VIETNAM ISLAND
Tour Code: S004
Phu Quoc: A Tropical Paradise with Stunning Beaches, Clear Waters & a Relaxing Getaway in Vietnam!
Phu Quoc, pulau tropika Vietnam, terkenal dengan pantai berpasir putih, air jernih, dan makanan laut segar. Nikmati keindahan alam, terokai pasar malam, atau naik kereta kabel untuk pemandangan memukau. Percutian santai yang sempurna menanti anda di sini!
- MAKLUMAT HARGA
| TARIKH | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| 2026 | ||||||||
| 8/6 - 11/6 | 2,990 | 400 | 2,990 | 2,840 | 2,690 | 15 - 20 pax | ||
| 7/8 - 10/8 | 2,990 | 400 | 2,990 | 2,840 | 2,690 | |||
| 14/9 - 17/9 | 2,990 | 400 | 2,990 | 2,840 | 2,690 | |||
| 16/9 - 19/9 | 2,990 | 400 | 2,990 | 2,840 | 2,690 | |||
| 1/10 - 4/10 | 2,990 | 400 | 2,990 | 2,840 | 2,690 | |||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY RM50/PAX | ||||||||
- PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
- Penginapan di hotel 3 malam bertaraf 3 * sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
- Tiket masuk ke Vin Wonder dan Safari.
- Kereta kabel 2 hala di Pulau Hon Thom
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
- PAKEJ TAK TERMASUK
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Insurans) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Tiket menaiki Boat Venice di Grand World
- Tiket Teddy Bear Museum
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
- Parkara lain selain dari yang dianyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - PHU QUOC (MT/MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Phu Quoc.
Lawatan di Phu Quoc:
• Bertolak ke Bamboo Shop yang merupakan kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.
• Menerokai Kebun Lada Hitam yang luas terbentang di Phu Quoc sambil menikmati pemandangan hijau yang menyegarkan dan membeli lada segar sebagai buah tangan.
• Masa bebas untuk membeli-belah di pasar malam.
Bermalam di Phu Quoc.
- HARI 2: PHU QUOC - VIN WONDER - VIN SAFARI - GRAND WORLD (SP/MT/MM)
Bertolak ke Vin Safari & Vin Wonder
• Bertolak ke Vin Safari, taman safari yang terletak di Phu Quoc, Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada kompleks Vinpearl. Taman ini menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka untuk menonton persembahan haiwan dan melawat zoo.
• Bertolak ke Vin Wonder, taman tema besar yang menawarkan pelbagai tarikan dan hiburan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Disini terdapat pelbagai permainan dan tarikan yang menarik, termasuk roller coaster, pertunjukan ikan duyung live show, dan permainan air.
• Bertolak ke Grand World, iaitu destinasi yang menakjubkan dengan tarikan seperti Venice, Shanghai Lantern Street, Clarke Quay Light Dome, Teddy Bear Museum, dan Bamboo House yang dihiasi dengan 42,000 pokok buluh, menawarkan pengalaman yang unik dan menarik kepada pengunjung.
Bermalam di Phu Quoc.
- HARI 3: PHU QUOC - PULAU HON THOM (SP/MT/MM)
Lawatan di Pulau Hon Thom:
• Bertolak ke Pulau Hon Thom.
• Pearl Farm: Terkenal dengan menjual pelbagai jenis perhiasan berasaskan mutiara yang ditawarkan dalam rekaan klasik mahupun moden dan pengunjung juga dapat mempelajari secara langsung proses penghasilan mutiara.
• Menaiki Cable Car ataupun Sun World Hon Thom Cable Car, adalah salah satu kereta kabel terpanjang di dunia yang merentasi laut. Ia menghubungkan Phu Quoc dengan Pulau Hon Thom dan menawarkan pemandangan indah laut biru dan pulau-pulau tropika di sekitarnya.
• Melawat Aquatopia Water Park taman air bertema yang terletak di Pulau Hon Thom, Vietnam. Ia menampilkan pelbagai gelongsor air, kolam ombak, dan tarikan air yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
• Melawat dan mengambil gambar di Kiss Bridge jambatan ikonik di Grand World Phu Quoc, Vietnam, yang direka dengan bentuk unik menyerupai dua struktur yang hampir bersentuhan, seakan-akan dua individu hendak bercium.
• Melawat Roman Square iaitu kawasan yang direka dengan inspirasi dari seni bina Rom kuno. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan klasik dan patung-patung yang elegan, dataran ini memberikan suasana Eropah yang mewah dan bersejarah.
• Masa bebas untuk menyaksikan bunga api dan persembahan muzik air.
Bermalam di Sunset Town.
- HARI 4: PHU QUOC - KUALA LUMPUR (SP)
Masa bebas untuk membeli-belah saat akhir di sekitar bandar Phu Quoc. Pulang ke hotel untuk daftar keluar.
Bertolak ke lapangan terbang untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Phu Quoc | Phu Quoc | 3 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
JADUAL PENERBANGAN AIRASIA (AK):
AK 545 KUL PQC 1245 1335
AK546 PQC KUL 1405 1655