Jelajah Warisan Islam & Keajaiban Alam China Barat
Tour Code: ICT01
Xian – Lanzhou – Linxia Little Mecca – Zhangye Danxia Geopark – Xining
Private Tour Laluan Sutera China Barat ini membawa anda merentas destinasi ikonik dari Xi’an hingga ke Linxia melalui perjalanan yang dirancang rapi, selesa dan fleksibel. Program ini menggabungkan warisan sejarah dunia seperti Tentera Terracotta, keindahan alam semula jadi Gunung Pelangi Zhangye, pengalaman unik suasana gurun termasuk aktiviti menunggang unta, serta penerokaan masjid bersejarah dan pasar malam tempatan di Lanzhou — menjadikan setiap hari perjalanan penuh variasi dan nilai pengalaman.
- MAKLUMAT HARGA:
| TARIKH | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| HARGA BILIK BERDUA / BERTIGA | ||||||
| DEWASA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL (2-12yrs) | KANAK - KANAK TANPA KATIL (2-12yrs) | ||||
| GROUND ONLY | 3,920 | 3,920 | 3,330 | 6-7 | ||
| 3,460 | 3,460 | 2,950 | 8-9 | |||
| ANGGARAN KOS PENERBANGAN PERGI BALIK KUL- XIY - KUL (RM1,200/ PAX)* | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 6 malam di hotel 4* bertaraf tourist class
- Tiket masuk ke tempat lawatan yang disenaraikan
- Makan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam seperti dalam itineri.
- 3x High Speed Train
- Xian - Lanzhou // Lanzhou - Zhangye // Xining - Xian
- Bas persendirian berhawa dingin dengan pemandu pelancong berpengalaman Tour Leader
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran - RM20/pax/day
- Optional Tour:-
- A: “The Legend of Camel Bells” Show: RMB288 per pax
- B: “The Empress of The Great Tang” Show: RMB288 per pax
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar harga tertakluk kepada PERUBAHAN DISEBABKAN TURUN NAIK MATA WANG.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Pakej validity: Until 31st December 2026
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya bilangan pax dikurangkan, ketersediaan tiket penerbangan/kelas dan disebabkan turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : KUALA LUMPUR - XIAN (MT/MM)
Setibanya di Xi’an, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan bandar. Lawatan dimulakan ke Ancient City Wall, tembok kota bersejarah yang menjadi simbol kegemilangan Xi’an sebagai ibu kota empayar silam.
Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Peserta diberi masa rehat sehingga waktu petang.
Pada waktu malam, lawatan diteruskan ke North Square of Big Wild Goose Pagoda, kawasan ikonik dengan suasana malam yang meriah, sebelum menikmati pengalaman budaya dan hiburan di Grand Tang Dynasty Ever Bright City. Makan malam disediakan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 2 : XI’AN – LANZHOU (S/MT)
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke Lanzhou menaiki bullet train (sekitar 3 jam perjalanan), satu pengalaman perjalanan moden dan selesa di China.
Setibanya di Lanzhou, makan tengah hari dengan hidangan terkenal Lanzhou Beef Noodles. Lawatan diteruskan ke Masjid Xiguan, antara masjid utama komuniti Muslim tempatan.
Peserta seterusnya menikmati panorama Sungai Kuning (Yellow River), menaiki kereta kabel ke White Pagoda Hill Park, serta melawat Waterwheel Park dan Yellow River Iron Bridge, mercu tanda ikonik bandar Lanzhou.
Pada waktu malam, peserta bebas menikmati suasana Muslim Food Night Market untuk makan malam atas perbelanjaan sendiri sebelum kembali ke hotel.
- HARI 3 : LANZHOU – LINXIA – LANZHOU (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Linxia, yang dikenali sebagai China’s Little Mecca (sekitar 2.5 jam perjalanan).
Setibanya di Linxia, makan tengah hari disediakan sebelum lawatan ke Masjid Laohua, salah satu masjid bersejarah yang mencerminkan pengaruh Islam di wilayah ini. Lawatan diteruskan ke Takungan Liujiaxia Sungai Kuning, kawasan empangan dengan pemandangan semula jadi yang menenangkan.
Peserta kemudian dibawa ke kawasan bersejarah Eight Lanes and Thirteen Alleys sebelum makan malam. Setelah selesai, perjalanan kembali ke Lanzhou untuk bermalam.
- HARI 4 : LANZHOU – ZHANGYE (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Zhangye menaiki bullet train (sekitar 2.5 jam perjalanan).
Setibanya di Zhangye, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum lawatan ke Masjid Zhangye. Kemuncak hari ini adalah lawatan ke Rainbow Mountains (Zhangye Danxia Geopark), terkenal dengan formasi gunung berwarna-warni yang unik. Lawatan di kawasan ini menggunakan shuttle bus yang disediakan.
Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel.
- HARI 5 : ZHANGYE – XINING (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa ke Desert Sport Park untuk merasai pengalaman suasana gurun termasuk aktiviti menunggang unta.
Makan tengah hari dan solat sebelum meneruskan perjalanan darat ke Xining (sekitar 4 jam). Dalam perjalanan, peserta menikmati pemandangan Qilian Mountain Grassland, kawasan padang rumput alpine yang indah.
Setibanya di Xining, makan malam disediakan sebelum lawatan malam ke Dongguan Mosque Night Market. Daftar masuk hotel dan berehat.
Nota Penting:
Semasa musim sejuk (November hingga Mac), lebuh raya dari Zhangye ke Xining mungkin ditutup akibat salji atau tanah runtuh. Jika berlaku, perjalanan bas akan digantikan dengan bullet train kelas kedua dari Zhangye ke Xining demi keselamatan, dan lawatan ke Qilian Mountain Grassland akan dikecualikan.
- HARI 6 : XINING – XI’AN (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak kembali ke Xi’an menaiki bullet train (sekitar 4 jam perjalanan).
Setibanya di Xi’an, makan tengah hari dan solat sebelum aktiviti membeli-belah di Northwest Wholesale Market, antara pusat perdagangan tempatan yang terkenal.
Makan malam disediakan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 7 : XIAN - KUALA LUMPUR (S/MT)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Terracotta Warriors Museum, termasuk penggunaan buggy dan earphone untuk pengalaman lawatan yang lebih selesa dan informatif.
Seterusnya, singgah ke Three-Color Ceramic Factory sebelum makan tengah hari. Lawatan diteruskan ke Great Mosque of Xi’an, masjid tertua dan terbesar di China, diikuti masa bebas di Muslim Quarter.
Makan malam atas perbelanjaan sendiri sebelum pemindahan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Home Sweet Home, Alhamdulillah.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL or similar* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Xian | Holiday Inn Express | 2 |
| Xining | Xining Mansion | 1 |
| Zhangye | Xinshengyue Hotel | 1 |
| Lanzhou | Holiday Inn Express | 2 |
Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
CADANGAN MAKLUMAT PENERBANGAN : LOONG AIR (GJ)
GJ 8722 KUL XIY 0255 0755
GJ 8721 XIY KUL 2035 0155 +1