Jelajah Kota Bersejarah & Alam Semula Jadi
Tour Code: W002
Changsha • Fenghuang • Furong • Zhangjiajie
Bayangkan berdiri di depan barisan gunung yang unik dan berkabus, seolah-olah terapung di udara. Inilah Zhangjiajie – lokasi asal inspirasi filem Avatar. Udara segar, pemandangan luar biasa, dan pengalaman berjalan di jambatan kaca paling tinggi di dunia pasti buat anda rasa lain daripada biasa.
Perjalanan diteruskan ke Fenghuang, sebuah bandar purba yang tenang di tepi sungai, penuh suasana klasik dan budaya tradisional. Dari alam semula jadi yang memukau ke jejak sejarah yang damai — ini adalah gabungan destinasi yang cukup sempurna untuk anda rehat, jelajah dan ambil angin baru.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| 2026 | ||||||||
| 15/8 - 21/8 | Summer (MH) | 3,990 | 600 | 3,990 | 3,990 | 3,690 | 15 - 20 pax | |
| 29/8 - 4/9 | Summer (MH) | 4,190 | 600 | 4,190 | 3,990 | 3,890 | ||
| 13/9 - 19/9 | Autumn (MH) | 3,990 | 600 | 3,990 | 3,990 | 3,690 | ||
| 21/9 - 27/9 | Autumn (MH) | 3,990 | 600 | 3,990 | 3,990 | 3,690 | ||
| 26/10 - 1/11 | Autumn (MH) | 3,990 | 600 | 3,990 | 3,990 | 3,690 | ||
| 20/11 - 26/11 | Autumn (MH) | 4,190 | 600 | 4,190 | 3,990 | 3,890 | ||
| 7/12 - 13/12 | Winter (MH) | 4,190 | 600 | 4,190 | 3,990 | 3,890 | ||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX | ||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan KUL – CSX – KUL kelas ekonomi dengan 30kg bagasi
- Penginapan 5x malam di hotel bertaraf tourist class termasuk cukai bandar
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pakej makanan halal khas (self-heating meal) di lokasi tiada restoran halal
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- 1 Way High Speed Train dari Changsa - Fenghuang
- Buggy/eco-car di lokasi terpilih (Fenghuang, Furong Town & Yuanjiajie)
- Tiket cable car ke Tianmen Mountain & Tianzi Mountain
- Tiket Bailong Elevator & mini train di Ten Mile Natural Gallery
- Boar ride di Tasik Baofeng & Sungai Tuojiang
- 1x Cruise ride di Sungai Youshui
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Tour: Charming Xiangxi Show + Tujia Customs Park : RMB 420 per pax
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – CHANGSHA
Berkumpul di lapangan terbang untuk daftar masuk dan bersedia menaiki penerbangan ke Changsha.
- HARI 2: CHANGSHA - FENGHUANG (SP/MT/MM)
Setibanya di destinasi, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat seketika sebelum memulakan lawatan. Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan dengan menaiki bullet train selama kira-kira 2.5 jam menuju ke Fenghuang, sebuah bandar bersejarah yang terkenal dengan budaya etnik minoriti Tujia dan Miao.
Fenghuang terkenal dengan rumah kayu tradisional yang dibina di atas tiang di sepanjang tebing sungai, mewujudkan suasana klasik yang memukau dan masih mengekalkan keindahan seni bina lama China.
Selepas makan tengah hari, peserta akan kembali ke hotel untuk berehat sebelum memulakan penerokaan di Fenghuang Ancient Town. Lawatan termasuk berjalan ke Rainbow Bridge, sebuah jambatan ikonik yang menawarkan pemandangan indah bandar lama Fenghuang dari sudut yang unik.
Menjelang waktu senja, peserta akan menikmati pelayaran santai menaiki bot di sepanjang Tuojiang River, menyaksikan suasana romantik bandar lama yang dihiasi lampu serta pemandangan tembok kota lama, Jumping Rock Bridge dan Rainbow Bridge yang menjadi mercu tanda utama kawasan ini.
- HARI 3: FENGHUANG - FURONG TOWN - ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan darat diteruskan sekitar 1.5 jam menuju ke Furong Town, sebuah bandar bersejarah yang didiami oleh komuniti etnik Tujia dan mempunyai sejarah lebih daripada 2,000 tahun.
Tarikan utama di Furong Town ialah air terjun dua tingkat yang mengalir deras melalui tengah bandar sebelum jatuh ke Youshui River di bawahnya. Keunikan kawasan ini ialah laluan pejalan kaki yang membolehkan pengunjung berjalan di belakang tirai air terjun, memberikan pengalaman unik menyaksikan keindahan alam dari sudut yang berbeza.
Selepas itu, peserta akan menikmati pelayaran santai menyusuri Youshui River, sambil menikmati pemandangan kampung tradisional dan landskap semula jadi di sekeliling.
Perjalanan diteruskan dengan perjalanan darat sekitar 2.5 jam menuju kembali ke Zhangjiajie. Pada waktu malam, peserta akan dibawa melawat 72 Tujia Stilted Buildings (72 Qilou), sebuah kompleks seni bina unik yang diinspirasikan daripada rumah tradisional etnik Tujia.
Kompleks ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai struktur rumah bertiang tertinggi seumpamanya di dunia. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi lebih meriah dengan pencahayaan berwarna-warni, persembahan kebudayaan serta suasana malam yang memperlihatkan keunikan budaya masyarakat Tujia.
Nota: Tiada restoran halal di Furong Town, oleh itu makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk packed lunch.
- HARI 4: ZHANGJIAJIE – TIANMEN MOUNTAIN – BAOFENG LAKE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan dengan pengalaman mendaki Tianmen Mountain, salah satu tarikan paling ikonik di Zhangjiajie. Peserta akan menaiki kereta kabel terpanjang di dunia yang membawa perjalanan dari bandar Zhangjiajie terus ke puncak gunung. Sepanjang perjalanan, peserta berpeluang menikmati panorama gunung batu yang dramatik serta pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dari udara.
Setibanya di puncak, peserta akan berjalan di Cliff Hanging Walkway, laluan pejalan kaki yang dibina di tebing gunung pada ketinggian lebih 1,400 meter dari aras laut. Di sini juga terdapat Sky Walk, laluan kaca yang memberikan pengalaman unik seolah-olah berjalan di udara sambil menikmati pemandangan lembah dan gunung yang luas terbentang di bawah.
Lawatan diteruskan menuju ke Tianmen Gate, sebuah gerbang batu semula jadi gergasi yang menjadi simbol kepada Tianmen Mountain. Peserta akan turun menggunakan sistem eskalator gunung yang dibina menembusi bahagian dalam gunung sebelum meneruskan perjalanan menaiki kereta kabel dan bas ulang-alik melalui 99-Bend Road, sebuah jalan berliku dramatik dengan 99 selekoh tajam yang terkenal di Zhangjiajie.
Selepas itu, lawatan diteruskan dengan menaiki bot di Baofeng Lake, sebuah tasik yang terkenal dengan suasana tenang dan pemandangan semula jadi yang indah. Peserta akan menikmati pelayaran santai sambil menyaksikan air tasik yang jernih dikelilingi formasi gunung batu yang unik.
Lawatan turut merangkumi singgahan di Herbal Factory untuk melihat produk herba tradisional tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 5: ZHANGJIAJIE – TIANZI MOUNTAIN – YUANJIAJIE – GOLDEN WHIP STREAM (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan dengan menaiki Tianzi Mountain Cableway menuju ke puncak Tianzi Mountain, salah satu kawasan pemandangan paling terkenal di Zhangjiajie National Forest Park. Dari puncak gunung, peserta berpeluang menikmati panorama deretan tiang batu pasir yang menjulang tinggi, membentuk landskap semula jadi yang unik dan dramatik.
Peserta akan berjalan di laluan pejalan kaki yang menghubungkan beberapa sudut pemandangan utama seperti Fairy Bouquet Peak dan Royal Pen Peak, formasi batu yang terkenal dengan bentuknya yang menyerupai sejambak bunga dan berus kaligrafi diraja.
Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ulang-alik menuju ke kawasan Yuanjiajie Scenic Area. Di sini, peserta akan meneroka laluan pemandangan yang membawa ke Avatar Mountain, formasi batu ikonik yang menjadi inspirasi kepada gunung terapung dalam filem Avatar. Kawasan ini menawarkan pemandangan dramatik dengan tiang batu yang seolah-olah terapung di tengah kabus.
Peserta kemudian turun dari gunung menggunakan Bailong Elevator, lif panoramik terbuka tertinggi di dunia yang dibina pada tebing batu setinggi lebih 300 meter.
Lawatan diteruskan dengan menaiki scenic train melalui kawasan Ten Mile Gallery, sebuah lembah indah yang terkenal dengan deretan formasi batu unik yang membentuk pelbagai rupa semula jadi sepanjang perjalanan.
Sebelum menamatkan lawatan hari ini, peserta akan menikmati berjalan santai di sepanjang Golden Whip Stream, sungai jernih yang mengalir tenang di tengah-tengah hutan semula jadi, terkenal dengan suasana damai dan pemandangan alam yang memukau.
Lawatan turut merangkumi singgahan di Jade Store sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
Nota: Tiada restoran halal di kawasan scenic area, oleh itu makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk packed lunch.
- HARI 6: ZHANGJIAJIE – GRAND CANYON – CHANGSHA - AIRPORT (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Zhangjiajie Grand Canyon, sebuah kawasan alam semula jadi yang terkenal dengan tebing tinggi, hutan hijau serta pemandangan lembah yang dramatik. Tarikan utama di sini ialah Zhangjiajie Glass Bridge, jambatan kaca yang menjadi ikon pelancongan kawasan ini.
Peserta berpeluang berjalan di atas jambatan kaca yang tergantung sekitar 300 meter dari dasar lembah dengan panjang lebih 430 meter, menjadikannya antara jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia. Dari atas jambatan, peserta dapat menikmati pemandangan canyon yang menakjubkan di sekeliling.
Selepas lawatan, perjalanan darat diteruskan sekitar 4.5 jam menuju ke Changsha, ibu negeri wilayah Hunan. Dalam perjalanan, peserta akan singgah melawat Changde Mosque, salah satu masjid utama di kawasan ini yang menjadi tempat persinggahan komuniti Muslim tempatan.
Setibanya di Changsha, peserta diberi masa untuk membeli-belah di Huangxing Pedestrian Street, sebuah kawasan membeli-belah yang meriah dan popular untuk mendapatkan cenderamata, makanan tempatan serta barangan fesyen.
Selepas makan malam, peserta akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan tengah malam pulang ke tanah air.
- HARI 7: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL OR SIMILAR* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Changsa | Tang’s Hotel | 1 |
| Fenghuang | ||
| Xingcheng Hotel | 1 | |
| Zhangjiajie | Duzeng Hotel | 3 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINE (MH)
MH520 KUL CSX 2000 0105
MH521 CSX KUL 0205 0650