Indonesia
Tour Code: PTR01
Pakej Jelajah Yogyakarta: Gabungan warisan sejarah, keindahan alam dan budaya tradisi yang memukau!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : TIBA DI YOGJAKARTA TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan lawatan ke Gumuk Pasir Parang Kusumo, sebuah fenomena alam unik berupa bukit pasir yang jarang ditemui di Asia Tenggara. Lawatan diteruskan ke Pantai Parangtritis, pantai ikonik Yogyakarta yang terkenal dengan ombak laut selatan serta keindahan panorama pesisirnya.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2: MERAPI LAVA TOUR – BOROBUDUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan pengalaman menarik dengan Merapi Lava Tour menggunakan Jeep, merentasi kawasan bekas aliran lahar sambil menikmati pemandangan landskap Gunung Merapi yang unik dan dramatik.
Perjalanan diteruskan ke daerah Magelang untuk lawatan ke Candi Borobudur (pelataran sahaja), tapak Warisan Dunia UNESCO yang menjadi simbol keagungan tamadun Buddha dan terkenal dengan seni bina serta ukiran batu bersejarah.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, peserta akan bertolak pulang ke Yogyakarta. Dalam perjalanan, persinggahan boleh dibuat untuk membeli Salak Pondoh, buah tempatan terkenal yang turut dikenali sebagai snake fruit.
Setibanya di bandar, peserta berpeluang membeli-belah di Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo, pusat membeli-belah terkenal di Yogyakarta yang menawarkan pelbagai pilihan batik, kraftangan kayu, cenderamata serta makanan tradisional seperti Bakpia Pathok.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3: TIMANG BEACH (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak ke kawasan Wonosari, Gunung Kidul untuk melawat Pantai Timang, sebuah pantai yang terkenal dengan formasi batu karang, ombak Lautan Hindi serta pemandangan pesisir yang dramatik.
Peserta akan menikmati pengalaman menaiki Jeep menuju ke kawasan Pantai Timang, melalui laluan berbatu dengan pemandangan semula jadi yang menarik. Aktiviti Gondola di Pantai Timang adalah tidak termasuk dalam pakej.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan diteruskan ke Jungwok Blue Ocean, destinasi rekreasi tepi laut yang terkenal dengan konsep seni bina berinspirasikan Santorini, Greece serta pemandangan laut biru yang memukau.
Seterusnya, peserta akan mengunjungi Pictniq Land, sebuah kawasan rekreasi dan fotografi dengan pelbagai sudut bergambar menarik serta suasana santai untuk menikmati keindahan kawasan Gunung Kidul.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 4 : YOGYAKARTA - PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan Jogja City Tour dengan lawatan ke Istana Sultan (Keraton Yogyakarta), pusat kebudayaan dan simbol Kesultanan Yogyakarta yang masih berfungsi hingga hari ini.
Lawatan diteruskan ke Taman Sari Water Castle, sebuah kompleks bersejarah yang dahulunya digunakan sebagai taman diraja dan tempat peristirahatan keluarga Sultan.
Selesai lawatan, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Yogyakarta bagi penerbangan pulang.
Dengan ini, berakhirlah perjalanan 4 Hari 3 Malam Yogyakarta bersama MyZarra Travel, membawa pulang pelbagai pengalaman dan kenangan indah sepanjang percutian. Jumpa lagi dalam kembara seterusnya.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
|
Ground Only:-
|
1,580 | 230 | 1,430 | 950 | 2-3 | |
| 1,310 | 230 | 1,180 | 790 | 4-7 | ||
| 1,290 | 230 | 1,160 | 770 | 8-10 | ||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | ||||||
| DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-YIA-KUL (kos RM1,500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Driver cum Guide: 2 - 7 pax
- Tour guide English atau Malay speaking: Min 8 pax
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Jeep ke Merapi & Pantai Timang
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Program Optional: Aktiviti Gondola di Pantai Timang
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- High Season Surcharge
- NOTA & SURCAJ
- Harga pakej yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tertakluk kepada perubahan sekiranya berlaku turun naik kadar pertukaran mata wang asing.
- Surcaj tambahan dikenakan bagi tempoh perayaan, cuti umum dan cuti sekolah, termasuk Krismas, Tahun Baharu dan Hari Raya.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 March 2027
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.
CADANGAN BUTIRAN PENERBANGAN: AIRASIA (AK)
AK 346 KUL YIA 0940 1120
AK 347 YIA KUL 1145 1520