  KUL  0030 0615

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM2,000 / PER PERSON

PROGRAM HIGHLIGHTS:

  • Ancient City Wall, Xian
  • Muzium Patung Terracotta, Xian
  • White Pagoda Hill Park, Lanzhou
  • Waterwheel Park, Lanzhou
  • Yellow River Iron Bridge, Lanzhou
  • Linxia – Little Mecca of China
  • Yellow River Liujiaxia Reservoir, Linxia
  • Eight Lanes & Thirteen Alleys, Linxia
  • Rainbow Mountains (Zhangye Danxia Geopark), Zhangye
  • Desert Sport Park & Camel Riding, Zhangye
  • Qilian Mountain Grassland, Xining
  • Grand Tang Dynasty Ever
  • Bright City, Xian
  • Great Mosque & Muslim Quarter, Xian
  • 3x Bullet Train Experience Across China