Indonesia
Tour Code: PTR01
Jakarta ialah destinasi yang menarik untuk membeli-belah. Dengan lebih daripada 150 pusat beli-belah dan pasar, pelancong mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih tempat membeli-belah mereka di Jakarta.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: JAKARTA ARRIVAL (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.
Seterusnya, peserta akan dibawa melawat Aloha Beach dan kawasan bergaya moden Pantjoran PIK, lokasi popular di Jakarta yang terkenal dengan suasana santai, street food, serta bangunan bertema oriental. Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli-belah dan bergambar di PIK by The Sea, kawasan waterfront yang menawarkan pemandangan menarik serta pelbagai butik dan kafe.
Setelah makan malam di restoran tempatan, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2: JAKARTA FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan Jakarta City Tour dengan lawatan ke Monas (Monumen Nasional), Masjid Istiqlal, kawasan sekitar Istana Presiden, serta Fatahilah Square yang terkenal dengan bangunan kolonial dan suasana bersejarah.
Seterusnya, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Mangga Dua dan Lippo Mall Nusantara, pusat membeli-belah popular yang menawarkan pelbagai pilihan barangan dan jenama.
Setelah makan malam di restoran tempatan, peserta kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3: JAKARTA FULL DAY SHOPPING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah, taman budaya yang mempamerkan kepelbagaian etnik, seni bina tradisional dan warisan budaya Indonesia.
Seterusnya, menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Thamrin City Mall dan Sarinah Shopping Mall, antara pusat beli-belah terkenal di Jakarta yang menawarkan pelbagai produk tempatan dan jenama antarabangsa.
Setelah makan malam di restoran tempatan, peserta kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 4: PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan diberikan masa untuk aktiviti membeli-belah di Grand Indonesia atau Plaza Indonesia, dua pusat beli-belah utama di Jakarta yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Setelah selesai, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| ORCHARDZ JAYAKARTA HOTEL*3 / HOLIDAY INN EXPRESS MATRAMAN HOTEL*3 / SIMILAR | 1,330 | 400 | 1,200 | 800 | 2-3 |
| 1,130 | 400 | 1,017 | 680 | 4-7 | |
| 1,090 | 400 | 990 | 660 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM400/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Harga kanak-kanak (02 – 10 Tahun): 100% Bilik Kongsi
- Harga kanak-kanak (02 – 10 Tahun): Ground only - 90% extra katil
- Harga kanak-kanak (02 – 10 Tahun): Ground only - 60% tiada katil
- Untuk Bayi, akan berkongsi makanan dan katil dengan ibu bapa dan oleh itu FOC.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Tahun Baru Cina
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN