Indonesia
Tour Code: PTR01
Pakej Lombok Indonesia 4 Hari 3 Malam: Menikmati keindahan alam Lombok, melawat pantai-pantai yang menakjubkan, desa tradisional Sasak, dan pulau Gili Trawangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI LOMBOK – LAWATAN KE SASAK (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum memulakan lawatan ke Sasak Sade Village, sebuah perkampungan tradisional masyarakat Sasak yang masih mengekalkan adat, budaya serta seni bina asal rumah-rumah tradisional mereka.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Kuta Beach (Mandalika) atau Putri Nyale Beach, antara kawasan pantai terkenal di Lombok yang menawarkan pemandangan laut yang indah.
Seterusnya, singgah untuk sesi bergambar di hadapan Mandalika Circuit sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan Beach yang terkenal dengan pasir putih serta air laut yang jernih.
Lawatan diteruskan ke Merese Hill, sebuah kawasan bukit menghijau yang menawarkan panorama laut yang luas. Selepas itu, peserta akan mengunjungi Sukarara Village, sebuah perkampungan kraftangan tenunan yang terkenal dengan tekstil tradisional Lombok serta kain tenun ikat.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2: GILI TRAWANGAN - SHOPPING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan singgahan di Malimbu Hill untuk sesi bergambar sambil menikmati panorama tiga pulau Gili iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan.
Seterusnya, bertolak ke Pelabuhan Teluk Nare untuk menaiki Glass Bottom Boat menuju ke Gili Trawangan. Peserta turut berpeluang menikmati pengalaman island hopping di sekitar Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.
Sepanjang berada di kawasan Gili, peserta boleh menikmati pelbagai aktiviti pilihan seperti menyelam, berbasikal mengelilingi pulau serta aktiviti sukan air lain atas perbelanjaan sendiri.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke Lombok. Setibanya di Lombok, peserta akan diberikan masa untuk membeli-belah cenderamata, makanan tradisional serta mutiara Lombok yang terkenal dengan kualiti dan harga yang berpatutan.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3: LAWATAN KE SEMBALUN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke kawasan Sembalun untuk memulakan lawatan di Selong Hill, sebuah lokasi yang terkenal dengan panorama semula jadi termasuk pemandangan Gunung Rinjani serta kawasan sawah di sekitarnya.
Lawatan turut diteruskan ke Beleq Traditional Village, sebuah perkampungan tradisional yang berkait rapat dengan sejarah dan asal-usul masyarakat Sembalun.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta melawat Strawberry Farm. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Sembalun Flower Garden, sebuah lokasi bergambar yang dihiasi pelbagai jenis bunga dengan latar pemandangan Selong Hill.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 4: PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta diberikan masa bebas mengikut kesesuaian sebelum daftar keluar.
Seterusnya, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok untuk penerbangan pulang.
Dengan itu, berakhirlah perjalanan anda di Lombok dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian.
- MAKLUMAT HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only: - Fave Hotal 3* -Grand Madani 3* - Montana 3* - Puri Saron 3* |
1,440 | 450 | 1,300 | 870 | 2 - 3 |
| 1,210 | 450 | 1,090 | 730 | 4 - 7 | |
| 1,070 | 450 | 970 | 650 | 8 - 10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LOP-KUL (kos RM1,100/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Sarapan pagi setiap hari di hotel.
- Hidangan makan seperti yang dinyatakan dalam atur cara perjalanan (Makanan Halal).
- Pengangkutan persendirian sepanjang lawatan.
- Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris atau Melayu (Untuk kumpulan 2–7 orang: pemandu merangkap pemandu pelancong).
- Semua bayaran masuk tarikan seperti yang dinyatakan dalam itinerari.
- Air Mineral setiap hari
- Sewaan bot khas untuk Gili Island Tour.
- Cenderamata Lombok Scarf sebagai hadiah alu-aluan.
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang antarabangsa.
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!