CULTURAL GATEAWAY

Casablanca – Marrakech – Rabat – Kenitra – Fez – Chefchaouen – Tangier – Granada – Cordoba – Seville – Elvas – Madrid

Tour Code: W001

Pakej pelancongan ke Maghribi, Sepanyol dan Portugal menawarkan gabungan pengalaman yang kaya, menggabungkan budaya dan landskap Maghribi yang menakjubkan dengan gabungan kemodenan dan tradisi Sepanyol, serta daya tarikan bersejarah dan keindahan pemandangan Portugal. Perjalanan ini menyediakan penerokaan budaya dan sejarah Afrika Utara dan Iberia yang pelbagai dan mendalam.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
15/06 - 27/06 Summer (QR) 9,990 2,010 9,990 9,070 7,570 15 - 20 pax
31/08 - 12/09 Summer (QR) 10,290 2,030 10,290 9,380 7,880
14/09 - 26/09 Autumn (QR) 10,290 2,030 10,290 9,380 7,880
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Setibanya di Casablanca, rombongan akan memulakan lawatan ke Masjid Hassan II, salah satu masjid terbesar dan paling ikonik di Maghribi yang terletak di persisir Lautan Atlantik. Masjid ini terkenal dengan seni bina Islam yang mengagumkan serta menara tinggi yang menjadi simbol kebanggaan negara. peserta akan menunaikan solat Zohor di Masjid Hassan II.

Lawatan diteruskan ke Corniche Casablanca, kawasan persiaran tepi laut yang menawarkan pemandangan Lautan Atlantik serta gambaran sisi moden bandar Casablanca. peserta berpeluang menikmati suasana santai sambil melihat kehidupan bandar dan panorama laut.

Selepas itu, perjalanan diteruskan menuju ke Marrakech, bandar bersejarah yang dikenali sebagai Red City. Setibanya di Marrakech, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Makan malam dan bermalam di Marrakech.

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, peserta akan memulakan lawatan bandar Marrakech, sebuah bandar bersejarah yang menjadi pusat budaya, seni dan kehidupan tradisional Maghribi. Lawatan dimulakan ke Menara Garden, taman bersejarah dengan kolam refleksi yang berlatarbelakangkan pergunungan Atlas dan sering menjadi lokasi santai serta bergambar.

Seterusnya, peserta akan melawat Masjid Koutoubia, masjid terbesar dan mercu tanda utama Marrakech yang terkenal dengan menara ikoniknya. Rombongan akan menunaikan solat Zohor di Masjid Koutoubia sebelum meneruskan lawatan ke Spice Pharmacy, di mana tetamu dapat mengenali pelbagai rempah, herba tradisional dan produk semula jadi yang menjadi sebahagian daripada warisan tempatan Maghribi.

Kemuncak lawatan hari ini ialah kunjungan ke Dataran Jamaa el-Fna (UNESCO), pusat kehidupan bandar Marrakech yang sentiasa meriah. peserta akan diberikan masa bebas untuk meneroka kawasan medina, membeli cenderamata dan menikmati suasana pasar tradisional.
Makan malam dan bermalam di Marrakech.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. peserta bertolak ke Rabat, ibu negara Maghribi, dengan perjalanan kira-kira 3 jam. Setibanya di Rabat, lawatan dimulakan ke Kasbah des Oudayas, kawasan bersejarah berwarna putih-biru yang menghadap Sungai Bou Regreg dan Lautan Atlantik, diikuti lawatan pandangan luar ke Istana Diraja Rabat.

Peserta seterusnya menunaikan solat Zohor di masjid di Rabat sebelum meneruskan lawatan ke Mausoleum Mohammed V, kompleks makam diraja yang menampilkan seni bina Islam Maghribi yang halus. Lawatan diteruskan ke Menara Hassan, mercu tanda bersejarah yang menjadi simbol penting sejarah Islam dan pembangunan awal bandar Rabat.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan menuju ke Kenitra. Setibanya di Kenitra, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
Makan malam dan bermalam di Kenitra.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta bertolak menuju ke Fez dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Setibanya di Fez, lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Istana Diraja Fez (Royal Palace) untuk pandangan luar, yang terkenal dengan pintu gerbang emas dan seni bina Maghribi yang megah.

Seterusnya, peserta akan melawat Masjid Al-Qarawiyyin (Karawiyene Mosque), antara masjid dan institusi pendidikan Islam tertua di dunia, diikuti lawatan ke Chouara Tannery, penyamakan kulit tradisional yang masih beroperasi sejak berabad lamanya. Peserta akan menunaikan solat Zohor di kawasan Fez Medina sebelum meneruskan penerokaan.

Lawatan diteruskan di Medina of Fez, kawasan bandar lama yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, terkenal dengan lorong sempit, kedai tradisional dan kehidupan tempatan yang autentik. Selepas lawatan, peserta akan dibawa untuk makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Fez.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta bertolak menuju ke Chefchaouen dengan perjalanan kira-kira 3 jam 30 minit. Setibanya di Chefchaouen, bandar ikonik yang terkenal dengan bangunan berwarna biru, rombongan akan memulakan lawatan ke Spanish Mosque, lokasi di atas bukit yang menawarkan pemandangan panoramik bandar dan pergunungan Rif.

Lawatan diteruskan ke Place Outa el Hammam, dataran utama Chefchaouen yang menjadi pusat kehidupan bandar lama. Rombongan akan menunaikan solat Zohor di Chefchaouen sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Tangier.

Setibanya di Tangier, peserta akan singgah ke Cap Spartel (bergantung kepada keadaan cuaca dan masa), kawasan ikonik yang menandakan pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Selepas itu, peserta akan dibawa untuk makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Tangier.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta bertolak ke Tarifa melalui perjalanan feri menyeberangi Selat Gibraltar dengan anggaran masa sekitar 1 jam. Setibanya di Tarifa, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan di Sepanyol sebelum meneruskan perjalanan darat menuju ke Granada.

Setibanya di Granada, peserta akan menunaikan solat Zohor di Masjid Granada, masjid moden yang terletak di kawasan Albaicín dan menawarkan pemandangan indah ke arah kota Granada serta Alhambra. Lawatan tambahan ke Malaga Factory Outlet akan diadakan bergantung kepada masa perjalanan.

Selepas itu, peserta akan dibawa untuk makan malam (pack dinner) sebelum daftar masuk hotel dan berehat dan bermalam di Granada.

Nota: Makan malam dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta akan memulakan lawatan ke Istana Alhambra dan Taman Generalife, kompleks istana Islam yang terkenal dengan seni bina Moorish, halaman berukir halus serta taman yang indah. Tetamu berpeluang menikmati suasana dan meneroka peninggalan bersejarah yang menjadi simbol kegemilangan Andalusia.

Perjalanan diteruskan menuju ke Córdoba untuk melawat Masjid Córdoba (Mezquita), mercu tanda penting warisan Islam di Sepanyol. Lawatan diteruskan ke Roman Bridge dan Torre de la Calahorra, menara pertahanan bersejarah yang menawarkan gambaran sejarah bandar lama Córdoba.

Selepas lawatan, peserta bertolak ke Écija. Setibanya di Écija, peserta akan dibawa untuk makan malam (pack dinner) sebelum daftar masuk hotel dan berehat dan bermalam di Écija.

Nota: Makan malam dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta bertolak ke Seville dengan perjalanan kira-kira 1 jam. Setibanya di Seville, lawatan dimulakan ke Parque María Luisa dan Plaza de España, kawasan ikonik yang terkenal dengan seni bina indah, dataran luas dan suasana klasik Andalusia.

Lawatan diteruskan dengan photo stop di beberapa mercu tanda utama Seville termasuk Giralda (pandangan luar), Torre del Oro, serta Royal Alcázar, istana diraja bersejarah yang memaparkan pengaruh seni bina Islam dan Sepanyol. Peserta akan menunaikan solat Zohor di Masjid Seville sebelum meneruskan perjalanan.

Selepas itu, peserta bertolak ke Elvas, Portugal. Setibanya di Elvas, peserta akan dibawa untuk makan malam (pack dinner) sebelum daftar masuk hotel dan berehat dan bermalam di Elvas.

Nota: Makan malam dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Sarapan pagi di hotel sebelum peserta bertolak menuju ke Lisbon dengan perjalanan kira-kira 2 jam 15 minit. Setibanya di Lisbon, lawatan dimulakan ke Menara Belém dan Monument to the Discoveries, dua mercu tanda ikonik yang mencerminkan era kegemilangan pelayaran Portugal, diikuti kunjungan ke Praça do Comércio dan Rossio Square, dataran utama yang menjadi nadi bandar Lisbon.

Peserta seterusnya akan menunaikan solat Zohor di Masjid Pusat Lisbon (Lisbon Central Mosque) sebelum meneruskan lawatan ke Freeport Outlet, pusat membeli-belah terkenal yang menawarkan pelbagai jenama antarabangsa pada harga diskaun.

Selepas lawatan, peserta akan bergerak pulang ke Elvas. Setibanya di Elvas, peserta akan dibawa untuk makan malam (pack dinner) dan bermalam di Elvas.

Nota: Makan malam dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Peserta bertolak menuju ke Toledo dengan perjalanan kira-kira 3 jam. Setibanya di Toledo, lawatan dimulakan ke Bisagra Gate, pintu masuk bersejarah ke bandar lama, diikuti kunjungan ke Bab al-Mardum Mosque, antara masjid tertua di Sepanyol yang mencerminkan warisan Islam Andalusia.

Lawatan diteruskan ke Mirador del Valle (bergantung kepada masa), lokasi tinjauan yang menawarkan pemandangan panoramik bandar Toledo. Peserta akan menunaikan solat Zohor di Toledo sebelum meneruskan perjalanan ke Madrid.

Setibanya di Madrid, peserta akan menikmati panoramic city tour merangkumi Puerta del Sol, Plaza de España dan Royal Palace (photo stop). Peserta kemudiannya dibawa ke hotel untuk makan malam (pack dinner) dan berehat dan bermalam di Madrid.

Nota: Makan malam dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Rombongan akan memulakan lawatan bandar Madrid dengan kunjungan ke Gran Vía, jalan utama yang terkenal dengan seni bina klasik dan suasana bandar moden. Lawatan diteruskan dengan photo stop di Stadium Santiago Bernabéu, simbol kebanggaan kelab Real Madrid.

Seterusnya, rombongan akan melalui Plaza de Cibeles dan singgah ke Las Ventas Bullring, gelanggang laga lembu terbesar di Sepanyol yang menjadi mercu tanda budaya tempatan. Rombongan akan menunaikan solat Zohor sebelum meneruskan lawatan.

Lawatan diteruskan ke Las Rozas Village, pusat membeli-belah outlet terkenal dengan pelbagai jenama antarabangsa. Selepas itu, rombongan akan dibawa ke lapangan terbang, dengan ketibaan kira-kira 4 jam sebelum waktu penerbangan berlepas.

Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Tiba di KLIA dan pulang dengan kenangan manis. Alhamdullilah…

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL *or similar BILANGN MALAM
Marrakech Ayoub & Spa 2
Kenitra Relax Hotel 1
Fez Sofia Hotel 1
Tangier Med Hotel Tanger 1
Granada Hotel Alixares/Macia Condor 1
Ecija B&B Hotel Ecija 1
Elvas Hotel Estremoz 2
Madrid B&B Hotel Fuenlabrada 1

PILIHAN LAWATAN:

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)

QR 853 KUL DOH 2020 2245

QR 4567 DOH CMN 0135 0730

QR 152 MAD DOH 2255 0640+1

QR 4993 DOH KUL 0805 2055

NON-REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,500 / SEORANG