Indonesia
Tour Code: PTR01
Jakarta & Bandung + Lawatan Istimewa Kawah Putih: Pakej Unik dengan Pengalaman Membeli-belah, Alam Semula Jadi, dan Keindahan Kawah Berwarna!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : TIBA DI JAKARTA – BANDUNG (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.
Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa lokasi utama seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun dan Jalan Baraga. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam dan Bandung Perfume.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat
- HARI 2 : BANDUNG FULL DAY (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan ke Gunung Tangkuban Perahu (lawatan pada hari bekerja), sebuah gunung berapi ikonik yang terkenal dengan kawahnya serta panorama alam semula jadi yang unik. Perjalanan diteruskan ke The Lodge Maribaya, destinasi popular di kawasan Lembang yang menawarkan suasana hijau, udara sejuk dan pelbagai sudut bergambar yang menarik.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market, sebuah tarikan berkonsepkan pasar terapung dengan pelbagai pilihan makanan dan produk tempatan. Seterusnya, peserta akan melawat Lembang Farm House, tarikan berinspirasikan suasana desa Eropah yang sesuai untuk bersantai dan bergambar.
Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Factory Outlet terkenal seperti Heritage atau Rumah Mode. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3 : BANDUNG FULL DAY SHOPPING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, pusat beli-belah terkenal yang menawarkan pelbagai pilihan kain batik, baju kurung, telekung, kain sarung serta produk makanan tempatan. Lawatan diteruskan ke Cibaduyut Shoes Center, kawasan industri rumah yang popular dengan barangan kulit seperti kasut, beg dan aksesori buatan tempatan.
Peserta turut singgah ke Kartika Sari untuk membeli ole-ole terkenal Bandung. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat dan menikmati masa bebas.
- HARI 4 : BANDUNG - JAKARTA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan bertolak menuju ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train. Setibanya di Jakarta, lawatan diteruskan ke Taman Mini Indonesia Indah, sebuah taman budaya yang mempamerkan kepelbagaian warisan, seni bina dan budaya dari seluruh kepulauan Indonesia.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan Jakarta City Tour dengan singgahan bergambar di Monumen Nasional (Monas) serta Masjid Istiqlal, mercu tanda ikonik yang melambangkan sejarah dan identiti ibu negara Indonesia. Seterusnya, peserta diberi masa untuk membeli-belah di Mangga Dua, kawasan membeli-belah popular dengan pelbagai pilihan barangan dan cenderamata.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Jakarta dan berehat.
- HARI 5 : JAKARTA PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan menikmati masa untuk membeli-belah di Thamrin City Mall, pusat membeli-belah terkenal dengan pelbagai pilihan tekstil, pakaian dan cenderamata.
Seterusnya, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Bandung: Tebu Hotel3 / Pasar Baru Square Hotel3 / Similar Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel3 / Holiday Inn Express Matraman Hotel3 / Similar | 1,740 | 480 | 1,570 | 1,050 | 2-3 |
| 1,430 | 480 | 1,290 | 860 | 4-7 | |
| 1,370 | 480 | 1,240 | 830 | 8-10 | |
| Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM200/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta) | |||||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN