Indonesia
Dari pantai indah ke pulau bersejarah, setiap momen di sini sarat keunikan dan keindahan.
Bergambar, menjamu selera tempatan, dan tenangkan fikiran jauh dari kesibukan.
Batam, Bintan & Pulau Penyengat — destinasi yang wajib anda teroka!
- MAKLUMAT HARGA: GROUND ONLY
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only : The Hills Hotel*3 / similar | 1,150 | 200 | 1,150 | 1,050 | 2-4 |
| 960 | 200 | 960 | 860 | 6-10 | |
| 810 | 200 | 810 | 710 | 12-16 | |
| 790 | 200 | 790 | 690 | 18-30 | |
| 730 | 200 | 730 | 630 | 32-50 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-BTH-KUL (kos RM600/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- MAKLUMAT HARGA: DENGAN TIKET FERI MALAYSIA DARI PASIR GUDANG
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only : The Hills Hotel*3 / Similar | 1,355 | 200 | 1,355 | 1,255 | 2-4 |
| 1,180 | 200 | 1,180 | 1,080 | 6-10 | |
| 1,060 | 200 | 1,060 | 960 | 12-16 | |
| 1,050 | 200 | 1,050 | 950 | 18-30 | |
| 1,030 | 200 | 1,030 | 930 | 32-50 | |
| TAMBAHAN JIKA INGIN UBAH KEPADA PELABUHAN AWAL | |||||
| Dari Stulang Laut : RM35/ Pax | Dari Putri Harbour : RM67/ Pax | ||||
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : BATAM (MT/MM)
Ketibaan di pelabuhan disambut oleh wakil tempatan dan terus memulakan lawatan ke beberapa lokasi ikonik sekitar Batam.
• Bergambar di Masjid Tanjak, simbol seni bina Islam moden yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.
• Sesi bergambar di mercu tanda “Welcome to Batam”, destinasi wajib pelancong yang pertama kali ke Batam.
• Kunjungan ke Muzium Raja Ali Haji, pusat sejarah dan budaya Melayu-Riau.
• Lawatan ke Masjid Agung Batam, masjid terbesar di kawasan pusat bandar.
• Melihat proses pembuatan kopi tempatan di Kopi Fadrenheit, salah satu pengeluar kopi terkenal di Batam.
• Bergambar di Masjid Cheng Ho, masjid unik yang menggabungkan elemen senibina Islam dan budaya Tionghoa.
• Menikmati pemandangan senja di Blue Fire Pink Sand Café, termasuk baucar pembelian bernilai Rp50,000 yang boleh digunakan untuk minuman atau makanan ringan.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Batam.
- HARI 2 : BATAM (SP/MT/MM)
Lawatan santai dan kunjungan ke lokasi ikonik Batam
• Sarapan pagi disediakan di hotel sebelum memulakan lawatan hari kedua.
• Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar di Jambatan Barelang, struktur ikonik yang menghubungkan beberapa pulau utama di kawasan Batam dan menjadi simbol kemajuan infrastruktur wilayah ini.
• Bagi pelancong yang gemarkan cabaran dan aktiviti luar, terdapat pilihan untuk mencuba aktiviti jetski dan jetcar di kawasan pantai berdekatan (aktiviti ini adalah pilihan dan dikenakan bayaran secara peribadi).
• Lawatan diteruskan ke Masjid Sulthan Mahmud Riayat Syah, salah satu masjid terbesar di Indonesia dengan keunikan seni bina moden dan landskap yang luas — lokasi ini sangat sesuai untuk sesi fotografi (lawatan ini adalah opsional mengikut kesesuaian masa).
• Kunjungan ke Tiara Cakery, pusat kek lapis terkenal di Batam. Di sini, para tetamu boleh melihat sendiri proses pembuatan kek lapis secara tradisional sambil mencuba pelbagai rasa unik. Kek lapis di sini juga sesuai dijadikan cenderamata atau buah tangan.
• Lawatan diteruskan ke Batamia, pusat oleh-oleh terbesar di Batam yang menawarkan pelbagai barangan tempatan seperti keropok, kek, barangan kraftangan, dan pakaian beridentitikan budaya Batam.
• Seterusnya, kunjungan ke kawasan Chinatown, yang kaya dengan elemen seni bina warisan dan merupakan kawasan dagangan bersejarah. Pelancong boleh menikmati suasana klasik dan membeli barangan unik di sini.
• Sebelum kembali ke hotel, lawatan diakhiri di Nagoya Hill Mall, pusat beli-belah terbesar dan paling moden di Batam yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Makan malam disediakan dan tetamu akan kembali ke hotel untuk berehat.
Bermalam di Batam
- HARI 3 : BATAM - TANJUNG UBAN - PULAU PENYENGAT (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menaiki bot laju menuju ke Tanjung Uban. Perjalanan merentasi laut ini mengambil masa kira-kira 1 jam.
• Ketibaan di Tanjung Uban disambut dengan lawatan ke dua lokasi semula jadi yang memukau — Gurun Pasir dan Danau Biru. Kombinasi pasir putih dan tasik biru kehijauan ini menjadi lokasi bergambar yang sangat menarik.
• Seterusnya, lawatan ke pasar basah tempatan untuk membeli pelbagai hasil laut kering seperti keropok, ikan bilis dan barangan tempatan yang lain.
• Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot kayu ke Pulau Penyengat, sebuah pulau bersejarah yang sarat dengan nilai warisan budaya dan seni bina Islam Melayu.
• Tiba di Pulau Penyengat, lawatan bermula di Masjid Sulthan Riau yang unik kerana pembinaannya menggunakan putih telur sebagai bahan asas. Masjid ini menjadi lambang kehalusan seni bina warisan silam.
• Seterusnya, kunjungan ke Kantor Istana Pulau Penyengat dan Rumah Tabib Raja — dua tapak bersejarah yang menyimpan pelbagai kisah zaman pemerintahan Kesultanan Riau.
• Lawatan diteruskan ke Makam Engku Hamidah dan Traditional Hall yang menampilkan seni budaya warisan tempatan.
• Para peserta turut berpeluang mencuba kuliner khas Pulau Penyengat yang menjadi identiti gastronomi masyarakat setempat.
• Selepas selesai, peserta kembali ke Batam dengan menaiki feri dari Pulau Penyengat.
• Setibanya di Batam, kembali ke hotel untuk berehat dan makan malam.
Makan tengah hari disediakan di kawasan tempatan sebelum kembali semula ke Batam dengan menaiki bot laju.
Setibanya di Batam, kembali ke hotel untuk berehat dan makan malam.
- HARI 4 : BATAM - PERLEPASAN (SP)
• Sarapan pagi disediakan di hotel.
• Selepas sarapan, masa bebas diberikan untuk menikmati kemudahan hotel seperti kolam renang, ruang santai atau aktiviti ringan lain, bergantung kepada fasiliti hotel yang tersedia.
• Setelah itu, peserta akan daftar keluar dari bilik hotel.
• Perjalanan diteruskan dengan pemindahan menggunakan kenderaan yang telah disediakan ke pelabuhan, sebagai persediaan untuk menaiki feri pulang ke destinasi asal.
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket feri pergi dan balik (dari Singapura atau Malaysia – Pasir Gudang/Stulang Laut/Puteri Harbour).
- Cukai pelabuhan dan caj pentadbiran
- Baucar perbelanjaan bernilai Rp50,000 seorang di Blue Fire Café.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa (termasuk ke Bintan).
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang (bilik berkongsi – Twin / Double / Triple) termasuk sarapan pagi.
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam aturcara
- makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Snek alu-aluan semasa ketibaan
- Air mineral sepanjang perjalanan
- Perkhidmatan pemandu pelancong profesional
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tipping kepada pemandu dan pemandu pelancong: Rp15,000 seorang/sehari
- Travel Insurance RM64/person (Etiqa Takaful / Platinum Plan / age 70 and above subject to surcharge)
- Perkhidmatan porter di pelabuhan atau hotel
- Caj tambahan untuk penginapan seorang (Single Supplement)
- Sebarang lawatan atau aktiviti di luar daripada aturcara yang ditetapkan
- NOTES & SURCHARGE
- Prices are subject to change without notice
- Surcharge Apply for Christmas, New Year and Hari Raya & School Holidays
- Package validity: Until 31st December 2026
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!