SEOUL · NAMI ISLAND · MAJANG LAKE · SHOPPING TOUR

Tour Code : JAAOO1

Private tour Korea ini direka untuk anda yang mahukan perjalanan mudah, fleksibel dan tak perlu ikut kumpulan besar. Jelajahi Nami Island, Majang Lake dan kawasan shopping utama Seoul dalam suasana selesa dengan masa yang anda tentukan sendiri. Sesuai untuk pasangan, keluarga dan perjalanan santai.

HOTEL HARGA SEORANG (MYR) SINGLE SUPP
MIN 2 - 3 PAX MIN 4 - 6 PAX MIN 7 - 10 PAX
TOURIST CLASS OR 3 STAR HOTEL 5,390 3,890 3,290 800
4 STAR HOTEL 5,740 4,190 3,700 1,300

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, guide akan menyambut ketibaan sebelum memulakan lawatan sekitar Seoul. Perjalanan bermula di Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum, termasuk pengalaman memakai hanbok tradisional. Bas kemudian melalui kawasan Presidential Blue House untuk sesi bergambar.

Lawatan diteruskan ke Kimchi & Seaweed Museum bagi melihat proses pembuatan kimchi serta sesi foto hanbok.

Petang, kunjungan ke Seoul N Tower dan Love Lock Wall (menaiki EV Bus, observatory tidak termasuk). Seterusnya singgah menunaikan solat di Masjid Pusat Seoul, sebelum meneroka kawasan Itaewon Street.

Makan tengah hari di restoran Muslim dan makan malam di restoran Muslim (hidangan Halal Bulgogi).

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan ke Nami Island, lokasi ikonik drama Winter Sonata. Nikmati suasana alam, berjalan di laluan pokok yang indah dan menaiki lake cruise.

Selepas makan tengah hari, teruskan ke Happy Chowon Farm, sebuah ladang mini halal-friendly untuk menikmati aktiviti santai dan sesi fotografi.

Petang, masa bebas membeli-belah di Dongdaemun Market serta melawat Dongdaemun Design Plaza (DDP).

Makan tengah hari di restoran Halal Chicken BBQ, dan makan malam di restoran Muslim.
Kembali ke hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi, bergerak ke Majang Lake untuk menikmati panorama tasik dan melalui Majangho Suspension Bridge. Seterusnya melawat Eunpyeong Hanok Village, perkampungan tradisional yang cantik berlatarbelakangkan gunung.

Lawatan diteruskan ke Pusat Ginseng Nasional atau Kilang Amethyst, sebelum ke COEX Mall dan Starfield Library, antara lokasi moden popular di Seoul.

Makan tengah hari di restoran Korean Halal Friendly, dan makan malam di restoran Muslim.
Kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi, menuju ke kawasan trendy Hongdae – Picasso Street & Busking Street, terkenal dengan seni jalanan dan suasana anak muda. Lawatan diteruskan ke Pine Tree Center dan Korean Cosmetic Center untuk produk kecantikan dan kesihatan.

Kemudian singgah di Shinsegae Duty Free, sebelum masa bebas membeli-belah di Namdaemun Market dan Myeongdong Fashion Street.

Makan tengah hari di restoran Korean Seafood (halal-friendly) dan makan malam di restoran Muslim.
Kembali ke hotel dan berehat.

Sarapan pagi dan check-out hotel. Singgah di Korean Souvenir Shop sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

JENIS HOTEL NAMA
Seoul 3 Star Hotel Golden City Hotel, The Recenz Hotel, COOP BMK, JK Blossom, Luce Bridge Hotel, Rich Diamond, Lart, Travelodge Dongdaemun, Cs Premiere Hotel, WD Hotel, Benikea Seoul, Intercity Hotel, Benikea Premier Hotel, Ramada Encore Seoul Magok, Thomas hotel, Chisun hotel, Staz Hotel or similar class (tourist hotels)
Seoul 4 Star Hotel Nine Tree Hotel, T Mark Grand, Kukdo Best Western hotel, Hotel, Sotetsu Hotels The Splaisir Myeongdong & Dongdaemun, Dragon City Yongsan, Hotel Ramada, Lotte City, L7 Hotel, Hamilton, New Kukje, Hotel Bernoui, Vabien, Koreana, Best Western, IP Boutique, Coop Residence Centro similar class

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!