Indonesia

3 Hari 2 Malam di Batam: Nikmati Percutian Ringkas dengan Pantai Indah, Shopping Murah & Pengalaman Menyeronokkan!

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim atau Terminal Feri Batam, bertemu wakil tempatan sebelum memulakan lawatan sekitar Batam. Singgah bergambar di Welcome to Batam sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.

Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Fahrenheit Coffee Factory serta menikmati suasana dan makanan tempatan di kawasan Bengkong. Kemudian, singgah bergambar di Masjid Cheng Ho, salah satu mercu tanda unik di Batam.

Pada sebelah petang, nikmati suasana matahari terbenam di Blue Fire Pink Sand. Setiap peserta turut menerima voucher bernilai Rp50,000 yang boleh digunakan untuk minuman. Selepas makan malam di restoran tempatan, daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan di hotel, mulakan lawatan dengan singgah di Jambatan Barelang sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah, antara masjid utama di Batam. Kemudian, kunjungi Puncak Beliung dan luangkan masa menikmati suasana kawasan tersebut.

Nikmati makan tengah hari makanan laut di restoran tempatan sambil menyaksikan persembahan tarian tradisional. Selepas itu, teruskan lawatan ke Ocarina Tree House dan Batamia Souvenir Shop, diikuti kunjungan ke kedai tempatan yang menawarkan pelbagai produk seperti keropok dan ikan masin.

Seterusnya, singgah di kawasan Chinatown yang terkenal dengan pelbagai barangan seperti beg kulit dan minyak wangi sebelum meneruskan sesi membeli-belah di DC Mall. Nikmati makan malam di restoran Sunda sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan di hotel, daftar keluar dan teruskan perjalanan ke Grand Batam Mall untuk sesi membeli-belah terakhir serta masa bebas sebelum meninggalkan Batam.

Pada waktu yang ditetapkan, bertolak menuju ke Lapangan Terbang atau Terminal Feri Batam untuk perjalanan pulang.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only : The Hills Hotel*3 / similar 770 300 770 670 2-4
730 300 730 630 6-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-BTH-KUL (kos RM600/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.
PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only : The Hills Hotel*3 / Similar 970 300 970 870 2-4
930 300 970 870 6-10
TAMBAHAN JIKA INGIN UBAH KEPADA PELABUHAN AWAL
Dari Stulang Laut : RM35/ Pax Dari Putri Habour: RM67/ Pax

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN