CASABLANCA - MARRAKECH - AIT BEN HADDOU - OURZAZATE - BOUMALNE DADES - TODRA GORGE - MERZOUGA - IFRANE - FES - CHEFCHOUEN - RABAT - CASABLANCA

A Journey Through Morocco & Sahara Desert
Tour Code: SM001

Alami keindahan Maghribi dengan Morocco Grand Tour + Sahara Desert! Terokai kota bersejarah, seni bina menakjubkan dan keunikkan budaya tempatan. Nikmati keindahan padang pasir Sahara, menyaksikan matahari terbit di padang pasir, serta pengalaman menaiki unta. Lawati pasar tradisional, kubu purba dan landskap semula jadi yang menakjubkan. Pakej ini menjanjikan pengalaman autentik dan kenangan yang tidak akan dilupakan!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
10/9 - 19/9 Autumn (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090 15 - 24 pax
1/10 - 10/10 Autumn (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
22/10 - 31/10 Autumn (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
5/11 - 14/11 Autumn (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
19/11 - 28/11 Winter (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
3/12 - 12/12 Winter (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
10/12 - 19/12 Winter (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
19/12 - 28/12 Winter (QR) 8,790 1,100 8,790 8,590 7,090
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul 4 jam sebelum waktu penerbangan di KLIA untuk ke Casablanca.

Setibanya di Casablanca, anda akan bertolak ke Pusat Bandar untuk lawatan ke Masjid Hassan II. Sebuah masjid yang menawarkan seni bina yang indah dengan gabungan elemen moden dan tradisional, menjadikannya tempat ibadah yang tenang dan nyaman. Dikelilingi landskap hijau, masjid ini bukan sahaja pusat solat berjemaah tetapi juga menjadi lokasi pelbagai aktiviti keagamaan dan komuniti. 

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Muhammad V Square, dataran ikonik yang menampilkan seni bina kolonial Perancis dengan sentuhan Maghribi. Dihiasi air pancut indah, ia menjadi tempat santai yang strategik di tengah bandar, berdekatan tarikan utama seperti Masjid Hassan II. 

Bertolak ke Marrakesh untuk check in dan bermalam di sana.

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan meneroka bandar ikonik Marrakesh yang penuh dengan warna, seni dan budaya. Lawatan bermula di Istana Bahia, istana megah dengan taman-taman indah dan mozek halus yang mencerminkan kemewahan zaman dahulu.

Seterusnya, lawatan ke Berber Pharmacie, lokasi terkenal untuk rempah ratus, minyak Argan, minyak kaktus dan produk tradisional Morocco. Kemudian, singgah di Masjid Koutoubia, mercu tanda utama Marrakesh dengan menara setinggi 77 meter yang menjadi simbol seni bina Islam.

Pada sebelah petang, terus ke Jemaa El Fna, dataran paling meriah di Marrakesh yang dipenuhi dengan penjual, penghibur jalanan dan gerai makanan tempatan. Akhiri hari dengan membeli-belah di Souq Marrakesh sebelum kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan melalui High Atlas Mountains yang menakjubkan dengan laluan berpusing-pusing di Tizi n’Tichka Pass, kawasan pergunungan tertinggi di Afrika Utara — pemandangan di sini sungguh memukau dan sesuai untuk berhenti bergambar.

Seterusnya, lawatan ke Ait Ben Haddou, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem antarabangsa seperti Gladiator, Game of Thrones dan Prince of Persia.

Perjalanan diteruskan ke Ouarzazate, dikenali sebagai “Pintu Gerbang Sahara”. Berhenti bergambar di Atlas Studios, antara studio filem terbesar di dunia, serta di beberapa viewpoint gunung yang indah.

Kemudian menuju ke Boumalne Dades Valley, lembah pergunungan yang indah dengan pemandangan batu-batuan semula jadi dan landskap dramatik. Makan malam dan bermalam di Boumalne Dades.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Todra Gorge, ngarai batu semula jadi yang dramatik dan megah – sering dibandingkan dengan keindahan Petra di Jordan. Tebing-tebing batu di sini menjulang tinggi dan menjadi antara lokasi semula jadi paling menakjubkan di Maghribi.

Seterusnya, berhenti bergambar di perkampungan Berber Tinghir, sebelum melawat Muzium Fosil Erfoud, yang mempamerkan fosil berusia jutaan tahun – bukti bahawa kawasan Sahara ini dahulunya pernah menjadi dasar laut purba.

Perjalanan diteruskan ke padang pasir Merzouga, kawasan dune Erg Chebbi yang ikonik. Nikmati pengalaman menaiki unta atau kenderaan jeep ke kawasan khemah. Saksikan matahari terbenam di padang pasir, diikuti aktiviti santai seperti melihat bintang dan unggun api di bawah langit Sahara.

Bermalam di khemah di tengah padang pasir, pengalaman unik dan eksklusif di tengah keindahan alam semula jadi Sahara.

Sarapan pagi sebelum bertolak menuju ke utara Maghribi. Nikmati perjalanan panjang yang menyajikan pemandangan pergunungan dan desa tradisional Berber yang menenangkan.

Berhenti di Ifrane, bandar pergunungan yang digelar “Little Switzerland of Morocco” kerana seni binanya yang kemas, jalan teratur dan suasananya yang bersih serta sejuk.

Setelah itu, teruskan perjalanan ke Fes, bandar bersejarah yang terkenal sebagai pusat ilmu dan budaya Islam di Maghribi. Setibanya di sana, daftar masuk ke hotel dan berehat. Bermalam di Fes.

Sarapan pagi di hotel dan mulakan lawatan di Fes, kota tertua di Maghribi yang penuh dengan sejarah dan budaya Islam. Lawatan dimulakan di Royal Palace (Dar el-Makhzen) untuk bergambar di hadapan pintu gerbang emas yang megah, diikuti kunjungan ke Burj Al Janubi yang menawarkan pemandangan panorama kota Fes dari atas bukit.

Seterusnya, melawat Tanneries, tempat tradisional penyamakan kulit yang terkenal di mana anda dapat melihat proses pewarnaan kulit secara manual yang masih dikekalkan sejak berabad lalu. Teruskan ke Universiti Al-Qarawiyyin, universiti tertua di dunia yang diasaskan oleh Fatima al-Fihri pada abad ke-9.

Luangkan sedikit masa membeli-belah di Fes Medina, salah satu pasar lama paling terkenal di Maghribi yang dipenuhi hasil tangan, tekstil, rempah dan barangan tradisional.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Chefchaouen (sekitar 4 jam perjalanan). Setibanya di sana, daftar masuk ke hotel dan berehat. Bermalam di Chefchaouen.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Chefchaouen, bandar biru yang terkenal dengan lorong-lorong berwarna biru dan putih yang memukau. Nikmati suasana santai sambil bersiar dan membeli-belah di kedai-kedai tempatan sekitar Place El Houta, pusat utama bandar yang mengekalkan keaslian seni bina Andalusia.

Selepas makan tengah hari, bertolak ke Rabat, ibu negara Maghribi. Lawatan meliputi Kasbah of the Udayas, kubu purba dengan pemandangan indah ke arah Lautan Atlantik, serta Mausoleum of Mohammed V dan Menara Hassan, dua mercu tanda bersejarah yang melambangkan warisan Islam dan seni bina Maghribi klasik.

Selesai lawatan, teruskan perjalanan ke Casablanca dan daftar masuk ke hotel. Bermalam di Casablanca.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, peserta diberikan,masa bebas untuk aktiviti sendiri di Casablanca, anda boleh menikmati masa dengan bersantai di Corniche, mengambil selfie di Masjid Hassan II, atau berjalan-jalan santai di sekitar Medina sambil menikmati suasana tempatan, serta melepak di kafe atau taman hijau sambil merasai kehidupan kota yang tenang.

Kemudian, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Casablanca untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di KLIA dan pulang dengan kenangan manis, alhamdullilah.

PENGINAPAN:

HOTEL or * similar BIL. MALAM
Ibis Rabat Agdal 1
Dar Blanca 1
Ramada By Wyndham Fes 1
Sanmao Desert Luxury Camp 1
Riad Gîte D'étape Tamaloute 1
Hotel Racine 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

 

MAKLUMAT PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)

QR4990  KUL DOH  2100  2330 

QR4567  DOH CMN  0135  0730 

QR1398 CMN DOH  1530  0025+1

QR 852  DOH KUL  0220  1440

MAKLUMAT PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)

QR4990  KUL DOH  2100  2330 

QR4567 DOH CMN  0135  0730 

QR1396 CMN DOH  2050  0535+1

QR4993  DOH KUL  0830  2125 

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,500 / SEORANG