INDONESIA
Tour Code: PTR01
Pengembaraan Pulau Komodo: Jelajah Ikonik Alam Liar, Island Hopping & Keajaiban Lautan Timur Indonesia
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : LABUAN BAJO ARRIVAL (MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Komodo, Labuan Bajo, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum memulakan lawatan ke Amelia Hill, antara lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Labuan Bajo. Peserta akan mendaki secara santai ke puncak bukit untuk menikmati panorama laut, pulau-pulau sekitar dan langit senja yang memukau.
Selepas itu, makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2 : OPEN TRIP - JELAJAH SEHARI KOMODO DENGAN SPEEDBOAT (SP/MT)
Selepas sarapan pagi di hotel (disediakan dalam bentuk breakfast box), peserta akan dijemput dari hotel sekitar jam 5.40 hingga 6.15 pagi sebelum bertolak terus ke pelabuhan untuk urusan daftar masuk bot. Tepat jam 6.30 pagi, pelayaran bermula menaiki bot laju menuju ke beberapa lokasi ikonik sekitar Taman Negara Komodo, termasuk Pulau Padar, Pink Beach, Pulau Komodo, Taka Makassar dan Manta Point. Sepanjang lawatan, peserta berpeluang menikmati keindahan pulau-pulau eksotik, pantai berpasir merah jambu, serta pemandangan laut biru jernih yang menakjubkan. Makan tengah hari disediakan dalam bentuk lunch box.
Pada sebelah petang, bot akan kembali ke Labuan Bajo dan dijangka tiba sekitar jam 4.30 hingga 5.00 petang.
Peserta kemudian dihantar semula ke hotel untuk berehat dan menikmati masa bebas. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.
- HARI 3 : PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Komodo untuk penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | |||||
| KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | GROUP SIZE (PAX) | |||
| Ground Only: FLAMINGO WAECICU / ZASGO HOTEL *3 | 1,760 | 1,590 | 1,060 | 2-3 | |
| 1,580 | 1,430 | 950 | 4-5 | ||
| 1,540 | 1,390 | 930 | 6-7 | ||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LBJ-KUL (kos RM900/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Sarapan pagi setiap hari di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Open trip menaiki bot laju (speedboat) termasuk perkhidmatan ulang-alik masuk dan keluar pelabuhan, air mineral, minuman ringan, makan tengah hari (lunch box), peralatan snorkeling, pemandu pelancong serta yuran masuk Taman Negara Komodo
- Pemandu berpengalaman
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 100% Bilik Kongsi
- Harga kanak-kanak (02 – 10 Tahun): Ground only - 90% extra katil
- Harga kanak-kanak (02 – 10 Tahun): Ground only - 60% tiada katil
- Untuk Bayi, akan berkongsi makanan dan katil dengan ibu bapa dan oleh itu FOC.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN