KUNMING - DALI - LIJIANG - SHANGRI LA - YILIANG

Tour Code: W002

Terokai pesona Yunnan dengan penerbangan charter eksklusif! Dari Kunming – City of Eternal Spring ke Dali yang terkenal dengan Tasik Erhai, kemudian ke Lijiang Old Town (UNESCO) dengan panorama Gunung Jade Dragon. Alami syurga tersembunyi Shangri-La dengan Tiger Leaping Gorge dan prayer wheel terbesar dunia, sebelum menutup perjalanan di Yiliang yang sarat warisan Muslim dan Laluan Teh & Kuda. 🌏

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
21/10 - 29/10 Autumn 4,590 600 4,390 4,590 4,290 15 - 25 pax
28/10 - 5/11 Autumn 4,590 600 4,390 4,590 4,290
11/11 - 19/11 Autumn 4,590 600 4,390 4,590 4,290
25/11 - 3/12 Autumn 4,590 600 4,390 4,590 4,290
9/12 - 17/12 Winter 4,890 600 4,690 4,890 4,590
2026
6/1 - 14/1 Winter 4,590 600 4,390 4,590 4,290 15 - 25 pax
20/1 - 28/1 Winter 4,590 600 4,390 4,590 4,290
3/2 - 11/2 Winter 4,590 600 4,590 4,590 4,290
7/4 - 15/4 Spring 4,690 600 4,690 4,490 4,390
14/4 - 22/4 Spring 4,690 600 4,690 4,490 4,390
14/7 - 22/7 Summer 4,690 600 4,690 4,490 4,390
18/8 - 26/8 Summer 4,690 600 4,690 4,490 4,390
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) dan bersedia untuk daftar masuk sebelum berlepas ke Kunming.

Sebaik tiba, daftar masuk ke hotel dan berehat. Selepas sarapan, bersedia untuk menaiki bas menuju ke Dali. Dalam perjalanan, singgah di Chuxiong untuk makan tengah hari dan solat.

Lawatan bermula di Dali Santorini (termasuk buggy dan rehat minum teh), kemudian diteruskan ke Dali Old Town sambil berjalan santai di Foreigner Street. Seterusnya, singgah dan solat di Masjid Nanmen.

Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Memulakan perjalanan ke Erhai Ecological Corridor. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan dan solat di Perkampungan Muslim. Mengunjungi keluarga Muslim tempatan serta aktiviti DIY Milk Fan (snek tradisional masyarakat Muslim).

Selepas itu, menaiki bas menuju ke Lijiang dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel dan bersedia untuk pendakian mengagumkan ke Jade Dragon Snow Mountain dengan menaiki kereta kabel menuju ke Glacier Park. Lawatan diteruskan ke Blue Moon Valley (termasuk buggy) dan menikmati makan tengah hari yang dibekalkan.

Seterusnya, menyaksikan Impression Lijiang Show sebelum makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Shangri-La dan singgah di Burning Cream Center (kedai wajib). Selepas itu, makan tengah hari dan solat di restoran tempatan sebelum meneruskan lawatan ke Tiger Leaping Gorge (dengan eskalator).

Makan malam di restoran tempatan dan lawatan ke Dukezong Old Town. Daftar masuk dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel dan lawatan ke Nah Pah Hai Lake (tidak termasuk aktiviti menunggang kuda). Seterusnya, menaiki bas kembali ke Lijiang. Dalam perjalanan, berhenti untuk makan tengah hari dan solat.

Lawatan diteruskan ke Black Dragon Pool Park, Lijiang Old Town dan Square Street. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel dan bersedia untuk menaiki Kereta Api Laju ke Kunming (manakala bas akan membawa bagasi besar anda).

Setibanya di Kunming, makan tengah hari dan solat sebelum melawat Silk Store (lawatan wajib). Selepas itu, masa bebas dan aktiviti membeli-belah di Luosiwan Wholesale Market, kemudian bertolak dengan bas ke Yiliang.

Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel dan lawatan ke Naigu Stone Forest, iaitu keajaiban geologi berusia lebih 270 juta tahun dan merupakan antara hutan batu tertua di dunia.

Selepas itu, lawatan ke Astaxanthin Factory (kedai wajib), makan tengah hari di restoran tempatan serta menunaikan solat di Masjid Shuncheng.

Seterusnya, berjalan santai di Chongren Muslim Food Street. Makan malam di restoran tempatan dan melawat Golden Horse dan Jade Rooster Archways sebelum ke Nanqiang Night Market.

Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan tengah malam pulang ke tanah air.

Tiba di Subang dengan kenangan manis. Alhamdulillah…

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
Kunming Wan Jin An Hotel or similar 1
Dali Vienna International Hotel or similar 1
Lijiang Baseli Hotel Lijiang or similar 3
Shangri-La Shangri-La Yijin Muyun Hotel or similar 1
Yiliang Taiyuan Hotel or similar 1

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)

OD 696 SZB KMG  2140  0115+1

OD 697 KMG SZB  0215  0600

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG