MALTA, SICILY & TUNISIA

Menyusuri Kota Bersejarah, Keunikkan Tradisi & Keindahan Alam Mediterranean

Pakej 13 Hari 10 Malam ini membawa anda menjelajah tiga destinasi Mediterranean iaitu Malta, Sicily dan Tunisia. Nikmati sejarah dan budaya Malta di Valletta dan Blue Grotto, keindahan Sicily dengan Gunung Etna dan seni bina Taormina serta Tunisia di Carthage dan Sidi Bou Said. Perjalanan ini menggabungkan pengalaman sejarah, budaya, dan landskap unik dari tiga lokasi yang menarik!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN (PAX)
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS)
2026
7/4 - 19/4 Spring 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990 12 - 16
21/4 - 3/5 Spring 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
5/5 - 17/5 Spring 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
12/5 - 24/5 Spring 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
22/9 - 4/10 Autumn 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
13/10 - 25/10 Autumn 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
20/10 - 1/11 Autumn 14,490 14,990 3,000 13,990 12,990
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA!
Surcharge RM500/seorang untuk kumpulan 9 - 11 orang
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG INSTANT CASHBACK REWARDS RM140 / SEORANG LOYALTY DISCOUNT – RM200/ PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas transit di Istanbul.

Tiba di Lapangan Terbang Malta pada waktu pagi dan disambut oleh wakil tempatan. Setelah itu, terus memulakan lawatan setengah hari ke ibu kota Valletta, sebuah bandar bersejarah yang diiktiraf sebagai

Tapak Warisan Dunia UNESCO. Lawatan bermula dengan berhenti bergambar di Siege Bell Memorial dan Fort St. Elmo, sambil menikmati pemandangan indah menghadap Grand Harbour.

Seterusnya, saksikan tayangan The Malta Experience, persembahan audio-visual yang menarik mengenai sejarah Malta dari zaman prasejarah hingga era moden — memberikan pemahaman mendalam tentang warisan dan budaya kepulauan ini.

Selepas makan tengah hari, lawatan pilihan (optional) ke Popeye Village (RM150 seorang) – perkampungan filem asal tahun 1980 yang kini menjadi taman tema tepi laut dengan suasana ceria dan pemandangan Mediterranean yang menakjubkan.

Selesai lawatan, bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Waktu malam bebas untuk meneroka kawasan sekitar atau bersantai di tepi laut Mediterranean. Bermalam di Malta.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan penuh hari bermula menuju ke Blue Grotto, keajaiban semula jadi di pesisir selatan Malta. Kawasan ini terkenal dengan air lautnya yang jernih serta jaringan enam gua laut yang menakjubkan. Anda berpeluang menaiki bot untuk meneroka gua-gua kecil di sini (bergantung kepada cuaca).

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Marsaxlokk, perkampungan nelayan tradisional yang terkenal dengan bot berwarna-warni dikenali sebagai luzzus. Nikmati masa bebas berjalan di pasar tepi laut yang menjual hasil laut segar, cenderamata tempatan, dan makanan ringan Mediterranean.

Selepas makan tengahari, lawatan diteruskan ke Mdina, bandar berdinding yang pernah menjadi ibu kota Malta pada zaman pertengahan. Dikenali juga sebagai “The Silent City”, bandar ini terkenal dengan lorong-lorong sempit, seni bina klasik dan suasana bersejarahnya. Luangkan masa bebas menikmati pemandangan dari Fontanella Tea Garden, kafe popular yang menawarkan panorama indah seluruh pulau.

Sebelum kembali ke hotel, singgah di Dingli Cliffs, titik tertinggi di Malta yang menawarkan pemandangan Laut Mediterranean yang luar biasa — tempat terbaik untuk bergambar dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Kembali ke hotel dan bermalam di Malta.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke ibu kota Valletta, sebuah bandar bersejarah yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Lawatan bermula di Upper Barrakka Gardens, taman indah di atas benteng kota yang menawarkan pemandangan panoramik ke arah Grand Harbour dan Tiga Bandar di seberang pelabuhan.

Seterusnya, masa bebas untuk menikmati pengalaman unik menaiki Valletta Fun Train, yang membawa pengunjung menjelajah sekitar bandar dalam suasana santai.

Selepas itu, bertolak ke Sliema untuk menaiki pelayaran mengelilingi dua pelabuhan utama Malta – Marsamxett Harbour dan Grand Harbour. Nikmati pemandangan indah benteng lama, kubu dan dok kapal dari sudut laut yang menonjolkan keunikan seni bina bersejarah Valletta dan Tiga Bandar.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Birgu (Città Vittoriosa), salah satu daripada Tiga Bandar yang terletak di tepi Grand Harbour. Bandar kubu ini terkenal dengan lorong-lorong batu yang sempit, bangunan klasik serta mercu utama Fort St. Angelo, yang pernah menjadi markas penting bagi Knights of St. John.

Akhir sekali, kembali ke hotel untuk bermalam.

Awal pagi, ambil feri untuk ke Bandar Pozzallo untuk nikmati Tour seharian di Siciliy. Tiba di Pozzallo, sebuah perkampungan nelayan di Sicily yang kini memainkan peranan sebagai pelabuhan utama di wilayah Ragusa. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas berhawa dingin bersama guide berbahasa Inggeris.

Dalam perjalanan ke Gunung Etna, singgah untuk mencuba pelbagai hidangan istimewa Sicily seperti manisan badam dan madu. Produk-produk tempatan ini juga tersedia untuk dibeli sebagai buah tangan.

Tiba di Gunung Etna, lawatan bermula di Kawah Sylvestri yang terletak pada ketinggian 2000 meter. Dari sini, nikmati pemandangan panoramik kawasan luas sekitar Etna serta kesan-kesan letusan terbaru. Anda juga berpeluang untuk membeli cenderamata khas Sicily.

Perjalanan diteruskan ke Taormina, sebuah bandar yang terkenal dengan pemandangan indah menghadap Giardini Naxos, bekas koloni Yunani yang kini menjadi pusat pelayaran antarabangsa. Nikmati masa bebas untuk bersiar-siar dan menikmati keunikan suasana Taormina. Waktu makan tengah hari disini.

Kembali ke Malta pada jam 9:30 malam.

Selepas sarapan, nikmati masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Tunis.

Setibanya di Tunis, makan tengahari di restoran tempatan (kos sendiri). Kemudian daftar masuk. Masa santai di sekitar hotel.

Selepas sarapan pagi di hotel, mulakan lawatan pertama ke Bardo Museum, salah satu muzium paling penting di Afrika Utara yang terkenal dengan koleksi mozek Romawi terbesar di dunia. Di sini, anda dapat menelusuri sejarah dan tamadun purba Tunisia melalui pelbagai artifak dan peninggalan berharga yang dipamerkan.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Archaeological Site of Carthage, kota purba yang pernah menjadi pusat empayar Phoenician dan kemudiannya Rom. Kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kawasan ini menampilkan pelbagai peninggalan bersejarah seperti Baths of Antoninus, sisa kuil dan teater Rom.

Perjalanan diteruskan ke Sidi Bou Said, sebuah kampung ikonik yang terkenal dengan bangunan bercat putih dan biru serta pemandangan Laut Mediterranean yang indah. Kampung ini dinamakan sempena tokoh sufi terkenal, Sidi Bou Said, yang hidup pada abad ke-13. Di sini, anda akan berhenti bergambar di sekitar kampung dan lawatan ke Mausoleum Sidi Bou Said, serta menunaikan solat di Masjid Sidi Bou Said yang terletak berdekatan kawasan bukit menghadap laut.

Kemudian, bertolak ke Port El Kantaoui berhampiran Sousse — kawasan peranginan moden yang terkenal dengan marina mewah, butik, dan deretan kafe antarabangsa. Luangkan masa santai di Hard Rock Café untuk membeli cenderahati. Selesai lawatan, terus ke bandar Sousse untuk daftar masuk hotel. Makan malam buffet disediakan di hotel.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak dari Sousse menuju ke Kairouan, kota umat Islam di Tunisia dan salah satu bandar tertua di Afrika Utara. Lawatan bermula di Masjid Besar Kairouan (Great Mosque of Sidi Okba), antara masjid tertua di dunia Islam yang dibina pada abad ke-7. Masjid ini menjadi mercu tanda penting dalam sejarah penyebaran Islam di Maghribi dan Afrika Utara.

Seterusnya, kunjungan ke Makam Sidi Sahbi (Barber’s Mausoleum), tempat persemadian sahabat Nabi Muhammad SAW yang dikenali kerana menyimpan sehelai rambut Rasulullah. Di sini, anda berpeluang menunaikan solat di Masjid Besar Kairouan serta menikmati suasana di bandar ini.

Selepas itu, luangkan masa untuk membeli-belah di Kairouan Bazaar, yang terkenal dengan karpet buatan tangan, tembikar dan barangan tradisional Tunisia.

Selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Tozeur, bandar oasis yang terkenal dengan pemandangan padang pasir dan pohon tamar yang subur.

Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan berehat. Makan malam buffet disediakan di hotel dan bermalam di Tozeur.

Selepas sarapan pagi di hotel, bersiap sedia untuk pengalaman luar biasa menjelajah padang pasir Tozeur dengan kenderaan 4×4 Jeep. Lawatan bermula menuju ke Chebika, Tamerza dan Ong Jmel, tiga destinasi unik di kawasan gurun barat Tunisia.

Di Chebika dan Tamerza, nikmati keindahan oasis semula jadi yang terkenal dengan pemandangan air terjun, tebing berbatu dan lembah menghijau di tengah padang pasir. Di Ong Jmel, anda akan disajikan panorama padang pasir luas dengan formasi batu yang menakjubkan – lokasi terkenal yang sering dijadikan latar filem antarabangsa.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan dengan lawatan bandar Tozeur lama (Old Town). Di sini, anda boleh melihat seni bina tradisional yang diperbuat daripada batu bata lumpur khas oasis, serta menikmati suasana autentik kehidupan masyarakat tempatan.

Selesai lawatan, daftar masuk ke hotel dan berehat. Nikmati makan malam buffet di hotel dan bermalam di Tozeur.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak meninggalkan Tozeur menuju ke Chott El Djerid, tasik garam terbesar di Tunisia yang terbentang luas di antara Tozeur dan Kebili. Berhenti seketika untuk bergambar dan menikmati panorama unik tasik ini yang terkenal dengan pantulan cahaya matahari di permukaannya – seolah-olah cermin semula jadi di tengah padang pasir.

Perjalanan diteruskan ke Matmata, sebuah kawasan berbukit yang terkenal dengan rumah gua tradisional masyarakat Berber. Di sini, anda akan berpeluang melawat rumah gua milik keluarga tempatan, menyaksikan sendiri kehidupan harian mereka serta menikmati roti buatan tangan bersama madu dan teh pudina, satu simbol keramahan tradisional masyarakat Berber.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Sidi Driss, lokasi ikonik yang pernah digunakan sebagai tapak penggambaran filem Star Wars: A New Hope. Struktur rumah gua di sini mengekalkan keaslian seni bina dan menjadi antara tempat paling menarik untuk dikunjungi oleh penggemar filem serta pencinta budaya tempatan.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke Sfax, bandar kedua terbesar di Tunisia yang terkenal dengan Medina bersejarahnya serta suasana tempatan yang masih mengekalkan tradisi Arab asli. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan nikmati makan malam buffet.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak dari Sfax menuju ke El Jem, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan Amphitheatre of El Jem, antara struktur Romawi terbesar dan paling terpelihara di dunia. Bangunan megah ini dibina sekitar abad ke-3 Masihi dan mampu memuatkan lebih 30,000 penonton pada zaman kegemilangannya. Lawatan ini memberi peluang untuk menyaksikan kehebatan seni bina Rom purba yang menjadi simbol sejarah Tunisia.

Perjalanan diteruskan ke Sousse, sebuah bandar tepi laut yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Setibanya di sana, singgah di Medina of Sousse (photo stop), kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Seterusnya, menunaikan solat di Masjid Besar Sousse (Sousse Big Mosque), antara masjid tertua di Tunisia yang dibina pada abad ke-9 dan terkenal dengan reka bentuknya yang sederhana tetapi penuh nilai sejarah. Selesai solat, luangkan masa membeli-belah di Sousse Bazaar, pasar tradisional yang menawarkan pelbagai barangan seperti tekstil, minyak zaitun, rempah ratus, kraftangan dan cenderamata tempatan.

Kemudian, meneruskan perjalanan ke Hammamet, destinasi peranginan pantai yang terkenal dengan suasana santai dan pemandangan Laut Mediterranean yang indah. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan nikmati makan malam buffet.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak menuju ke Nabeul, sebuah bandar pesisir yang terkenal sebagai pusat pengeluaran tembikar tradisional Tunisia. Di sini, anda akan menyaksikan demonstrasi pembuatan tembikar secara tradisional, menyelami seni halus dan ketelitian tangan tukang tempatan yang diwarisi turun-temurun. Anda juga berpeluang membeli cenderamata hasil kraftangan tempatan.

Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Tunis, ibu negara Tunisia yang moden namun masih mengekalkan keaslian sejarahnya. Lawatan bermula di Old Medina of Tunis, kawasan lama yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, di mana lorong-lorong sempitnya dipenuhi kedai rempah, tekstil, minyak zaitun dan barangan tembikar. Luangkan masa untuk membeli-belah di Tunis Souk.

Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tunis bagi urusan penerbangan pulang.

Tiba di Malaysia dengan kenangan indah. Alhamdulillah.

PENGINAPAN :

BANDAR HOTEL* atau setaraf
Malta The Waterfront Hotel*
Kairouan Golden Yasmine La Kasbah *
Tozeur Golden Yasmine Ras Elain *
Sfax Golden Yasmin Les Oliviers *
Hammamet Le Royal Hammamet *

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

FLIGHT DETAILS TURKISH AIRLINES (TK) :

TK  61     KUL IST    2345 0520

TK 1369   IST MLA    0750 0915

UG 1301  MLA TUN   1230 1340

TK 664    TUN IST    1725 2220

TK  60     IST KUL    0140 1705

DEPOSIT TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN

RM3,000 / SEORANG