HARBIN, CHINA - MUSIM SEJUK

Rasai sendiri musim sejuk di Harbin, bandar ais terkenal China!
Trip ini fokus satu destinasi saja – tak rushing, lebih santai dan eksklusif.
Nikmati suasana bersalji, arca ais yang menakjubkan, seni bina Rusia yang unik dan pengalaman salji yang fun – semua dalam satu trip pendek tapi padat!

TARIKH HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN (PAX)
HARGA BILIK BERDUA / BERTIGA
DEWASA KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK - KANAK TANPA KATIL
16/1 - 20/1
28/1 - 1/2
1/2 - 5/2
3,990 3,990 800 4-5
3,590 3,590 7,20 6-9
3,000 3,000 600 10
ANGGARAN KOS PENERBANGAN PERGI BALIK KUL-HRB - KUL (RM2,800/ PAX)*

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Harbin, China.

Setibanya di Harbin, disambut oleh wakil tempatan dan kemudian menikmati makan malam pertama di bumi Harbin.

Selepas sarapan di hotel, lawatan diteruskan ke Chinese Baroque Historical and Cultural District – kawasan bersejarah yang menampilkan seni bina bergaya Eropah, mengimbau era kolonial Harbin.

Perhentian seterusnya adalah di Masjid DaoWai, salah satu masjid utama yang menjadi pusat komuniti Muslim di Harbin. Sesi bergambar turut diadakan di kawasan Big Snowman, ikon musim sejuk yang terkenal di bandar ini.

Seterusnya, singgah di Harbin Opera House untuk melihat bangunan ikonik ini dari luar. Dengan reka bentuk moden dan futuristik, ia menjadi lambang seni dan kebudayaan Harbin.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Sun Island Snow Sculpture Park, yang mempamerkan ukiran salji berskala besar dalam pelbagai bentuk kreatif dan menakjubkan. Penggunaan kereta elektrik disediakan untuk keselesaan pengunjung.

Waktu malam diisi dengan kunjungan ke Harbin Ice and Snow World – taman tema ais terbesar di dunia, dihiasi dengan istana ais, arca bercahaya dan struktur bersinar yang menakjubkan.

Nota: Sekiranya taman ini belum dibuka kepada umum, lawatan akan digantikan dengan Harbin Indoor Ice Lantern Art Museum.

Hari dimulakan dengan lawatan santai menyusuri Sungai Songhua, menikmati panorama beku yang indah pada musim sejuk. Antara tarikan utama di sepanjang laluan ini termasuklah Centennial Middle East Railway Bridge, sebuah jambatan bersejarah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan rangkaian kereta api di timur laut China.

Perhentian seterusnya adalah di Tugu Kawalan Banjir, sebelum meneruskan lawatan berjalan kaki di Stalin Park – sebuah taman yang terletak di tepi sungai dan sering menjadi tumpuan penduduk tempatan serta pelancong.

Perjalanan diteruskan ke Church of St. Sophia Square, gereja Ortodoks Rusia yang menjadi simbol warisan dan seni bina Harbin. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Central Street, kawasan beli-belah yang terkenal dengan deretan kedai, kafe dan bangunan bercirikan seni bina Eropah klasik. Di sini juga terdapat peluang untuk mencuba aiskrim MaDier Popsicle yang popular, walaupun dalam cuaca sejuk.

Hari diakhiri dengan kunjungan ke Masjid DaDan, salah satu tempat ibadah utama bagi komuniti Muslim di Harbin

Selepas sarapan, lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Masjid XiangFang, salah satu masjid penting di Harbin yang memainkan peranan dalam perkembangan Islam di China.

Perjalanan diteruskan ke Volga Manor – sebuah taman bertema yang menampilkan seni bina Rusia yang memukau, termasuk istana, rumah kayu tradisional dan landskap bersalji yang indah serta sesuai untuk sesi fotografi.

Selain menikmati keindahan taman, terdapat juga peluang untuk merasai pengalaman bermain salji melalui pelbagai aktiviti musim sejuk yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Perjalanan pulang membawa bersama kenangan musim sejuk dari Harbin, dengan pengalaman unik yang merangkumi budaya, sejarah serta pemandangan ais yang menakjubkan.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara BILANGAN MALAM
Harbin JingChen Hotel 4

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

CADANGAN PENERBANGAN:

CA872  KUL  PEK  0020  0635

CA1647  PEK HRB  0830  1030

CA2722  HRB TFU  2020  0050

CA483   TFU KUL   1305   1745