JAPAN - TOKYO & FUJIKAWAGUCHIKO

Discover Tokyo, Mount Fuji, and Disneyland in one incredible trip!

Tour Code: DZH001

Percutian Tokyo yang lengkap untuk satu kumpulan! Terokai bandar Tokyo, nikmati keindahan Mount Fuji dalam day trip dan luangkan masa berseronok di Tokyo Disneyland. Pakej private ini direka untuk perjalanan yang lebih selesa, fleksibel dan menyeronokkan bersama keluarga atau rakan-rakan.

TARIKH HARGA PAKEJ SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA / BERTIGA KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL BAYI (BAWAH 2 TAHUN)
PILIHAN SENDIRI 4,800 4,550 4,300 PERCUMA MIN 6
POLISI PEMANDU PELANCONG
Waktu kerja biasa bagi pemandu pelancong kami adalah dari 9 pagi hingga 8 malam
Caj akan dikenakan sekiranya lebih dari waktu bekerja.

Tiba di Haneda Airport. Kemudian terus berjumpa dengan pemandu pelancong dan daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Tokyo.

Lawatan seharian Tokyo.

• Melawat Gundam di Odaiba yang merujuk kepada mercu tanda terkenal di Tokyo, Jepun, yang terkenal dengan patung Gundam yang besar. Patung ini berdiri tinggi di Odaiba, sebuah pulau buatan di Teluk Tokyo, dan ia telah menjadi tarikan pelancong dan ikon budaya yang penting. Ia sering menarik peminat Gundam dari seluruh dunia yang datang untuk melihat pemandangan mengagumkan robot yang menjulang tinggi itu.

• Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka.

• Ginza (銀座) adalah daerah terkenal di Tokyo yang terkenal dengan kawasan membeli-belah, tempat makan, dan hiburan kelas atasan. Di sini terdapat banyak gedung serbaneka, butik, galeri seni, restoran, kelab malam, dan kafe. Satu meter persegi tanah di pusat Ginza bernilai lebih sepuluh juta yen, menjadikannya salah satu hartanah termahal di Jepun.

Bermalam di Tokyo

Bertolak ke Fujikawaguchiko

• Taman Oishi / Oishi Park ialah destinasi pelancongan popular yang terletak di pantai utara Tasik Kawaguchi di Prefektur Yamanashi, Jepun. Ia menawarkan pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan. Selain itu, terdapat kafe dan kedai cenderamata di dalam taman di mana pengunjung boleh berehat dan membeli barangan tempatan. Taman Oishi terkenal dengan suasana yang tenang dan merupakan tempat kegemaran bagi penggemar fotografi dan pencinta alam semula jadi.

Iyashi Village atau “lyashi no sato” – Perkampungan yang terletak di persisir Tasik Saiko, terokai kedai-kedai cenderamata dan muzium yang terdapat disini serta pengalaman memakai pakaian tradisional orang Jepun, Kimono.

• Gotemba Premium Outlet ialah pusat membeli-belah paling popular di Jepun, terletak di Bandar Gotemba di dasar Gunung Fuji, tidak jauh dari Hakone. Pusat beli-belah ini mempunyai kira-kira 300 kedai dan restoran, medan selera, roda Ferris setinggi 50-meter, hotel dan mandian mata air panas awam.

• Tokyo Disneyland ialah taman tema terkenal di Jepun. Ia dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema: World Bazaar, Adventureland, Westernland, Critter Country, Fantasyland, Toontown dan Tomorrowland. Setiap kawasan mempunyai tarikan, pertunjukan dan pilihan tempat makan sendiri. Pengunjung boleh bertemu dengan watak Disney, nikmati tunggangan seperti Space Mountain dan Pirates of the Caribbean.

*Tiket masuk tempat lawatan  termasuk dalam pakej.

Bermalam di Tokyo.

• Berjalan sekitar Ueno Ameyoko, yang biasanya dikenali sebagai “Ameyoko,” yang merupakan jalan membeli-belah yang meriah di daerah Ueno di Tokyo. Ia terkenal dengan pelbagai kedai yang menjual pakaian, aksesori, makanan laut segar, rempah ratus dan makanan ringan tradisional.

• Melawat sekitar Asakusa Nakamise-dori ialah jalan menuju ke Kuil Senso-ji. Ia terkenal dengan kedai tradisional yang menjual cenderahati dan makanan ringan. Jalan ini mempunyai sejarah yang panjang dan menawarkan pengunjung suasana meriah yang dipenuhi dengan pengalaman budaya.

• Nikmati makan tengahari WAGYU HALAL*

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG