KEMBARA EPIK DUNIA BALKAN

Zagreb – Bihac – Sarajevo – Mostar – Dubrovnik – Trebinje – Kotor – Shkoder – Ohrid – Skopje
Tour Code: S002

Jelajah 9H7M merentas 5 negara Balkan yang menghubungkan Zagreb hingga Skopje melalui landskap semula jadi yang menakjubkan, bandar bersejarah dan warisan budaya yang kaya. Nikmati suasana Sarajevo dan Mostar yang penuh karakter, pesisir Dubrovnik yang ikonik, keindahan Kotor Bay, serta ketenangan Ohrid yang memukau. Perjalanan ini disusun dengan flow selesa, lengkap dengan pemandangan “scenic drive” dan pengalaman budaya autentik yang menjadikan Balkan antara destinasi paling berbaloi untuk diterokai.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
25/01 - 02/02 Winter (TK) 9,190 1,500 9,190 8,750 8,290 20 pax
12/4 - 20/4 Spring (TK) 8,990 1,500 8,990 8,550 8,100
13/4 - 21/4 Spring (TK) 8,990 1,500 8,990 8,550 8,100
28/4 - 6/5 Spring (TK) 8,990 1,500 8,990 8,550 8,100
24/5 - 1/6 Spring (TK) 8,990 1,500 8,990 8,550 8,100
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Zagreb, Croatia dengan transit di Istanbul.

Setibanya di Zagreb, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat selepas perjalanan. Bermalam di Zagreb.

Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di Zagreb, ibu kota Croatia yang terkenal dengan suasana klasik Eropah dan sejarah bandar lama yang tersusun indah. Peserta akan melihat sekitar Ban Jelačić Square, termasuk Zagreb City Scale Model, Ban Jelačić Statue dan Lotrščak Tower sebelum singgah di Islamic Center and Mosque, pusat keagamaan utama komuniti Muslim di Croatia.

Perjalanan diteruskan ke Plitvice Lakes National Park, kawasan tasik dan air terjun bertingkat yang sering digelar sebagai “syurga dunia” kerana warna airnya yang jernih kehijauan serta landskap hutan semula jadi yang memukau.

Menjelang petang, perjalanan diteruskan ke Bihać untuk daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Bihać.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Sarajevo dengan singgahan di kawasan Jajce yang terkenal dengan pemandangan sungai, tasik dan warisan sejarah Bosnia.

Peserta akan bergambar di Pliva Lakes dan Watermill Open Air Museum, kawasan unik dengan rumah-rumah kincir air kayu tradisional di atas Sungai Pliva. Lawatan diteruskan ke 116 Monument dan Džamija Malezija, masjid yang melambangkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina selepas Perang Bosnia.

Sebelum tiba di Sarajevo, peserta akan menikmati suasana semula jadi di Vrelo Bosne sebelum mengunjungi Tunnel of Hope, terowong bersejarah yang pernah menjadi laluan penting penduduk Sarajevo mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika bandar itu dikepung semasa perang.

Bermalam di Sarajevo.

Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan penerokaan sekitar Sarajevo, sebuah bandar yang mempertemukan warisan Uthmaniyah, Eropah dan sejarah moden Bosnia dalam suasana yang cukup unik.

Lawatan dimulakan di Baščaršija, bazar tradisional yang menjadi nadi bandar lama Sarajevo. Di sini peserta boleh menikmati suasana lorong berbatu, kedai kraftangan, restoran tempatan dan melihat Sebilj Fountain, mercu tanda ikonik bandar ini. Perjalanan diteruskan ke Gazi Husrev-Bey Mosque, masjid terbesar di Bosnia yang dibina pada tahun 1530, sebelum melihat Vijećnica, Sarajevo City Hall yang terkenal dengan seni bina bersejarahnya.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan menuju ke Mostar, bandar yang terkenal dengan warisan Islam Balkan. Kemuncak lawatan ialah Mostar Bridge, jambatan ikonik abad ke-16 yang dibina berasaskan seni bina Islamik Balkan dan kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Peserta turut berpeluang membeli-belah di Bazar Kujundžiluk, mengunjungi Turkish House, Koski Mehmed Pasha Mosque dan Bey Mosque. Bermalam di Mostar.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Dubrovnik, bandar pesisir Croatia yang terkenal sebagai “Pearl of the Adriatic” kerana keindahan kota lamanya dan panorama Laut Adriatik yang memukau.

Setibanya di Old City of Dubrovnik, peserta akan menyusuri kawasan kota lama yang dikelilingi tembok bersejarah dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Lawatan turut merangkumi Walls of Dubrovnik, Onofrio’s Fountain, Rector’s Palace dan Clock Tower yang menjadi antara mercu tanda utama bandar ini.

Menjelang petang, perjalanan diteruskan ke Trebinje untuk daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Trebinje.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Kotor, Montenegro, sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang dikelilingi pergunungan dan teluk yang indah.

Setibanya di Old Town of Kotor, peserta akan menyusuri lorong-lorong batu klasik yang masih mengekalkan seni bina Venetian. Lawatan diteruskan ke Cathedral of Saint Tryphon, sebelum menikmati suasana sekitar Kotor City Walls, Clock Tower dan Square of Arms yang dipenuhi kafe, restoran dan kedai cenderamata.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Shkoder, Albania untuk daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Shkoder.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Tirana, ibu kota Albania. Lawatan panorama merangkumi Ethem Bey Mosque, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument, antara mercu tanda utama bandar yang memperlihatkan gabungan sejarah Uthmaniyah dan identiti moden Albania.

Perjalanan kemudian diteruskan ke Ohrid, Macedonia Utara, sebuah bandar lama di tepi tasik yang terkenal dengan suasana klasik dan warisan budaya Balkan. Peserta akan meneroka Old Bazaar, kawasan pasar bersejarah sejak zaman Uthmaniyah, sebelum mengunjungi Ali Pasha Mosque yang dibina pada akhir abad ke-15.

Masa bebas diberikan di Činar Square, kawasan santai yang terkenal dengan Old Chinar Tree berusia lebih 1,000 tahun. Bermalam di Ohrid.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan ke Tetovo untuk melawat Šarena Painted Mosque, masjid berwarna-warni yang dibina pada tahun 1438. Kompleks ini terkenal dengan hiasan lukisan yang indah serta turut menempatkan taman, Medresa dan Turbe dua beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid tersebut.

Perjalanan diteruskan ke Skopje, ibu kota Macedonia Utara. Peserta akan melawat Kale Fortress, kubu bersejarah abad ke-6 yang menawarkan panorama bandar dan Sungai Vardar. Lawatan turut merangkumi Stone Bridge, Macedonia Square, Old Bazaar, Warrior on a Horse / Alexander The Great Statue dan Daut Pasha Hammam, bangunan hamam Uthmaniyah yang kini dijadikan Galeri Seni Nasional Macedonia Utara.

Selepas lawatan, bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan transit di Istanbul.

Tiba di Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan menjelajah lima negara Balkan yang kaya dengan sejarah Uthmaniyah, warisan Islam, kota lama bersejarah, tasik pergunungan dan panorama Laut Adriatik.

PENGINAPAN

BANDAR BILANGAN MALAM
Zagreb 1
Bihac 1
Sarajevo 1
Mostar 1
Trebinje 1
Shkoder 1
Ohrid 1

Itineri diatas adalah sebagai panduan, ia mungkin berubah.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN: TURKISH AIRLINES (TK)

TK 613      KUL IST     1005 1635

TK 1005  IST ZAG     1850  1900

TK 1006   SKP IST    2035 0015

TK60       IST KUL   0200 1720

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,500 / PER PERSON