CHINA
Tour Code: S001
Beijing Dreams: Explore the Past & Enjoy the Future at Universal Studios
Jom, sertai perjalanan unik ke Beijing! Dalam pakej kami, anda akan melihat ikon dunia seperti Tembok Besar dan menghayati warisan budaya di Kota Terlarang.

- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
2025 | ||||||||
13/11 - 17/11 | Autumn (MH) | 3,490 | 700 | 3,490 | 3,320 | 3,140 | 15 - 25 pax | |
27/11 - 1/2 | Winter (MH) | 3,490 | 500 | 3,490 | 3,320 | 3,140 | ||
4/12 - 8/12 | Winter (MH) | 3,490 | 500 | 3,490 | 3,320 | 3,140 | ||
9/12 - 13/12 | Winter (MH) | 3,590 | 500 | 3,590 | 3,420 | 3,320 | ||
2026 | ||||||||
8/1 - 12/1 | Winter (MH) | 3,490 | 500 | 3,490 | 3,320 | 3,140 | 15 - 25 pax | |
30/1 - 3/2 | Winter (MH) | 3,490 | 700 | 3,490 | 3,320 | 3,140 | ||
1/2 - 5/2 | Winter (MH) | 3,790 | 700 | 3,790 | 3,600 | 3,410 | ||
30/5 - 3/6 | Spring (MH) | 3,790 | 700 | 3,790 | 3,600 | 3,410 | ||
13/6 - 17/6 | Summer (MH) | 3,790 | 700 | 3,790 | 3,600 | 3,410 | ||
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/ SEORANG |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - BEIJING
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
- HARI 2: BEIJING (MT/MM)
Lawatan di Beijing:
• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
• Masjid Nandouya merupakan salah satu masjid tertua di bandar itu. Ia mempunyai seni bina tradisional Cina dengan pengaruh Islam, berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti.
• Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
• Menikmati pemandangan waktu malam Sungai Liangma yang sangat menakjubkan dengan pantulan cahaya neon di permukaannya. Laluan tepi sungai yang diterangi lampu mencipta suasana romantik dan tenang untuk pelancong.
Bermalam di Beijing.
- HARI 3: BEIJING (SP/MT/MM)
• Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
• Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.
• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
Bermalam di Beijing.
Lawatan Bulan Disember – Februari
• Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji.
Kos tambahan:-
Sewa pakaian Ski RM 10, sewa peralatan Ski RM250 & Sled luncur (pilihan) RM60.
- HARI 4: BEIJING (SP/MT/MM)
• Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini ia menjadi tarikan pelancongan popular.
• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
• Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
• Hongqiao Market (Pasar Hongqiao) di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik, dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh dirunding.
Bermalam di Beijing.
- HARI 5: BEIJING (SP)
Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter – Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.
Bermalam di Beijing.
- HARI 6: BEIJING - KUALA LUMPUR (SP)
Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
CITY | HOTEL | BILANGAN MALAM |
---|---|---|
Beijing | Bright Culture Hotel | 4 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH 318 KUL PKX 0040 0700
MH 319 PKX KUL 0930 1600
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH 318 KUL PKX 2340 0600+1
MH 319 PKX KUL 1000 1630