Indonesia

Dari pantai indah ke pulau bersejarah, setiap momen di sini sarat keunikan dan keindahan.

Bergambar, menjamu selera tempatan, dan tenangkan fikiran jauh dari kesibukan.

Batam, Bintan & Pulau Penyengat — destinasi yang wajib anda teroka!

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only : The Hills Hotel*3 / similar 990 200 990 890 2-4
810 200 810 710 6-10
680 200 680 580 12-16
660 200 660 6560 18-30
610 200 610 510 32-50
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-BTH-KUL (kos RM600/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.
PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only : The Hills Hotel*3 / Similar 1,190 200 1,190 1,090 2-4
1,040 200 1,040 940 6-10
930 200 930 830 12-16
910 200 910 760 18-30
900 200 900 800 32-50
TAMBAHAN JIKA INGIN UBAH KEPADA PELABUHAN AWAL
Dari Stulang Laut : RM35/ Pax Dari Putri Harbour : RM67/ Pax

Ketibaan di pelabuhan disambut oleh wakil tempatan dan terus memulakan lawatan ke beberapa lokasi ikonik sekitar Batam.

• Bergambar di Masjid Tanjak, simbol seni bina Islam moden yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

• Mengunjungi Layers Cake Tiara dan melihat proese pembuatan Layers Cake.

• Sesi bergambar di mercu tanda “Welcome to Batam”, destinasi wajib pelancong yang pertama kali ke Batam.

• Kunjungan ke Muzium Raja Ali Haji, pusat sejarah dan budaya Melayu-Riau.

• Lawatan ke Masjid Agung Batam, masjid terbesar di kawasan pusat bandar.

• Melihat proses pembuatan kopi tempatan di Kopi Fadrenheit, salah satu pengeluar kopi terkenal di Batam.

• Bergambar di Masjid Cheng Ho, masjid unik yang menggabungkan elemen senibina Islam dan budaya Tionghoa.

• Menikmati pemandangan senja di Blue Fire Pink Sand Café, termasuk baucar pembelian bernilai Rp50,000 yang boleh digunakan untuk minuman atau makanan ringan.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Batam.

Lawatan santai merentasi keunikan budaya dan sejarah di sekitar Tanjung Uban dan Pulau Penyengat

• Sarapan pagi disediakan di hotel sebelum memulakan lawatan hari kedua.

• Bertolak ke Tanjung Uban dengan menaiki speedboat — sebuah pengalaman yang memberi pemandangan laut yang indah sepanjang perjalanan.

• Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar di Gurun Pasir dan Danau Biru, lokasi menarik yang sering menjadi pilihan untuk fotografi.

• Meneruskan lawatan ke Pasar Basah tempatan untuk membeli hasil laut dan produk tempatan seperti ikan bilis, keropok, dan pelbagai lagi sebagai buah tangan.

• Perjalanan diteruskan ke Pulau Penyengat dengan menaiki boat kayu tradisional, memberi pengalaman unik mengelilingi perairan sekitar.

• Kunjungan ke Masjid Sulthan Riau Grand, sebuah masjid bersejarah yang dibina menggunakan campuran putih telur — satu keajaiban seni bina warisan Melayu.

• Seterusnya, melawat ke Kantor Istana Pulau Penyengat yang menyimpan nilai sejarah kesultanan Riau.

• Lawatan diteruskan ke Rumah Tabib Raja dan ziarah ke Makam Engku Hamidah di Dewan Tradisional (Traditional Hall), antara tokoh penting dalam sejarah Pulau Penyengat.

• Para tetamu juga berpeluang mencuba kuliner tempatan khas Pulau Penyengat yang unik dan menggamit selera.

• Selepas selesai lawatan, para tetamu akan kembali ke Batam dengan menaiki feri.

• Sebelum kembali ke hotel, lawatan diteruskan ke Batamia — pusat oleh-oleh terbesar di Batam yang menawarkan pelbagai produk tempatan seperti keropok, kek lapis, cenderamata, dan pakaian beridentitikan budaya Batam.

Makan malam disediakan dan tetamu akan kembali ke hotel untuk berehat.

Bermalam di Batam

• Sarapan pagi disediakan di hotel.

• Selepas sarapan, masa bebas diberikan untuk menikmati kemudahan hotel seperti kolam renang, ruang santai atau aktiviti ringan lain, bergantung kepada fasiliti hotel yang tersedia.

• Setelah itu, peserta akan daftar keluar dari bilik hotel.

• Perjalanan diteruskan dengan pemindahan menggunakan kenderaan yang telah disediakan ke pelabuhan, sebagai persediaan untuk menaiki feri pulang ke destinasi asal.

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!