Terokai Keajaiban Yunnan

Termasuk 2x High Speed Train & Tanpa Kedai Wajib

Kunming, Donglianhua, Dali, Lijiang, Shangri-La, dan Dongchuan Redland masing-masing menawarkan keunikan tersendiri di China. Kunming dikenali sebagai “Bandar Musim Bunga” dengan cuacanya yang nyaman, manakala Kampung Donglianhua mengekalkan warisan Muslim dengan seni bina tradisional yang memukau. Dali mempesonakan dengan Tasik Erhai dan pemandangan gunung indahnya, sementara Lijiang Old Town adalah tapak warisan UNESCO yang dipenuhi lorong bersejarah. Shangri-La pula menampilkan pemandangan Tibet yang menakjubkan termasuk Napa Grassland, manakala Dongchuan Redland terkenal dengan landskap tanah merah yang berwarna-warni, mencipta panorama semula jadi yang memukau.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
26/1 - 3/2 Winter 5,890 6,090 800 5,790 5,590 15 - 25 pax
5/2 - 13/2 Winter 5,890 6,090 800 5,790 5,590
2/4 - 10/4 Spring 5,890 6,090 800 5,790 5,590
22/4 - 30/4 Spring 5,890 6,090 800 5,790 5,590
4/5 - 12/5 Spring 5,890 6,090 800 5,790 5,590
7/5 - 15/5 Spring 5,890 6,090 800 5,790 5,590
13/5 - 21/5 Spring 5,890 6,090 800 5,790 5,590
20/8 - 28/8 Summer 5,890 6,090 800 5,790 5,590
12/9 - 20/9 Summer 5,890 6,090 800 5,790 5,590
14/10 - 22/10 Autumn 5,890 6,090 800 5,790 5,590
18/11 - 26/11 Autumn 5,890 6,090 800 5,790 5,590
16/12 - 24/12 Autumn 5,890 6,090 800 5,790 5,590
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR TERAWAL!
Surcaj RM500 jika saiz kumpulan 10 - 14 pax
SENIOR CITIZEN – RM100 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBACK REWARDS – RM50 / PAX LOYALTY DISCOUNT – RM100 / PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum bertolak ke Kunming. Kemudian bertolak ke Kunming.

Tiba di Kunming. Terus dafar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta api laju dari Kunming ke Weishan. Kereta api laju selama 2.5 jam ini membawa anda melalui kawasan luar bandar yang menawarkan panorama kehijauan sebelum tiba di Weishan.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Donglianhua, sebuah perkampungan tradisional terkenal dengan sejarah serta etnik Hui Muslim yang menetap di sana. Asal usul penduduk di sini adalah pedagang kuda di Laluan Teh dan Kuda. (Laluan Sutera Selatan). Mereka adalah bukti hidup, perdagangan teh, perak dan kuda antara China dan Tibet. Solat jamak akan dilakukan di Masjid Donglianhua, sebuah masjid indah dengan seni bina tradisional.

Usai solat, perjalanan diteruskan ke Kota Lama Weishan, pintu masuk Laluan Teh-Kuda. Untuk lawatan khidmat buggy disediakan (tidak termasuk kos).

Bertolak ke Dali, bandar bersejarah terkenal dengan Tasik Erhai, tasik air tawar dengan latar belakang gunung. Sampai di kota lama ini, singgah di Masjid South Gate yang terletak berhampiran Pintu Selatan Bandar Lama Dali. Masjid tertua ini berfungsi sebagai pusat komuniti Muslim di Dali. Masa santai di Foreign Street untuk membeli cenderamata.

Akhir sekali, bertolak ke hotel untuk bermalam di Dali. Makan malam yang disediakan.

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, perjalanan dimulakan ke S Bay of Erhai Lake, sebuah kawasan yang menawarkan pemandangan tasik air tawar dengan latar belakang pergunungan yang indah.

Perjalanan diteruskan menuju ke Lijiang. Setibanya di Lijiang, lawatan dimulakan ke Lijiang Old Town, sebuah bandar purba yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Masa santai di Square Street, jalan utama yang dipenuhi dengan kedai-kedai tempatan dan pasar kecil yang menjual pelbagai barangan kraf tangan dan cenderamata.

Seterusnya, lawatan ke Black Dragon Pool, sebuah taman yang terkenal dengan kolam air jernih dan pemandangan Gunung Jade Dragon. Tempat ini menawarkan peluang untuk bergambar sambil menikmati ketenangan alam semula jadi.

Setelah selesai melawat, nikmati makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk ke hotel untuk bermalam di Lijiang.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan Jade Mountain bermula dengan perjalanan menuju ke Gunung Jade Dragon, yang mempunyai ketinggian 5,596-meter dan salah satu tarikan semula jadi paling terkenal di Lijiang. Dalam perjalanan, anda akan singgah di Glacier Park scenic area, kawasan indah yang menawarkan pemandangan glasier yang menakjubkan, sebelum menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan.

Setelah turun dari gunung, lawatan ke Sungai Baishui dan Blue Moon Valley, di mana anda boleh menikmati keindahan sungai yang jernih berwarna biru kehijauan. Perjalanan di Blue Moon Valley juga termasuk penggunaan buggy shuttle.

Selepas menikmati keindahan alam, anda akan menonton Zhang Yimou Impression Lijiang Show, satu persembahan budaya yang mengagumkan dengan latar belakang Gunung Jade Dragon, menampilkan tarian dan muzik tradisional yang menggambarkan budaya tempatan. Lawatan diteruskan ke Ganhaizi, sebuah padang rumput luas dengan pemandangan gunung

Seterusnya, bertolak ke Baisha Ancient Town, di mana pengunjung dapat merasai suasana perkampungan tradisional. Di sini, anda berpeluang melawat Baisha Mural, lukisan dinding bersejarah yang menceritakan kisah kehidupan dan tradisi masyarakat tempatan.

Makan tengah hari disediakan bungkusan (Pack Lunch) dan makan malam akan dinikmati di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Lijiang.

Sarapan pagi kemudian daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan dengan perjalanan ke Shangri-La, dengan singgah di beberapa destinasi menarik sepanjang perjalanan. Pertama sekali, anda akan berhenti bergambar di First Bay of Yangtze River yang merupakan sungai terpanjang di China.

Seterusnya, melawat Tiger Leaping Gorge (bergantung kepada cuaca) (tidak termasuk escalator), salah satu ngarai terdalam dan paling menakjubkan di dunia. Dengan pemandangan air deras dan gunung-ganang yang menjulang tinggi, tempat ini menjadi tumpuan pelancong untuk merasai keindahan alam semulajadi.

Lawatan ke Napa Grassland, di mana anda boleh menikmati pemandangan indah dari Sky Gate Observation Deck, yang menawarkan sudut pandang yang menakjubkan.

Perjalanan diteruskan ke Shangri-La, di mana anda akan melawat Dukezong Ancient City, sebuah bandar purba yang terletak di Guishan Park. Lawatan termasuk ke Turtle Mountain Park, tempat dimana terletaknya World Biggest Prayer Wheel. World Biggest Prayer Wheel ini merupakan mercu tanda ikonik di Dukezong, yang menarik pengunjung dari seluruh dunia. Dari kawasan ini, anda boleh menikmati pemandangan indah bandar kuno, sambil merasai ketenangan dan keindahan alam sempadan Tibet yang menakjubkan.

Setelah selesai lawatan, anda akan daftar masuk ke hotel untuk berehat. Bermalam di Shangri-La, sebuah bandar yang terletak di barat laut Yunnan, adalah kawasan yang indah dengan budaya Tibet yang kaya dan suasana pergunungan Himalaya. Dikelilingi pemandangan gunung, padang rumput, dan udara sejuk sepanjang tahun, ia terkenal sebagai “syurga tersembunyi”. Nama Shangri-La diambil daripada novel James Hilton yang menggambarkan tempat ini  sebagai syurga.

Selepas daftar keluar dari hotel, lawatan diteruskan dengan melawat Potatso National Park, sebuah taman negara yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Lawatan ini termasuk penggunaan kereta eco (eco-car) untuk menjelajahi kawasan sekitar, memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Seterusnya, lawatan panoramic tour ke Songzanlin Temple, yang dikenali sebagai “Kuil Tibet” di Lijiang (pemandangan dari luar). Di sini, pengunjung dapat mengagumi seni bina yang unik serta mengambil
gambar berlatar belakangkan kuil ini.

Kemudian, perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta api laju menuju ke Kunming, yang mengambil masa kira-kira 5 jam. Perjalanan dengan kereta api laju ini bukan sahaja selesa tetapi juga memberikan
peluang untuk berehat sambil menikmati pemandangan malam yang indah di sepanjang laluan. Makan malam di dalam kereta api.

Setibanya di Kunming, daftar masuk ke hotel dan bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan penuh di Dongchuan bermula dengan melawat Red Land Scenic Area, yang terkenal dengan warna tanahnya yang unik. Dalam kawasan ini, anda akan menerokai beberapa tempat menarik seperti Splendid Garden yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman, temakan dan Colourful Slope, satu kawasan dengan corak warna tanah yang unik dan menjadi tumpuan para pelancong untuk bergambar.

Setelah menikmati keindahan alam, kembali ke Kunming. Di Kunming, anda akan melawat Yongning Kunming Mosque. Makan malam disediakan di restoran tempatan. Masa santai di Jinbi Square dan Nanqiang Market, di mana anda boleh merasai kehidupan malam tempatan dan melihat pelbagai barangan yang dijual.

Makan malam akan disediakan sebelum anda daftar masuk ke hotel untuk bermalam di Kunming.

Sarapan pagi. Kemudian teruskan lawatan ke dimulakan dengan perjalanan menuju ke Shilin, kawasan yang terkenal dengan keunikan geologi Stone Forest. Anda akan menerokai formasi batuan yang menakjubkan dan luar biasa. Lawatan ini termasuk penggunaan kereta elektrik (battery car) untuk memudahkan pengembaraan anda di dalam kawasan yang luas ini, memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan tanpa rasa penat. Setelah selesai melawat Stone Forest, nikmati makan tengah hari di restoran tempatan.

Kemudian, melawat Dounan Flower Market, pasar bunga ini terkenal sebagai salah satu pasar bunga terbesar di China, di mana anda boleh melihat pelbagai jenis bunga segar.

Selepas itu, nikmati makan malam sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* or similar
Kunming Wanjin Hotel or similar
Dali Xinda Hotel or similar
Lijiang Manbo Hoating Hotel or similar
Shangri La Shujingmuyun Hotel or similar
Kunming Xinshengda Hotel or similar

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin ada sedikit perubahan.

 

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN (OD) :

OD 670  KUL  KMG  2150  0135

OD 671  KMG  KUL  0235  0635

TRAVEL MAP

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / PER PERSON

PROGRAM HIGHLIGHTS:

  • Kunming
  • Kampung Donglianhua
  • Weishan Town
  • Dali & Tasik Erhai
  • Baisha Ancient Town & Baisha Mural
  • Lijiang Old Town (UNESCO)
  • Black Dragon Pool
  • Jade Mountain & Glacier Park
  • Blue Moon Valley
  • Zhang Yimou Impression Lijiang Show
  • First Bay of Yangtze River
  • Tiger Leaping Gorge
  • Napa Grassland
  • Dukezong Ancient City & World Biggest Prayer Wheel
  • Potatso National Park
  • Songzanlin Temple
  • Dongchuan Red Land Scenic Area
  • Stone Forest
  • Dounan Flower Market