VLADIVOSTOK - KHABAROVSK - IRKUTSK

Over 3,200 km Across Eastern Siberia

Small Group . Signature Experience

Nikmati pengalaman unik menjelajah Rusia pada musim sejuk melalui laluan ikonik Trans-Siberian Railway, dari Vladivostok hingga ke Irkutsk. Perjalanan ini merangkumi tiga malam bermalam di dalam tren sambil menyaksikan pemandangan salji yang menakjubkan dan keindahan desa Rusia. Lawatan diteruskan ke Khabarovsk, Listvyanka Village dan Olkhon Island untuk menikmati keajaiban ais beku di Lake Baikal — tasik air tawar terbesar dan terdalam di dunia. Gabungan perjalanan kereta api klasik dan keindahan alam Siberia ini menjanjikan pengalaman musim sejuk yang menakjubkan dan penuh kenangan.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL EARLY BIRD!
BILIK BERDUA / BERTIGA
NORMAL PRICE
BILIK BERDUA / BERTIGA
2027
25 Jan - 04 Feb Winter 18,490 18,990 14 - 18 pax
14 Mac - 24 Mac Winter 18,490 18,990
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR TERAWAL!
Surcaj RM1,000 /seorang untuk saiz kumpulan 9 - 13 pax
SENIOR CITIZEN – RM150 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBACK REWARDS UP TO RM180 / PAX LOYALTY DISCOUNT -RM200 / PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas.

Setibanya di Vladivostok, bertemu dengan pemandu pelancong sebelum bergerak menuju ke bandar. Sarapan pagi dihidangkan di sebuah kafe tempatan sebelum memulakan lawatan seharian.

Perjalanan dimulakan dengan kunjungan ke Egersheld Viewpoint dan Tokarevsky Lighthouse, mercu tanda indah di pinggir laut. Seterusnya, menyingkap keunikan seni bina di Vladivostok Railway Station dan Marine Terminal, sebelum berhenti di Central Square yang menempatkan tugu peringatan Fighters. Di kawasan bersejarah, berjalan kaki melalui Svetlanskaya Street yang klasik serta Nikolay Triumph Arch yang ikonik.

Lawatan diteruskan ke Korabelnaya Nabereznaya untuk mengunjungi C-56 Submarine Museum, sebuah kapal selam perang sebenar yang kini menjadi muzium. Pengalaman menaiki Funicular kemudian membawa tetamu ke viewpoint yang menawarkan panorama indah bandar pelabuhan Vladivostok.

Selepas makan tengah hari di kafe tempatan, perjalanan menuju ke Russky Island dengan menyeberangi dua jambatan kabel moden – Zolotoy Rog Bridge dan Russky Bridge. Pulau ini terkenal sebagai lokasi pusat perniagaan antarabangsa, selain menempatkan tarikan utama iaitu Primorsky Aquarium.

Petang hari diakhiri dengan masa santai berjalan di Vladivostok Arbat, kawasan pejalan kaki dengan suasana hidup, sebelum bergerak ke stesen kereta api untuk menaiki tren malam NO #05 menuju Khabarovsk ETD 8.00 malam. Makan malam disediakan di dalam tren dan bermalam di kabin.

Ketibaan di Khabarovsk ETA 8.40 pagi disusuli sarapan sebelum meneroka keindahan bandar yang terletak di tebing Sungai Amur. Lawatan merangkumi Muraviev-Amurskiy Street, Soboro-Komsomolskaya Square bersama Uspenskiy Cathedral, Shevchenko Street dan Amure Cliff (Utyos) yang menjadi simbol bandar. Di sini juga terdapat tugu peringatan Muraviyov-Amurskiy, tokoh sejarah penting yang wajahnya terpampang pada wang kertas 5000 rubel.

Perjalanan diteruskan ke Amure River Embankment, kemudian ke dataran utama Lenin Square, serta Glory Square dengan Glory Memorial. Tidak ketinggalan, kunjungan ke Spasso-Preobrazhenskiy Cathedral dan Theological Seminary yang menonjolkan keindahan seni bina Ortodoks. Lawatan diakhiri dengan pemandangan Amure Bridge, jambatan bersejarah yang menjadi sebahagian daripada laluan Trans-Siberian Railway.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Grodekov Museum dan zoo, diikuti singgahan ke Khabarovsk Mosque untuk menunaikan solat.

Pada sebelah petang, daftar masuk hotel untuk berehat dan bermalam.

Sarapan pagi bufet disediakan di hotel sebelum berkunjung ke Museum World of Talking Machines yang mempamerkan koleksi antik mesin muzik dan fonograf. Selepas makan tengah hari, bertolak ke stesen kereta api untuk memulakan perjalanan epik dengan Trans-Siberian Train NO #1 “Rossiya” menuju ke Irkutsk ETD 1.25 pm.

Bermalam di dalam tren sambil menikmati pengalaman perjalanan klasik yang penuh sejarah.

Dua hari berikutnya dihabiskan di atas kereta api ikonik ini. Pemandangan menakjubkan Siberia dapat disaksikan sepanjang perjalanan – hamparan hutan taiga, sungai membeku dan kampung-kampung tradisional Rusia. Inilah pengalaman autentik Trans-Siberian yang sukar didapati di tempat lain.

Ketibaan awal pagi ETA 2.52 am di Irkutsk disambut oleh pemandu pelancong sebelum sarapan. Lawatan seharian bermula dengan perjalanan ke Listvyanka Village yang terletak di tepi Tasik Baikal.

Di sini, berhenti di viewpoint untuk menyaksikan Shaman Rock dan punca Angara River, satu-satunya sungai yang mengalir keluar dari tasik ini. Kemudian, pengalaman unik menanti dengan menaiki hovercraft untuk menyusuri laluan bersejarah Circumbaikal Railway yang dibina di lereng gunung.

Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan diteruskan ke Baikal Museum, pusat pameran yang menyingkap sejarah, geologi dan biodiversiti Tasik Baikal.

Petang sebelah petang, piliham untuk melakukan aktiviti dog sledding di hutan salji, sebelum kembali semula ke Irkutsk untuk bermalam.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan menuju ke Olkhon Island, pulau terbesar di Tasik Baikal. Dalam perjalanan, singgah di Buryat Regional Museum untuk mengenali budaya masyarakat Buryat. Anda turut dihiburkan dengan persembahan folklorik dan diperkenalkan kepada seorang shaman di perkampungan Ust Orda, pengalaman budaya yang penuh makna.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke kawasan Kurkut sebelum bertukar kepada kenderaan UAZ minivan yang membawa anda menuju ke perkampungan Khujir. Setibanya, daftar masuk di hotel untuk bermalam.

Selepas sarapan, pengembaraan diteruskan dengan kenderaan khas Trekol untuk menjelajahi bahagian selatan Olkhon. Perjalanan merentasi ais yang membeku membawa anda melihat gua-gua ais semula jadi, permukaan tasik kristal yang jernih, dan keindahan Ogoi Island yang terletak di tengah Tasik Baikal.

Selepas lawatan, perjalanan pulang melalui Kurkut sebelum kembali ke Irkutsk. Setibanya di bandar, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi disediakan di hotel sebelum masa bebas untuk bersiar-siar disekitar hotel atau berehat. Selepas daftar keluar, lawatan ringkas ke Decembrist Museum memberikan gambaran tentang sejarah pelarian politik Rusia abad ke-19.

Selepas makan tengah hari, nikmati lawatan bandar Irkutsk yang menampilkan mercu tanda penting serta bangunan bersejarah.

Pada sebelah petang, berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah

SENARAI PENGINAPAN: HOTEL 3*

HOTEL* ATAU SETARA BILANGAN MALAM
Intourists Hotel* 1
Hotel Angara* 3
Baikal Wood* 1
Keretapi No #05 Vladivostok ke Khabarovsk 1
Kereta Api #01 Khabarovsk – Irkutsk "Rossiya" 2

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

FLIGHT DETAILS:

MH788 06FEB KUL BKK 1215 1325

S76262 06FEB BKK VVO 2010 0535

S76305 15FEB IKT BKK 2110 0230

MH785 16FEB BKK KUL 1105 1425

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON

PROGRAM HIGHLIGHTS:

  • TransSiberian Train
  • Full day excursion in Vladivostok
  • Visit C-56 submarine museum
  • Excursion to Russky Island
  • Visit Primorsky Aquarium
  • Excursion to Museum World of Talking machines
  • Full day excursion in Listvyanka village
  • Excursion by hovercraft to the Circumbaikal railway
  • Excursion to Baikal museum
  • 1km Dog sledding tour in the forest
  • Excursion in Buryat Regional museum
  • Excursion at the South of Olkhon island