HELSINKI, ROVANIEMI & SAARISELKÄ
Discover the Magic of Finland from Helsinki to the Northern Lights.
Nikmati perjalanan musim sejuk yang memukau ke Finland — destinasi di mana keindahan alam Artik benar-benar terasa. Terokai keunikan bandar moden Helsinki, hayati suasana salji serta budaya menarik di Rovaniemi, dan rasai malam magis di Saariselkä dengan pemandangan menawan Aurora Borealis.
Dengan minima dua orang, perjalanan ini direka khusus untuk keselesaan dan pengalaman eksklusif yang pasti meninggalkan kenangan indah.
- MAKLUMAT HARGA : MIN 2 TO GO!
| TARIKH | MIN 2 PAX - HARGA SEORANG (MYR) |
|---|---|
| BILIK BERDUA/ BERTIGA | |
| Pilihan pelanggan (Ground only) | 10,990 |
|
SENIOR CITIZEN – RM500 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) | LOYALTY DISCOUNT – RM500 / PAX |
- MAKLUMAT HARGA : MIN 10 TO GO DENGAN TOUR LEADER DARI MALAYSIA!
| TARIKH | MIN 10 PAX - HARGA SEORANG (MYR) |
|---|---|
| BILIK BERDUA/ BERTIGA | |
| 2026 | |
| 28/03 - 06/04 | 13,990 |
| 21/11 - 30/11 | 13,990 |
| 19/12 - 28/12 | 13,990 |
| 2027 | |
| 16/01 - 25/01 | 13,990 |
| 20/03 - 29/03 | 13,990 |
|
SENIOR CITIZEN – RM500 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) | LOYALTY DISCOUNT – RM500 / PAX |
- PAKEJ TERMASUK :
- Penerbangan domestik dari Ivalo ke Helsinki dengan 23kg baggage + 7kg handcarry
- 7 malam menginap di hotel bertaraf 3*/4*
- Bermalam di Overnight Sleeper Train with Private cabin dari Helsinki ke Rovaniemi
- Sarapan pagi seperti dalam aturcara
- Lawatan & aktiviti seperti dalam aturcara
- Private transfer dari Saariselkä ke Ivalo Airport
- 1-way transfer ke Rovaniemi - Saariselkä (SIC)
- SPECIAL! 1X Aurora Hunting in Rovaniemi with professional guide & photographer
- SPECIAL! 1X Aurora Hunting in Saariselka with professional guide & photographer
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan antarabangsa (Anggaran: RM3,800/ seorang)
- Insurans perjalanan RM174 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Makanan, program atau aktiviti lain yang tidak dinyatakan dalam atur cara perjalanan.
- Perbelanjaan sendiri & yang tidak disertakan dalam jadual
- *Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI HELSINKI
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki, terus menuju ke hotel untuk urusan daftar masuk dan berehat selepas penerbangan panjang.
Helsinki, ibu negara Finland, terkenal dengan gaya hidup Nordik yang moden namun tenang serta seni bina klasik yang tersusun di tepi Laut Baltik. Mulakan lawatan berjalan kaki di sekitar bandar Helsinki, melawat Senate Square, dataran bersejarah yang dikelilingi bangunan penting termasuk Helsinki Cathedral, mercu tanda utama kota dengan menara putih megah yang menjadi ikon Finland. Di sini boleh merakam foto berlatar belakang bangunan bergaya neoklasik yang tersusun indah.
Seterusnya, singgah di Uspenski Cathedral, gereja Ortodoks berwarna merah bata yang menggambarkan pengaruh seni bina Rusia pada abad ke-19. Akhiri lawatan dengan berjalan santai di Esplanadi Park, taman hijau di tengah bandar yang menjadi tempat tumpuan penduduk tempatan
Daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Helsinki.
- HARI 2: HELSINKI - ROVANIEMI BY VR OVERNIGHT TRAIN (SP)
Selepas sarapan pagi, masa bebas untuk meneroka kota Helsinki mengikut pilihan sendiri. Anda boleh singgah di Market Square (Kauppatori) — pasar terbuka di tepi laut yang meriah dengan gerai kraftangan, hasil tempatan dan pemandangan pelabuhan yang indah.
Atau bagi yang ingin menambah pengalaman, anda boleh menyertai lawatan tambahan ke Suomenlinna Fortress (tidak termasuk kos), sebuah kubu bersejarah yang terletak di pulau kecil dan boleh diakses dengan feri dari pelabuhan utama. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini dibina pada abad ke-18 oleh tentera Sweden dan kini menjadi antara destinasi paling menarik di Finland.
Pada petang hari, rombongan bersiap untuk perjalanan ke utara menuju Rovaniemi, ibu kota wilayah Lapland yang terkenal sebagai kediaman rasmi Santa Claus. Sekitar jam 7.30 malam, menaiki Overnight Train, pengalaman unik Finland yang menawarkan kabin tidur yang selesa.
Perjalanan malam selama kira-kira 12 jam ini memberikan pengalaman berbeza — pemandangan luar jendela memperlihatkan landskap semula jadi Finland.
- HARI 3: ROVANIEMI - RANUA WILDLIFE PARK (SP)
Tiba di Rovaniemi pada awal pagi dan bersiap untuk memulakan aktiviti pilihan ke Ranua Wildlife Park, kira-kira satu jam perjalanan dari bandar. Dalam perjalanan, anda dapat saksikan pemandangan indah Lapland dengan hutan pinus dan lapisan salji putih.
Setibanya di taman haiwan ini, nikmati pengalaman melihat lebih daripada 50 spesies haiwan Arctic termasuk beruang kutub, lynx, moose, serigala dan rusa kutub. Ranua merupakan taman hidupan liar paling utara di dunia dan menempatkan haiwan-haiwan ini dalam habitat semula jadi mereka, menjadikannya destinasi yang menarik untuk mengenali lebih dekat kehidupan di Artik.
Selepas lawatan, kembali ke bandar Rovaniemi untuk daftar masuk hotel dan berehat. Kemudian, anda boleh mengunjungi Arktikum Museum (tidak termasuk tiket), muzium interaktif yang menarik mempamerkan sejarah, budaya serta kehidupan masyarakat di kawasan Artik dan Lapland. Galeri kaca panjang di bahagian belakang muzium menawarkan pemandangan sungai Ounasjoki yang indah, terutama apabila diliputi salji.
Pada waktu malam, sekiranya cuaca mengizinkan, anda berpeluang menyaksikan fenomena semula jadi Aurora Borealis. Cahaya utara yang menari di langit malam Lapland ini menghadirkan panorama memukau dan menjadi antara tarikan paling istimewa ketika musim sejuk di Finland.
NOTA: Aurora Boraelis adalah fenomena semula jadi dan oleh itu tidak boleh dijamin untuk diramalkan dengan tepat.
- HARI 4: ROVANIEMI (SP)
Selepas sarapan pagi, anda mempunyai masa bebas untuk meneroka sekitar bandar Rovaniemi.
Sebagai pilihan, anda boleh menyertai aktiviti pengembaraan menarik dengan lawatan ke ladang husky, tempat di mana anjing-anjing husky yang bertenaga sedia menyambut kedatangan anda. Nikmati pengalaman menaiki kereta luncur sejauh 5 kilometer, ditarik oleh anjing husky melalui laluan bersalji yang memukau. Pakaian haba disediakan bagi memastikan anda kekal selesa dan hangat sepanjang aktiviti. Selesai perjalanan, anda berpeluang mempelajari dengan lebih mendalam tentang kehidupan husky serta peranan penting mereka dalam budaya Lapland, Finland.
Selepas aktiviti husky, nikmati makan tengah hari Salmon Soup di restoran tempatan. Gunakan masa ini untuk berehat seketika sebelum meneruskan pengalaman unik di Artik pada sebelah petang.
Pada waktu petang, teruskan lawatan ke ladang rusa kutub. Di sini, anda akan mempelajari seni kuno penternakan rusa kutub — satu cara hidup masyarakat Sami, iaitu penduduk asal Lapland. Temui rusa kutub jinak yang jumlahnya melebihi manusia di kawasan ini, dan berikan makanan kegemaran mereka iaitu liken. Jangan lepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama haiwan ikonik ini.
Akhiri hari anda dengan pengalaman menaiki kereta luncur tradisional yang ditarik oleh rusa kutub, sambil meluncur perlahan di landskap bersalji yang indah. Perjalanan yang tenang ini memberikan peluang terbaik untuk anda merakam keindahan semula jadi Artik dengan lensa kamera anda.
Bagi yang ingin meneruskan pengalaman unik di Lapland, boleh melawat Santa Claus Village, sebuah destinasi terkenal yang terletak tepat di atas Garis Artik (Arctic Circle). Di sini, pengunjung boleh bergambar di tanda rasmi Arctic Circle Line, melawat pejabat pos rasmi Santa Claus yang menghantar ribuan surat dari seluruh dunia setiap tahun, serta menikmati suasana kampung kecil yang dihiasi dengan lampu musim sejuk yang meriah. Terdapat juga kedai cenderamata dan kafe yang menarik untuk dikunjungi.
Akhir sekali kembali ke hotel untuk berehat.
Pada sebelah malam, aktiviti utama menanti anda iaitu Aurora Hunting Tour bersama pemandu profesional dan jurugambar berpengalaman. Dengan kumpulan kecil (maksimum 8 orang), suasana lebih eksklusif dan memberi peluang menikmati aurora dalam suasana tenang jauh dari gangguan cahaya bandar. Sekiranya cuaca baik, fenomena cahaya hijau dan ungu yang beralun di langit pasti menjadi antara momen paling berharga dalam perjalanan ini.
Nota: Aurora Borealis merupakan fenomena semula jadi dan oleh itu kemunculannya tidak dapat dijamin atau diramalkan dengan tepat.
- HARI 5: ROVANIEMI - SAARISELKÄ (SP)
Selepas sarapan pagi, bersiap sedia untuk perjalanan darat menaiki bas (SIC) menuju ke Saariselkä, sebuah pekan kecil di utara Lapland yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan peluang tinggi untuk melihat Aurora Borealis. Perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam, melalui jalan yang dikelilingi hutan pain dan padang salji yang luas — satu pemandangan klasik yang melambangkan keindahan musim sejuk Finland.
Setibanya di Saariselkä, daftar masuk ke hotel untuk berehat. Kawasan ini mempunyai kadar kebarangkalian aurora yang sangat tinggi, sekitar 70–80% sekiranya cuaca cerah.
Nikmati masa malam sambil menantikan langit malam berubah menjadi pancaran hijau dan ungu yang menari lembut di atas langit Lapland.
Nota: Aurora Borealis merupakan fenomena semula jadi dan oleh itu kemunculannya tidak dapat dijamin atau diramalkan dengan tepat.
- HARI 6: SAARISELKÄ FREE & EASY - AURORA VIEWING (SP)
Sarapan pagi. Nikmati masa bebas untuk meneroka suasana pekan kecil Saariselkä yang menenangkan. Kawasan ini terkenal dengan udara segar dan landskap putih bersih, sesuai untuk berjalan santai, bersiar di sekitar pekan atau sekadar menikmati keindahan hutan bersalji di sekitar resort.
Bagi yang gemar fotografi, pemandangan di sini amat menarik dengan pohon-pohon bersalji dan cahaya lembut matahari musim sejuk yang rendah di ufuk. Boleh juga berehat di kabin sambil menikmati minuman panas.
Pada waktu malam, nikmati aktiviti Aurora Hunting bersama pemandu profesional, yang akan membawa anda ke lokasi terbaik bagi menyaksikan keindahan cahaya utara. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Aurora Borealis yang beralun indah di langit malam Lapland — satu pengalaman magis yang sukar dilupakan.
Nota: Aurora Borealis merupakan fenomena semula jadi dan oleh itu kemunculannya tidak dapat dijamin atau diramalkan dengan tepat.
- HARI 7: SAARISELKÄ FREE & EASY - AURORA VIEWING (SP)
Sarapan pagi di resort. Hari terakhir di Saariselkä ini boleh diisi dengan pelbagai aktiviti pilihan yang menarik. Tidak termasuk kos – Antara tarikan utama ialah Husky Sleigh Ride , pengalaman menunggang kereta salji yang ditarik oleh anjing husky melalui hutan salji, atau Reindeer Ride, aktiviti tradisional masyarakat Sami yang membolehkan anda merasai budaya tempatan.
Selain itu, boleh juga mencuba aktiviti musim sejuk lain seperti snowshoe walking atau bersantai di sauna Finland yang terkenal sebagai cara terbaik untuk menghangatkan badan.
Pada waktu malam, nikmati peluang terakhir menyaksikan Aurora Borealis yang sering muncul di kawasan ini.
Nota: Aurora Borealis merupakan fenomena semula jadi dan oleh itu kemunculannya tidak dapat dijamin atau diramalkan dengan tepat.
- HARI 8: SAARISELKÄ - IVALO - HELSINKI (SP)
Selepas sarapan pagi, bersiap untuk daftar keluar dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Ivalo, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Saariselkä.
Setibanya di lapangan terbang, penerbangan domestik ke Helsinki akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Ketibaan di ibu negara Finland menandakan berakhirnya fasa perjalanan di kawasan Artik.
Setiba di Helsinki, daftar masuk hotel yang terletak berdekatan dengan airport untuk berehat dan bersiap sebelum penerbangan pulang keesokan harinya. Pada waktu petang, anda boleh berjalan santai di sekitar kawasan hotel atau membeli cenderamata terakhir di kedai berdekatan lapangan terbang.
- HARI 9: DEPARTURE KE KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Selepas daftar keluar, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- HARI 10: TIBA DI MALAYSIA
Tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
PENGINAPAN :
| BANDAR | HOTEL* atau setaraf | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Helsinki | Marski By Scandic* | 1 |
| Scandic Helsinki Airport* | 1 | |
| Rovaniemi | Artic Light Hotel / Aakenus Hotel* | 2 |
| Saariselkä | Holiday Club Saariselka Hotel* | 3 |
Nota: Lokasi hotel di Rovaniemi dan Saariselka terletak dalam jarak berjalan kaki untuk aktiviti pencarian aurora.
Nota: Naik taraf penginapan di Saariselka ke Kaklauttanen Arctic Resort (Small Chalet) dengan tambahan RM3,000 seorang. Nikmati pengalaman bermalam di glass igloo terkenal di dunia sambil menanti keindahan aurora di langit malam Lapland.
OPTIONAL PROGRAM:
| NO | AKTIVITI | HARGA (SEORANG) |
|---|---|---|
| 1 | ||
|
Husky Ride & Reindeer Ride with lunch (Nov - Mac only) |
RM1,200 | |
| 2 | Ranua Wildlife Park | RM700 |
Itineri diatas adalah sebagai panduan, ia mungkin berubah.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
CADANGAN MAKLUMAT PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)
QR945 KUL DOH 0310 0540
QR6122 DOH HEL 0810 1515
QR6121 HEL DOH 1605 2350
QR948 DOH KUL 0230 1455