Indonesia

Tour Code: PTR01

Terokai bandar Jakarta yang meriah, pesona sejuk Bandung, dan keindahan gunung berapi Tangkuban Perahu yang menakjubkan. Sesuai untuk percutian yang santai dan tidak dapat dilupakan!

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa lokasi utama seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun dan Jalan Braga. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam dan Bandung Perfume.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan memulakan lawatan ke Gunung Tangkuban Perahu (lawatan pada hari bekerja), sebuah gunung berapi ikonik yang terkenal dengan kawahnya serta pemandangan alam semula jadi yang unik. Perjalanan diteruskan ke The Lodge Maribaya, destinasi alam semula jadi di kawasan Lembang yang menawarkan suasana hijau, udara sejuk dan pelbagai spot bergambar yang menarik.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market, sebuah tarikan berkonsepkan pasar terapung yang popular, diikuti kunjungan ke Lembang Farm House, tarikan berinspirasikan suasana desa Eropah yang sesuai untuk bergambar dan bersantai.

Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Factory Outlet terkenal seperti Heritage atau Rumah Mode. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan memulakan aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, yang terkenal dengan pelbagai pilihan kain batik, baju kurung, telekung, kain sarung serta produk makanan tempatan. Lawatan diteruskan ke Cibaduyut Shoes Center, pusat industri rumah yang terkenal dengan barangan kulit seperti kasut, beg dan aksesori, sebelum singgah ke Kartika Sari untuk membeli ole-ole popular Bandung.

Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan. Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan menuju ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train. Setibanya di Jakarta, para peserta akan daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan memulakan aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, pusat membeli-belah terkenal yang menawarkan pelbagai pilihan kain batik, baju kurung, telekung, kain sarung serta produk makanan tempatan. Lawatan diteruskan ke Cibaduyut Shoes Center, kawasan industri rumah yang terkenal dengan barangan kulit seperti kasut, beg dan aksesori buatan tempatan.

Peserta juga akan singgah ke Kartika Sari untuk membeli ole-ole popular Bandung. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan memulakan Jakarta City Tour dengan singgahan bergambar di Monumen Nasional (Monas) serta Masjid Istiqlal, dua mercu tanda ikonik yang melambangkan sejarah dan identiti ibu negara Indonesia.

Seterusnya, peserta diberi masa untuk membeli-belah di Mangga Dua atau Thamrin City Mall, yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan, tekstil dan cenderamata.

Akhir sekali, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan bertolak menuju ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Jakarta, peserta akan terus dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.  

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Bandung: Tebu Hotel3 / Pasar Baru Square Hotel3 / Similar Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel3 / Holiday Inn Express Matraman Hotel3 / Similar 1,490 400 1,350 900 2-3
1,210 400 1,090 730 4-7
1,170 400 1,060 710 8-10
Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM200/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta)
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN